Cinta: Jodoh Itu Rahsia 2

nmhafiz | 12:01 PM | ,

Agak 'jiwo' tajuk ni, tapi aku rasa aku patut kongsikan perkara ini untuk menjawab pertanyaan sahabat-sahabatku & keluarga terdekat. Menjadi kebiasan apabila melepak, bersembang & berada bersama-sama keluarga, mereka akan bertanya 'long,mu x tubik nga gewe ko???' , 'apih,pah mano gewe mu??' , 'putus cinta ko apih??'. Itulah soalan yang perlu aku jawab tapi aku hanya terdiam & mampu tersenyum sahaja. Bukan bermaksud kecewa, tetapi bagi aku tak usah diingati benda yang lepas & menganggap itu adalah suatu pengalaman untuk mengajar diriku lebih matang menempuhi dugaan yang mendatang. Tak dinafikan memanglah sakit & 'sebok senok' sampai ke hari ini, tapi aku cuba think positif & meletakkan ia dalam kawalan kerana jodoh itu adalah rahsia Allah. Kita patut bersedia untuk menerima kenyataan bahawa Si dia itu bukan jodoh kita walaupun selama mana kamu bercinta sekalipun dengan Si dia.

Dalam Islam hubungan dikategorikan kepada 2 iaitu HablumminAllah(hubungan dengan Allahdan Hablumminannas (hubungan dengan sesama makhluk). Hendaklah aku menjaga hubunganku dgn Allah terlebih dahulu sebelum aku menjaga hubunganku sesama manusia. Pentingkan apa yang lebih penting, kerana diriku masih belum layak untuk itu. I am waiting for the right time, the right person~


Jodoh itu rahsia Allah.

Percintaan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.
CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan dan ada rintangan.
Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.
Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.



Mengenang masa lalu menatap masa depan. Cinta itu suatu anugerah, mencintai itu suatu yang susah, saling mencintai itu asyik~

2 Responses So Far:

Que Qura said...

wa sgt setuju tu..
jodoh pertemuan, perpisahan semua di tgn Allah S.W.T

nmhafiz said...

ramai yg maseh taksub walaupon menyedarinya..