Dimanakah maruah kamu wahai saudari ? 0

nmhafiz | 2:45 AM | ,

Sangat-sangat sedih mendengar cerita saudari, sangat-sangat sedih melihat saudari, sehingga menitis air mata kerana kebanggaan saudari terhadap kecantikan yang saudari miliki, kecantikan yang sementara. Janganlah jadikan dirimu yang sangat bernilai menjadi murah dan tak ternilai lagi kerana kecantikan yang dipertontonkan. Janganlah ISLAM hanya dinama, janganlah nama 'MUSLIMAH' sebagai kata-kata menampakkan ia sesuatu yang baik. 

Sedarilah wahai saudari, wanita itu adalah perhiasan dunia, dunia yang sementara. Janganlah kerana kecantikan saudari tergadai maruah saudari sebagai seorang muslimah. Apakah saudari inginkan? Pujian? Nama? Hanya cita-cita yang menggadaikan maruah sahaja. Maruah seorang ISLAM.


Tak perlulah aku mengutuk atau menilai saudari kerana sudah cukup malaikat dikiri dan kanan saudari menilai perbuatan saudari, sudah lupakah akan tugas mereka? Sesungguhnya mereka adalah sebaik-baik penilai. Tak perlulah untuk aku memuji saudari atas kecantikan sementara saudari kerana pujian adalah selayaknya kepada pencipta kecantikan saudari iaitu Allah.


Kasihan saudari, kecantikan saudari penyebab saudari angkuh, kecantikan saudari penyebab maruah saudari tergadai. Tidak cukupkah dosa-dosa silam sehingga saudari ingin menambahnya? 


Tiada guna aku meratapi dan menangisi perbuatan saudari sedangkan saudari sendiri mempertontonkannya tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa berdosa sedikit pun malah mempertontonkannya dengan bangga yang amat angkuh sekali. Berbanggalah dengan pujian yang diperolehi. Tahniah kerana saudari telah berjaya mendapatnya. Cukuplah aku sekadar kecewa, cukuplah aku sekadar mendoakan supaya saudari sedar. Aku tak sekuat orang lain untuk membimbing saudari. Maafkan aku kerana menangisi.


Abaikan jika saudari tidak terasa kerana coretan ini dituju kepada 'saudari'. Sekian sahaja coretan pada malam saudari berbangga dengan kecantikan saudari. Selamat mengejar cita-cita saudari. Cita-cita yang tidak bermaruah. Kasihan, kasihan dan sangat-sangat kasihan.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka ada goh bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.” (HR, Muslim)
Saya bukanlah seorang alim yang dapat menafsir ayat-ayat Al-Quran serta memahami Hadis-hadis Nabi S.A.W. Dan tidaklah terlintas untuk menafikan kedua-dua sumber agung dari Allah S.W.T.

Kadang-kadang mereka yang cuba tunjuk hebat boleh buat aku ketawa mengilai. 0

nmhafiz | 10:15 PM |



Apa yang patut ditulis jika semua benda dah tertulis wahai kawan-kawan ? Kamu semua mahu aku mencarut, mengarut membodohkan diri-sendiri pula ? owh maaf. Sila buat sendiri lah ye.


Kadang-kadang aku tergelak seorang diri apabila menerima amaran. Apalah sangat manusia untuk ditakuti. Budak-budak tepi jalan lebih berbahaya daripada orang yang menyorok di balik facebook.

Ahahahahahahahahahahahahhahaaahahahahhah !!!!!



Kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kau akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

Melepaskan segalanya. Melepaskan apa yang ada, melepaskan segalanya apa yang ada demi apa yang kita tiada. Tiada. 0

nmhafiz | 9:48 PM |

Orang cakap demi berlaku adil, jangan pilih dua-dua. Aku terkadang fikir begitu juga, tapi bukan begitu caranya menyelesaikan masalah. Salah seorang harus terkorban, tak perlulah. Jangan ada sesiapa yang pergi jahanam demi orang lain. Bangkai bernyawa itu kita yang mengira usia terkadang tersalah bahasa berkata, agar bahagia itu wujud bertimpal atas derita orang lain. Bangkai bernyawa yang tak mengenal rupa dan usia. Bangkai itu mungkinkah kita ?

Orang cakap demi berlaku baik, jaga bahasa dan tutur kata, jangan pilih jalan yang buruk. Aku terkadang terhasut dengan perasaan sendiri, mengarut tanpa henti, kata orang lain dituruti agar hati sendiri punah ranah akibat dengki, tak perlulah. Jangan ada sesiapa pergi mati akibat diri ini, takkan berbaloi. Bangkai bernyawa menuntut bahagia, bangkai bernyawa akhirnya mati dalam sengsara.

Orang cakap hati-hati dalam menapak langkah. Waspada itu perlu ada, percaya itu letak kemudian. Kesekian kalinya aku berlaku lawan, padah itu aku yang terima akhirnya. Celaka.

Jangan percayakan sesiapa, jangan. Kelak kau akan menderita wahai si bangkai bernyawa. Kelak mereka akan datang menuntut daripadamu suatu yang kamu sendiri tidak miliki. Mereka takkan berhenti daripada menyeksa hidupmu demi kesenangan mereka sendiri. Mereka manusia durjana, lagi hina daripada kamu wahai si bangkai bernyawa. Tiada kamu, mereka takkan bahagia. Mereka manusia durjana, hati-hati dengan kata-kata manis mereka.


Celaka.


Aku tujukan kepada KAU ! Bukan orang lain. Faham ?

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.

Perkara biasa ? 0

nmhafiz | 1:47 AM |

Sudah menjadi kebiasaan sebenarnya, tetapi ia adalah sesuatu yang tak biasa. Ini terjadi kerana kita membiasakan ia dan menggangap itu adalah sesuatu yang biasa. Bila dianggap biasa ia akan menjadi sesuatu yang kebiasaan bagi kita, dan apabila ia kebiasaan untuk kita maka ia dianggap sesuatu yang tak salah kepada sesuatu yang biasa itu. Tetapi hakikatnya ia adalah sesuatu yang tak biasa dan salah, janganlah berfikir secara biasa kerana biasanya ia akan menjadi biasa, biasa dan biasa.

Apa yang biasa itu adalah dianggap DOSA biasa. Nauzubillah.
Sekian sahaja tulisan yang biasa ini...
biasa sahaja...biasalah tu...
=)


Coretan 'merem tapi bermakna' dikala kesunyian dan keseorangan pada pukul 1.40 a.m/25 September 2010/17 Syawal 1431 .


Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat. |taken from Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Facebook menelanjangkan WANITA.. 0

nmhafiz | 11:49 PM |

Wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

 
Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”


Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. 

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.


Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah betapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum Adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi! Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawan sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah… mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

Agak-agak title 'model muslimah' terlepas x dengan dosa tabarruj ni ?? Ataupun sekadar menggunakan title 'muslimah' untuk menampakkan itu sebagai sesuatu yang baik ataupun 'tak apa' bagi sesetengah orang. Fikir-fikirkanlah, dari diriku yang KUNO.

Tak salahkan jika berfikiran KUNO dapat mencegah kita kearah kemaksiatan ? hmm.
Dunia itu satu perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita yang solehah.

Apa bezanya MEREKA dengan PELACUR ??? 1

nmhafiz | 10:40 PM |

Tanpa merujuk kepada Kamus Dewan, pelacur biasanya didefinisikan sebagai individu yang memperdagangkan tubuhnya untuk kadar harga tertentu.

Kini sudah ada pelacur lelaki, pelacur wanita, pelacur remaja, pelacur orang tua dan juga pelacur kanak-kanak. Cuma gelarannya sahaja berbeza. Ada yang memanggil bohsia, ayam, anak ikan dan macam-macam lagi.

Perniagaan yang tertua di dunia ini semacam sukar dibenteras. Namanya pun meniaga, selagi ada permintaan, selagi itulah adanya penawaran. Tak perlulah dihuraikan lebih panjang bab ini. Nanti kena buat kelok penawaran dan permintaan pulak.
(belajar microecomic kan)

Apa yang ingin aku katakan di sini adalah berkaitan dengan definisi pelacur itu sendiri. Bezanya cuma pada barang/perkhidmatan yang diperdagangkan. Cuba kita lihat pada individu yang memberi dan menerima rasuah. Contohnya rasuah politik. Ada individu yang sanggup memperdagangkan maruah agama, bangsa atau negaranya hanya kerana 100 hinggit?



Jadi, apa bezanya mereka dengan pelacur?
Rasanya mereka ini lebih teruk dari pelacur!


Tangan kanan ajak bersalam, apa maksud pisau dikiri ?

Kemarahanku masih dalam kawalan... 0

nmhafiz | 11:48 PM |

Maaf kerana aku juga manusia biasa, SAKIT bila DISAKITI, MERAGAM bila DIGANGGU. Maafkan aku kerana memarahi, tetapi kemarahanku masih dalam kawalan. Jangan membiarkan masing-masing tidak berada dalam kawalan kerana aku tahu kau juga mengenal erti KESAKITAN dan janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Boleh ? Tidak perlu untuk aku mengulangi apa yang telah kamu ketahui kerana kau juga mempunyai hati yang bisa DISAKITI oleh sesiapa pun. Aku tidak mampu berlakon gembira dalam keresahan, aku tidak mampu berpura-pura senyum dalam kesakitan & aku tidak mampu ketawa dalam penipuan. Maaf kerana melepaskan kemarahan.

Jika kau bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat kau. Jika kau bermusuhan dengan sahabat kamu, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta. Walau siapa pun dia, lelaki atau perempuan, muda atau tua, nilai ikhlasnya sebuah persahabatan tiada ukurunnya.


Fahamkah wahai sahabatku yang reti MENILAI dan BERFIKIR ???
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. ( Saidina Ali)

Aku tak selalunya BETUL... 0

nmhafiz | 1:17 AM |

Jika kau ingin menyilap tafsirkan penulisanku. DIPERSILAKAN ! kerana aku tahu dirimu tak ubah seperti DAJJAL yang menjalankan tugasnya mengelirukan umat manusia dan menyebarkan fitnah. Berbanggalah dengan dirimu yang MATANG, berbanggalah dengan dirimu yang BERPENGARUH, berbanggalah dengan dirimu yang seperti MALAIKAT, walaupun hakikatnya kau adalah seorang PENDUSTA.

Sudah menjadi sifat seekor SYAITAN apabila mendengar kebenaran DINAFIKAN, apabila mendengar kalam Allah DIENDAHKAN, apabila mendengar sesuatu yang baik DIPERBURUKKAN. Jadilah seperti MUTIARA, kemana-mana tetap bernilai, jangan menjadi seperti SAMPAH, kemana-mana terbuang. Sedarlah wahai PENDUSTA, aku sedih melihat kamu yang terus melakukan hasutan demi hasutan. Lihat diri kau sekarang, tidak cukupkah kesan yang kau perolehi dari apa yang kamu lakukan??? kasihan. Tertanya kenapa kau berkeadaan seteruk begitu sekarang??? Jika kau ingin melihat masa lalu, lihatlah keadaan kau sekarang dan jika kau ingin mengetahui masa depan lihat tindakan kau sekarang. Itupun jika kau INGIN.

Aku percaya kau sebenarnya SAKIT wahai PENDUSTA, kerana aku tahu kau juga seperti manusia lain yang mempunyai  hati NURANI. Aku sendiri pernah melakukan kesilapan dan sesungguhnya setiap anak Adam itu melakukan kesilapan. Tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk terus melakukan kesilapan & kesilapan. Seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya maka dia telah melakukan satu kesilapan lagi. If you do the same, you will get the same, if you say the same, you will stay the same.


Ketahuilah bahawhati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.


Jika tiada yang dengki kepada anda, itu tandanya anda belum cukup bagus , jika anda mencari kesilapan orang lain itu tandanya anda seorang pendengki.
Daripada aku yang dianggap 'BUDAK' bagimu wahai Si PENDUSTA !

Si hodoh jadi si cantik, si hodoh jadi si tampan, si skema boleh jadi si buaya, si buaya boleh jadi si beradab. 0

nmhafiz | 11:47 AM |

Oleh kerana aku berfikir menggunakan otak dan bukannya kaki,

Aku begitu sedar bahawa pola atau corak pemikiran mereka begitu tipikal atau terhad. Terlalu mudah untuk dijangka. Terlalu mudah untuk dijadikan bahan ketawa, tetapi terlalu sukar untuk difahami. Selalunya aku akan tergelak apabila melihat gelagat mereka, lalu selepas berfikir secara teliti, aku berasa sedih. Simpati.

Kasihan mereka itu. Apa yang mereka mahukan hanyalah kebahagiaan. Sesuatu yang mampu membahagiakan diri mereka selepas sekian lama terseksa dalam realiti yang semakin memeritkan. Suatu bentuk 'escapism' yang diwujudkan dalam dunia maya setelah sekian lama tidak selesa atau tertekan dengan keadaan realiti sekeliling. Blog, Facebook, dan sebagainya menjadi tempat pembinaan diri ideal atau diri yang mereka impikan. Merekalah raja, merekalah ratu, mereka putera dan puteri, segalanya difikirkan berkisar tentang mereka. Watak utama yang mereka sering kejarkan. Mereka boleh jadi apa sahaja yang mereka mahukan di dalam dunia maya ini. Yang dipuji akan termakan, yang memuji akan memakan. Yang lemah akan ditindas, yang kuat akan bermaharajalela.

Sehingga terlupa apa makna kemasyarakatan, terlupa makna kemanusiaan sejagat, kerana sibuk mementingkan diri. Terlupa segalanya bukanlah untuk diri mereka sahaja. Sehingga, terlupa diri mereka yang sebenarnya. Terlupa, akibat diracuni pujian-pujian dan kutukan yang dilontarkan. Begitu jauh jarak antara imej kendiri ideal dengan imej kendiri sebenar, sehingga boleh mewujudkan suatu ketegangan, krisis identiti. Si hodoh jadi si cantik, si hodoh jadi si tampan, si skema boleh jadi si buaya, si buaya boleh jadi si beradab.

Apa yang kita perlukan hanyalah kesedaran supaya jangan mementingkan diri sendiri sahaja untuk setiap masa dan keadaan. Kesedaran untuk berwaspada dengan setiap watak yang hadir dalam hidup, kerana topeng-topeng wajah mereka mampu menipu kita, membuatkan kita terpedaya.

Kita jangan lupa diri kita siapa.Inilah diri aku yang sebenar. Aku tak kisah apa orang lain nak cakap. Lantaklah !

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Nasyid : Taubat Seorang Hamba 2

nmhafiz | 12:10 AM | ,

Aku yakin kamu akan menangis jika kamu hayati betul-betul & nyanyi lagu ini kecualilah kamu berhati batu.Sekadar sebuah lagu untuk dikongsikan, lagu ini sering aku dengar keseorangan semasa Ramadhan lepas ketika pergi & balik ke rumah. (drive sore2 meme memboringkan,lagu ni lah jd penemanku)

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee
Tajuk Lirik: Taubat Seorang Hamba
Artis: Irsyadee Feat Hafiz Hamidun


(Hafiz)
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
(Irsyadee)
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
(Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
(Hafiz)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini


Mahu download???.|Klik Sini!
Ya Allah, ya Tuhan ku, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.Aminn..

Aku berani jamin dengan nyawaku sendiri jika... 0

nmhafiz | 10:46 PM | ,

Jika kau seorang yang mempunyai kereta yang mewah,poket yang penuh dengan wang pasti kau akan dikelilingi oleh betina-betina.Kau tak perlu mencari kerana mereka akan hadir dengan sendiri dan merelakannya walaupun kau adalah seorang yang jahil & hodoh bagi sahabat-sahabat kamu. Percayalah,ini adalah suatu hakikat yang boleh kita lihat sekarang. Tak percaya???? Bukalah mata hati kamu, biar buta mata, tapi jangan buta hati.

Aku tergelak melihat suasana sekeliling aku, keadaan yang sangat melucukan jika difikirkan balik. Begitulah harga maruah betina yang bertebaran di muka bumi Allah ini. Adakah mereka berfikir?????  YA!!! Memang mereka berfikir, sentiasa berfikir bagaimana mahu dicampakkan bayi didalam kandungan mereka...*meludah*

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.




  • Mahal disini bukannya bermaksud jual mahal dengan menampakkan diri seorang yang 'hot',gaya macam artis,mewah,pakaian berjenama,bercakap macam orang putih,freehair atau sebagainya. Itu dipanggil 'demand' (4 me la) tetapi janganlah mengutuk orang-orang ini kerana menghina itu adalah hak ALLAH dan memuji adalah selayaknya kepada Allah. Teringat kisah Nabi Muhammad S.A.W semasa berdakwah, Baginda dikutuk, dicaci, dimaki, disakiti sehinggakan malaikat penjaga gunung meminta izin untuk menghenpap gunung kepada golongan kafir itu, tetapi Nabi menolak dan mnjawab 'Sesungguhnya mereka tidak tahu'. Yakinlah bahawa hidayah itu hak milik Allah, kita tak boleh memberi hidayah kepada orang-orang yang kita sayangi. Jangan sesekali menghina dosa lepas seseorang hamba yang lain kerana "Takkan mati seseorang yang menghina dosa orang lain setelah dia melakukan dosa tersebut". (hadis nabi)
  • Tetapi mahal disini menunjukkan akhlak yang baik. Jagalah fitrah sebagai seorang manusia tak kira lelaki atau perempuan. Beramallah dgn ilmu, jauhilah daripada bersangka jahat kerana bersangka jahat itu adalah sebohong-sebohong cakap.Mungkin akan ada sesetengah orang akan menganggap aku ni 'berlagak baik' ataupun ayat yang telah aku dengar 'apih hnya pandai berkata-kata' jika membaca blog ini.Aku cuma berusaha untuk beramal dgn ilmu. Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa “ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia".Aku yakin ramai yang tahu tentang semua ni tetapi berapa ramai yang beramal dengan ilmu????? Aku pun jahil jugak,tapi takkan nak stay dalam kejahilan sampai bila-bila????? Kita yang menentukan kemana hala tuju kita bukan orang lain, ke syurga atau neraka. Ketahuilah bahawa azab orang yang berilmu lebih perit daripada orang yang tak berilmu. Nauzubillah . Sesungguhnya setiap anak Adam itu melakukan kesilapan. Nabi Adam sendiri pun melakukan ksilapan. Fikir-fikirkanlah bahawa pengakhiran hidup kita adalah mati & ingatlah mati kita mati tak BERTEMAN...
  • Sekarang bunga bukan sekuntum untuk jutaan kumbang,itu adalah 1 polemik yang sudah lapuk. Sedarilah hakikat sebenar sekarang ialah seekor kumbang adalah untuk jutaan bunga. Tetapi itu tidak bererti Si kumbang itu berada dalam keadaan yang selesa menunggu datangnya bunga. Takkan berlaku kecualilah Si kumbang itu sendiri mencarinya dan berusaha mengharungi halangan untuk mendapatkan bunga-bunga itu. Bunga-bunga haruslah menghiasi dirinya dengan duri-duri yang tajam, halangan-halangan dan duri itu adalah maruah dan harga diri sekuntum bunga itu.Si Kumbang takkan mampu membeli Si bunga jika Si bunga itu mahal maruahnya, kuat pegangan agamanya. Untuk mendapatkannya Si kumbang haruslah kuat Imannya, elok akidahnya. 'Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik' .(firman Allah)


Sejahat-jahat lelaki sekalipun akan memilih yang terbaik untuk calon isterinya tapi muhasabah lah diri kita dulu wahai LELAKI~

taken from my previous post @ fb.|klik sini.
Banyak MENDENGAR lebih baik drpda bnyak BERCAKAP.....BERTINDAK adalah lebih baik..

Dinar & Dirham 0

nmhafiz | 10:34 AM | ,

Assalamualaikum wrt.

Kupasan menarik mengenai Dinar dan Dirham. Jika anda masih keliru atau tidak pasti apa yang sedang berlaku berkenaan D&D,boleh la rujuk pada surat khabar atau teruskan bacaan anda di bawah.

Selama ni,kalau belajar dalam accounting, duit RM 1 hari ni lebih bernilai drp RM 1 pd hari esok (net present value), tapi,emas pulak lain ceritanya, makin hari nilai makin meningkat. Patutlah mak-mak kita nak beli barang kemas dan simpan. Emas kuning (bukan emas putih) ,nilainya akan makin meningkat dan ia merupakan satu pelaburan yang baik!

Agak2nya kalo Dr M dulu nak wujudkan dinar emas dan dirham (instead of syiling kijang emas), akan ditentang oleh masyarakat sekeliling tak?

Sahabat yang baik adalah orang yang bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata-kata. 0

nmhafiz | 9:59 AM |

Buat sahabat-sahabat yang disayangi kerna Allah..

Diri ini sangat lemah dalam melewati hari2 sebagai hamba ALLAH..Tapi punya satu impian iaitu ingin mencari kekuatan demi kekuatan dalam merebut rahmat dan redha Allah.Dan kekuatan itu datangnya dari ALLAH dengan izin ALLAH dan sahabat2 adalah salah satu wasilahnya..andai kesilapan yang dilakukan tegurilah aku..Hati ini berlapang dada dalam menerima segala teguran..sebab diri ini sangat lemah dan sangat hina..











Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Bawalah aku ke jalan Allah.

Hampa dengan segolongan orang yang mudah kena goda, tapi mulut tetap bangga cakap tak tergoda. 2

nmhafiz | 9:14 AM |

Lelaki, kau kata kau takkan mudah tergoda dengan kata-kata betina sundal, tapi apa yang aku lihat kau siap telan muntah mereka.

Mereka tabur duit untuk cucuk kau, tapi kau kata pada aku yang kau kikis duit mereka. Cara kau cakap macam bangga gila tapi alih-alih aku nampak kau yang kena kencing dengan air kencing busuk mereka.

Oi lelaki bodoh, aku baik ke tak, pandai ke tak, bukan persoalan. Yang signifikan sekarang, yang memalukan, yang menyedihkan, kau semua diperbodohkan. Diulang, DIPERBODOHKAN. Kau memalukan Islam sahaja. Kau bukan nak perjuangkan Islam, kau hanya nak perjuangkan kepentingan diri sendiri dengan menggunakan Islam sebagai batu loncatan ! Kau jauh lebih hina daripada org yang tak beragama. Faham ? Kalau Nabi Muhammad S.A.W hidup lagi pada zaman sekarang, baginda memang hampa dengan sikap kau semua. Tak ada yang lebih menghampakan apabila melihat umat pengikut diri sendiri memanipulasi agama demi kepentingan diri sendiri. Kasihan.

Betina tabur duit sedikit sahaja pada kau, terus kau ikut. Jangan tolak rezeki konon, ha memang betul la jangan tolak rezeki bila orang nak bagi, tak ada beza dengan kerbau yang dicucuk hidung. Cuma beza sedikit, mereka cucuk kamu dengan duit. Faham ? Masih nak kata yang diri kamu tak terumpan ?

Kau kejar duit perempuan, kau kejar harta perempuan, kau kejar 'kecantikan' mereka | alih-alih kebijaksanaan kau tergadai. Yang dikejar tak dapat-dapat, yang dikendong berciciran. Maruah kau ( termasuk sebagai maruah kau seorang muslim ) turut tergadai. Turut tergadai. Faham tak ?


Pathetic, you know. So pathetic.



Kita hidup ada pilihan. Kita mesti memilih. Kita boleh pilih salah satu, atau sebahagian, atau semuanya. Apa yang dipilih, kita ada tanggungjawab di situ. Akhirnya, kita akan kembali kepada YANG SATU. Jadi, pilihlah & carilah pedoman untuk memilih.

Sharing Is Caring? 4

nmhafiz | 8:14 AM |

Budak-budak sekarang (sambil geleng kepala), akaun peribadi semua nak dikongsi-kongsi. Konon 'sharing is caring' lah ya? Mereka fikir bila sudah mengelamun cinta sakan, semua perkara-perkara peribadi wajib dikongsikan.

Macam mana kalau hubungan 'kemonyetan' itu tak menjadi nanti? Mahu orang lain @ luar ambil kesempatan atas emel dan akaun facebook anda?

Kalau ya pun agak-agaklah sikit. Orang yang dah berkahwin pun tak buang air atas jamban yang sama. Masing-masing ada hal ehwal peribadi. Masing-masing ada waktu dan tempat yang perlu dihormati. Yang boleh dikongsi maka silakanlah berkongsi.

Anda juga kena hormatkan privacy anda sendiri, takut kelak memakan diri. Hehe, jangan marah ya..!! =D

p/s: Perkataan "Budak-budak sekarang..." menunjukkan aku sudah tua..!! (walaupun belum sangat, hehe)


Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

Ke Wakaf Che Yeh di Malam Aidilfitri 0

nmhafiz | 3:36 AM |



x
Ke Wakaf Che Yeh pada malam raya agak dikatakan memang sengaja ingin berhadapan kesesakan jalan yang terlampau. Ini kali ke 8 aku menjejakkan kaki disini semenjak 31 0gos yang lalu. Tapi malam ini pergi bersama Umieku & 2 orang adikku. Hairan & pelik kenapa tiba-tiba Umieku mengajakku kesini kerana dia memang tak suka akan tempat yang ramai & penuh sesak seperti ini tambah-tambah pulak keluar malam. Bayangkan jarak ke Wakaf Che Yeh dari rumahku hanya mngambil masa dlm 15 minit sahaja, tetapi malam ni 1 jam lebih untuk sampai. Mengeluh panjang sepanjang perjalanan kami ke sini...(xpola,bilo lg nop raso kae?stahun skali jh)..




Barang yg dibeli...
  • Jersy 2 helai untuk aku & adikku..(sebab lelong jah belinya)
  • Selipar adikku.
  • Biskut raya lelong.(motif utama umieku datang kesini,padahal dah ada banyak dah)
Berada disini tak sampai sejam pun kerana Umie nak balik, pening kepala disebabkan ramai sangat manusia-manusia berkeliaran & bunyi mercun yang tak henti-henti tak kira dimana. Memang tak berbaloi bagi aku, tapi xpelah, dapat jersy free malam ni...hehe
=)




Syawal ni,semua yang mengenali diriku dijemput hadirlah kerumahku,kedatangan mu itu sangat dialu-alukan...


Aidilfitri - Hari Kemenangan Buat Umat Islam 0

nmhafiz | 1:28 PM | ,

Hari Raya Aidilfitri merupakan kemenangan bagi umat Islam yang melepasi godaan nafsu dengan berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sebagaimana Rasulullah bersabda :

"Kami pulang daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar,sesungguhnya jihad melawan nafsu itu lebih besar"

Alhamdulilah,bulan Ramadhan memberi penuh pengertian kepada diriku walaupun banyak musibah yang menimpa. Aidilfitri merupakan fitrah kembali kepada kejadian manusia yang asal. Lahir ke bumi dalam keadaan bersih dari dosa. Setelah segala dosa yang lalu terhapus ketika melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.InsyaAllah..

Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah saw telah bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”   (Hadis riwayat Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi).


MasyaAllah.. Mudahnya dosa diampunkan. Antara diskaun terhebat dalam hidup. Namun, puasa itu perlu datang dengan iman dan ikhlas. Pucuk pangkal, kita yang tentukan kualiti ibadah agar dosa terampun.

Sedangkan apa yang kita buat, puasa dilakukan sambil lewa. Kita yang pilih untuk timbunkan dosa selepas Ramadhan berlalu. Berakhir sahaja Ramadhan, tingkat iman masih di situ, tidak berganjak ke tingkat lebih tinggi. Muhasabah untuk diri saya juga, yang masih lagi mencari erti iman dan ikhlas.


Moga kita berjaya mendapatkan tingkat ibadah yang beroleh keampunan Allah dalam baki Ramadhan ini.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Ingin menzahirkan semangat hari kemenangan ini tetapi tertanya-tanya apakah yang aku menangkan????


Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yg mengenali diriku.