Aidilfitri - Hari Kemenangan Buat Umat Islam 0

nmhafiz | 1:28 PM | ,

Hari Raya Aidilfitri merupakan kemenangan bagi umat Islam yang melepasi godaan nafsu dengan berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sebagaimana Rasulullah bersabda :


"Kami pulang daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar,sesungguhnya jihad melawan nafsu itu lebih besar"

Alhamdulilah,bulan Ramadhan memberi penuh pengertian kepada diriku walaupun banyak musibah yang menimpa. Aidilfitri merupakan fitrah kembali kepada kejadian manusia yang asal. Lahir ke bumi dalam keadaan bersih dari dosa. Setelah segala dosa yang lalu terhapus ketika melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.InsyaAllah..

Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah saw telah bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”   (Hadis riwayat Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi).


MasyaAllah.. Mudahnya dosa diampunkan. Antara diskaun terhebat dalam hidup. Namun, puasa itu perlu datang dengan iman dan ikhlas. Pucuk pangkal, kita yang tentukan kualiti ibadah agar dosa terampun.

Sedangkan apa yang kita buat, puasa dilakukan sambil lewa. Kita yang pilih untuk timbunkan dosa selepas Ramadhan berlalu. Berakhir sahaja Ramadhan, tingkat iman masih di situ, tidak berganjak ke tingkat lebih tinggi. Muhasabah untuk diri saya juga, yang masih lagi mencari erti iman dan ikhlas.


Moga kita berjaya mendapatkan tingkat ibadah yang beroleh keampunan Allah dalam baki Ramadhan ini.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Ingin menzahirkan semangat hari kemenangan ini tetapi tertanya-tanya apakah yang aku menangkan????


Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yg mengenali diriku.

0 Responses So Far: