Selamat Hari Raya warga Kelantan 7

nmhafiz | 6:47 PM |

Kalaulah aku dapat pergi!!!paper punya pasal...melepas..
Tahniah Kelantan The Red Warrior memenangi Piala Malaysia dengan jaringan 2-1. Walaupun tak dapat ke stadium tetapi kemenangan Kelantan dalam Piala Malaysia 2010 disambut dengan jeritan anak-anak dan juga isteri di medan selera berhampiran SSM IV, haha !!! *betul ke ni?. Akhirnya Piala Malaysia kali ini menjadi milik The Red Warrior. Segala persoalan, taruhan dan pertelingkahan terjawab. TAHNIAH Kelantan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.



Walaupun padang dihias botol air mineral, namun Negeri Sembilan masih memberi saingan yang baik apabila mendahului Kelantan 1-0 pada separuh masa pertama. Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Sharuain melalui sepakan penalti. Saat ni memang aku 'cover baek punyer' perasaan dan mimik muka kecewa aku depan rakan² yang merupakan 'orang luar'. Risau gila babeng kot! *macam gambar kat tepi ni ah..haha.


Kecederaan Aidil selaku Kapten Pasukan Negeri Sembilan membawa kepada kegoyahan pasukan itu sendiri yang kemudiannya membuka peluang kepada Pasukan Kelantan. Tapi itu bukan alasan atas kekalahan mereka, apa guna ada pemain simpanan kalau tidak boleh isi kekosongan yang ditinggalkan tonggak utama. Bagi aku itu alasan lapuk yang tidak lagi relevan untuk diguna pakai pada peringkat tertinggi seperti Piala Malaysia. Walaubagaimanapun, Negeri Sembilan tetap mengerunkan!


Masuk separuh masa kedua, Kelantan bangkit menjaringkan 2 gol sekaligus menjuarai Piala Malaysia 2010. Saat ini merupakan saat bahagia aku, indah tak terkata, aku bangkit daripada kekecewaan dan bersorak GOLLLLLLL!!!. Gol pertama Pasukan Kelantan adalah hasil jaringan Hairuddin Omar melalui tandukan gaya Atromen Taro. HAHA. Manakala gol kedua menyusul 8 minit kemudian melalui Badri Radzi aka Piya setelah menerima hantaran perkahwinan dari Indra Putra. Oh boleh jadi pengulas tak aku ni? HAHA. Ringkas dan tak padat!


Tahniah juga kepada Hairuddin Omar kerana dinobatkan sebagai pemain pilihan bagi perlawanan akhir. Tak lupa Tahniah kepada Badri Radhi kerana dinobat sebagai penjaring gol tercantik pilihan media. Syukur Alhamdulillah tiada upacara pembakaran berlaku tahun ini. HAHA.


Sebagai hadiah kerajaan negeri selepas pasukan Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010, 31/10/2010 diisytiharkan sebagai cuti umum peristiwa buat seluruh negeri Kelantan sebagai meraikan kejayaan bersejarah skuad Wira Merah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir, malam tadi. Aku tak hepi sangat pun sebab aku memang dah cuti. HAHA. Sekarang aku menunggu perarakan piala Malaysia di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni. MU menang, Chelsea menang, Kelantan pun menang !!! KEMAH KEMING LAH!


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


"Bako oghe berani menang sorak, Bako oghe berani piala diarak"

Belajarlah cara menegur, bukan mengutuk! 2

nmhafiz | 3:35 PM | ,


Huii..hangat betul dan sangat 'gegang' lah. Semua orang nak kecoh pasal teguran aku. Konon aku backup sana, konon aku tembak sini. Ada pulak lagi yang melalut cakap apa pun aku tak faham. Macam ni saje lah, 'mu' nak melatah tolong jangan libatkan aku. Buah fikiran aku, pendapat aku, tak ada menyebut pun nama 'mu'. Aku respek kamu semua sebab teruskan membaca kerana membaca itu amalan mulia. Dan aku juga respek sebab korang berani mengetengahkan ketidak puasan hati tu terhadap aku. Secara keseluruhannya aku anggap semua itu teguran yang membina walaupun ada yang cuba nak mengeksploitasi penggunaan perkataan aku tetapi ter'back fire' diri sendiri. I'm not a debator tetapi aku seorang yang suka menggunakan ayat lain dari yang lain. Ok, pasal bab menegur. Ada yang tak puas hati dengan cara teguran aku, tapi Alhamdulillah ramai yang memuji (THANKS!). Oleh itu, jom kita ramai-ramai tengok dengan jelas dan terang cara teguran yang betul. Mungkin ada yang dah jemu dengar benda tu kat sekolah dulu tapi aku akan cakap jugak sebab sekolah aku lain dari sekolah korang (maybe some yang same sekolah dengan aku..hoho..).

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
Adalah jelas dan terang kat atas tu menyuruh kita menegur dengan berhikmah, dan dengan nasihat yang elok. Macam mane nak tegur dengan berhikmah? Aku ni selalu dijadikan unofficial advisor oleh beberapa rakan-rakan aku, dan kebanyakannya bertanyakan soal baik-buruk, cinta-cinta (yucks!), dan macam-macam lagi. Dan aku jugak selalu mendengar nasihat-nasihat rakan aku terutama Encik Zed, thanks awak!haha. Aku memang FAIL dalam karier sebagai Good Advisor sebab biasanya aku akan point out things yang orang lain tak perasan tapi bertepek kena kat muka dia. Tapi aku tetap gunakan cara berhikmah, puji dulu, agree dulu sebelum point out mana yang kena ubah. Cuma cara aku kalau in-person tu agak provocative sikit sebab masa puji tu ayat mesti manis, tapi bila aku point out benda salah tu kebanyakannya tarik muka, panas telinga pasal memang aku tunjuk yang benda tu is totally freaking wrong!

Lagi satu bab tegur menegur nih, kita kalau nak menegur tu kena tau apa masalah sebenarnya. Dan kalau kita ni akal hanya sejengkal, lebih baik la lupakan kerja nak menduga lautan seluas Atlantik, ukur lilit perut pun belum tentu lepas. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ramai yang cepat melatah, bila cepat melatah orang akan melalut, bila melalut dia akan anggap diri dia paling hebat paling cool, dan masa tu dia akan rasa kalau dia kutuk orang tu mesti dia akan jadi 23x lebih cool dan boleh dianggap LEADER la kononnya. OMG, instead of making other people looks guilty, you make yourself looks like a totally idiot. Kasihan. Boleh nak menegur, tak salah pun, teguran tu bagus, tapi lagi bagus kalau yang menegur tu gunakan akal, bukannya menyembur sesuka hati. Aku tahu bila kita memalukan orang tu nanti secara automatik kita akan rasa HERO. Tapi itu ketika teguran, bila dinilai balik teguran itu, kalau asasnya betul ok lah, kalau kita sembur sebab orang lain suka dengan secara automatik jugak kita jadi macam anjing menyalak bukit. Apa yang disalak pun orang lain tak tahu, tapi terus nak menyalak, bukit tu buat tak tahu je. Tak ke awak tu memalukan diri sendiri?
Rasulullah s.a.w bersabda,‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Jadi adalah jelas dalam hadis di atas ini bahawa untuk membuat teguran, kita mesti fikirkan dahulu manfaatnya terhadap diri sendiri, diri yang nak ditegur dan juga orang lain yang mendengar. Tiada gunanya kita mengutuk-ngutuk kesilapan orang andai tiada membawa manfaat langsung kepada sesiapa termasuk diri sendiri. Tak ada gunanya jugak kita nak menunjukkan betapa 'cool' kita ni dengan menggunakan perkataan-perkataan yang 'cool' dan menghina untuk menegur orang itu. Tak payah nak bajet 'cool' lah brader, lu buat malu diri sendiri saje.

Tugas tegur-menegur ni sebenarnya disifatkan sebagai hak seorang muslim kepada muslim yang lain, kalau bukan muslim tu terpulanglah. Tapi sebagai manusia, sebagai orang Malaysia, yang disifatkan sebagai kaya dengan adat dan adab, tegur-menegur itu adalah seharusnya dilakukan antara satu sama lain. Teguran itu bukan setakat untuk memperbetulkan orang, malah untuk menginsafi diri sendiri juga. Gunakan cara yang betul untuk menegur, tegur-menegur untuk menambah kenalan dan beramah mesra, bukannya untuk mengutuk, menghina, merendah-rendahkan taraf orang lain. Jangan tegur untuk bangga diri, menunjuk-nunjuk, dan memecah-belahkan silaturrahim.

Cerita Jangan Tegur tu boleh tahan jugak seramnye...

Mengutuk dan Menasihati adalah dua perkara yang berbeza tetapi ia boleh digabungkan penggunaannya mengikut cara yang bijak dan bukannya cara yang BODOH. Faham ?

Hakikat cinta remaja yang perlu diubah kerana ia kelakar yang serius. 8

nmhafiz | 12:52 AM | ,

Bila bercakap tentang cinta, remaja-remaja sekarang ni 'advance' betul. Yelah, dibekalkan dengan ilmu dari drama 'Lagenda Budak Setan', disulam pulak dengan kisah cinta-cinta TV1, TV2, TV3, Astro Ria, HBO, Cinemax, StarMovie, dll, dibanjiri lagi dengan video 3gp rempit, budak sekolah, budak kolej, PLKN, itu dan ini dan disertakan pula lagu-lagu yang dijadikan sebagai panduan hidup seperti lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' dari Ustaz Syahir. Memang sangat advance dan hasilnya pun boleh tahan, selang seminggu jumpa baby bawah tangga, jumpa janin dalam parit, jumpa mayat kat pintu masjid, dan macam-macam lagi. Ini semua berpunca daripada perasaan cinta. Cinta itu tak salah, bercinta pun tak salah, tapi dipengaruhi cinta dan digenggami nafsu itu yang buatkan banyak benda jadi salah. Sebenarnya mentaliti dan gaya yang dipupuk dalam kehidupan kita dari kecil sampai dewasa ni yang memainkan peranan dalam mengawal semua tu. Tidak perlu aku tunding jari menyalahkan pihak itu, mengata pihak ini, cukuplah kalau aku katakan pembawakan dan peredaran persekitaran ini sebenarnya membuatkan ramai yang tersasar dari jalan sebenarnya. Aku pun pernah tersasar dan sehingga kini I'm trying to keep myself on the right path, Alhamdulillah semuanya masih berjalan dengan baik.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Dalam hadis di atas ni ada disebutkan mengenai mencintai seseorang kerana Allah. Sehingga ke hari ini aku masih lagi mencari-cari rasa kemanisan iman (Halawatul Iman) seperti yang dimaksudkan dalam hadis ni. Adakah menyintai seseorang kerana Allah itu bermakna kita rajin bersolat, berdoa memohon restu Allah antara hubungan kita dan si dia, atau kita bercinta dengan mengikut segala garis panduan yang ditetapkan. Bunyi macam sama tapi lain. Aku pun ada jugak suka dekat Lisa Surihani (bukan nama sebenar)  yang sudah aku luahkan sedikit tetapi masih diamkan sedikit perasaan walaupun dia dah tahu (sound like a LOSER!). Apa yang aku buat hanyalah cuba tak tinggal solat dan segala ibadah yang mampu aku buat, dan berdoa memohon restu hubungan dan keselamatan dia. Mungkin dimakbulkan, mungkin tidak, itu semua bukan urusan aku. Jadi sedikit sebanyak perasaan cinta aku kat dia tu sebenarnya telah mendekatkan aku dengan Ilahi. Subhanallah, masa tengah tulis ni baru aku tersedar. Alhamdulillah. Dalam diam aku ucapkan terima kasih kat dia dengan pesanan, 'Kalau kita tak ada jodoh, saya tetap terhutang budi dengan awak sebab dalam diam saya berubah kerana cinta saya kat awak' (waaaargghhhh! GELI MAAAATTTTTT! )


Pada fikiran aku sebenarnya tulis pasal topik ni agak buang masa sebab kalau nak diceritakan soal cinta, selagi ada bulan dan matahari, selagi pertukaran siang dan malam tu tak terhenti, selagi tu permasalahan cinta akan timbul. It's an endless story. Tapi aku tetap jugak tulis sebab saja nak lari sikit dari topik politik dan kerisauan tentang exam. Apa-apa pun, walau setinggi mana cinta kita kepada girlfriend, kita harus ingat bahawa keluarga tu masih paksi kita, dan Allah dan Rasulullah itu merupakan cinta teragung kita.
"Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” - Sahih Al-Bukhari
“Demi Allah yang memakmurkan dunia, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain.” - Hadis riwayat Muslim 


Dua hadis diatas ini menunjukkan bahawa Rasulullah sendiri memupuk semangat kasih sayang dikalangan umatnya. Tapi kasih sayang itu haruslah ada batasannya. Lelaki tidak boleh terlalu lurus dengan cinta, perempuan jangan terlalu hanyut dalam cinta. Contoh lelaki yang lurus dalam cinta ialah watak Kasyah dalam Lagenda Budak Setan. Aku bab mengutuk ni memang hebat. Bagi aku si Kasyah ni bodoh sebab terlalu sayangkan Ayu. Dan contoh perempuan yang terlalu hanyut dalam cinta ni rasanya tak perlu nak tunjuk kot sebab Ali Rustam dah buktikan dengan pembukaan Sekolah Harapan untuk pelajar mengandung (lelaki mana ada mengandung jadi maknanya sekolah ini untuk perempuan). Oleh itu, borderline itu kita yang perlu letakkan sendiri, bukan orang lain. Kita harus berani dan yakin dengan ayat 'No means No'. Bukan 'No means can Nego'.

Cukuplah rasanya apa yang aku dah ceritakan dalam topik kali ni. Kalau nak bercerita lagi memang sampai kiamat pun takkan habis. Jadi, beringatlah sebelum terjadi. Ingatlah bahawa keluarga sentiasa menyayangi kita dan di atas sana sentiasa ada yang memerhati.

.:wassalam:.

Cinta kepada bunga akan layu,Cinta kepada manusia akan berpisah dan Cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi.

Cepat ! Jangan jadi pemalas ! Bodoh punya orang. Nak jadi pandai tapi tak nak usaha. 0

nmhafiz | 11:35 PM |

Takkan tercapai hasrat jika memang malas. Perasaan malas itu perlu dibendung agar tidak mengganggu prestasi akademik, sama macam sekarang inilah.

Entah kenapa akhir-akhir ini terlalu malas. Tahu benar bahawa diri ini amat memerlukan pencapaian yang benar-benar jitu, pointer tinggi, markah penilaian tinggi, tapi masih jua dengan sifat pemalas.

Ingat ini wahai diri sendiri. Kerja mesti disiapkan juga walaubagaimana sekalipun. Jangan jadi pemalas. Jangan jadi pasif. Jangan jadi bodoh. Siapkan tugasan apabila diberikan. Sampai bila-bila takkan maju jika masih begini.




Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas.

Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA

Bolehkah kamu jawab secara praktikal ? 0

nmhafiz | 4:53 PM |

Hey !


Apa kata kamu, jika aku katakan hidup ini hanyalah untuk menunggu mati ?
Apa kata kamu, jika aku katakan mati itu hanyalah suatu misteri ?
Apa kata kamu, jika 7 saat bermula dari sekarang kamu akan mati ?
Apa kata kamu, jika pemergian kamu - tiada seorang pun akan menangisi ?
Apa kata kamu, jika wujudnya segolongan manusia yang ketiadaan hati ?
Apa kata kamu, jika semua manusia memungkiri janji ?




Apa kata kamu ?


Kenapa terlalu membenci Ore Kelantan ? 47

nmhafiz | 1:12 AM | ,

Ok. Ini ulasan daripada hentaman seorang hamba Allah yang tidak menyenangi orang Kelantan. Sama ada kau menyokong atau tidak, terpulang kepada kau menilai. Orang Kelantan suka memecah belahkan orang Melayu? Orang Kelantan ke orang PAS yang saudara Anti Kelantan maksudkan? Kalau dibaca sampai habis, bunyinya macam menjurus kepada orang PAS. Owh, aku amat benci dan menyampah bila isu politik ditimbulkan di sini. Tapi nok buat guano, keno perjelaskan jugok.
Sering kali orang Kelantan disama dengankan dengan PAS. Satu pemikiran yang sangat² sempit sesempit lubang cacing. Di kawasan Parlimen kediaman aku, lebih tepat lagi di Dun aku, ada segelintir orang kuat serta penyokong BN yang begitu taksub dengan partinya. Hinggakan air minuman berwarna hijau (air pandan) di kenduri kahwin menjadi kutukan bangsa BN ini. Habis…nak tukar air biru? Minumlah nila kalau nak sangat air itu menjadi biru.
Teringat pesan seorang ayah kepada anaknya dalam hal pemilihan jodoh. Katanya, kalau nak cari pasangan mesti daripada penyokong BN. Haih, ada juga orang macam ni. Nampaknya, anaknya nanti nak cari pasangan mesti kena tanya soalan “Awak sokong BN ke PAS?”.
Paling aku tidak suka istilah ‘merempat di negeri orang’ yang ditujukan kepada orang Kelantan yang keluar negeri merantau tempat orang mencari rezeki. Kenapa hanya orang Kelantan yang dituju? Rasanya ada juga orang Johor, orang Perak, Kedah, Pahang merantau ke negeri lain khususnya KL untuk mencari rezeki. Malah ada orang merantau hingga ke luar negara untuk menyara hidup. Tidak Allah jadikan dunia ini hanya untuk golongan tertentu sahaja. Setiap orang ada rezekinya. Mungkin juga saudara Anti Kelantan akan ‘merempat’ di negeri orang mencari rezeki. Siapa tahu, bukan? Janganlah tuduh orang lain sebegitu. Rasanyalah, saudara Anti Kelantan menggunakan istilah ‘merempat’ kerana hatinya begitu benci dengan orang Kelantan. Mungkin kerana politik, mungkin juga kerana sikap orang Kelantan itu sendiri.
Sebut tentang sikap, aku sendiri juga sangat² tidak menyenangi orang Kelantan. Orang Kelantan yang bagaimana? Orang Kelantan yang suka cakap besar tapi bila disuruh segan. Orang Kelantan yang pengotor, langsung tidak endah tentang kebersihan diri dan persekitaran. Tidak hairanlah suatu ketika dulu Kelantan digelar negeri paling kotor di Malaysia. Aku akuinya. 
Dan satu lagi, orang Kelantan dilabel ganas? Kenapa? Kerana bola sepak? Kerana penyokongnya? Aku sangat² tidak menyetujuinya. Hakikat sebenarnya boleh disaksikan jika kau sendiri melihat suasana sebenar di stadium. Ya, memang penyokong Red Warrior ganas!!! Tapi apabila difikirkan balik secara mendalam, adakah ia ganas atau bersemangat? Kalau ia dianggap ganas, lihatlah penyokong negeri lain, sama sahaja. Ada juga yang buat onar dan provokasi. Tetapi itu hanyalah segelintir, janganlah kerana itu kau berfikiran sebagai seorang 'stereotype' dengan melabel semua rakyat negeri itu sama iaitu mempunyai sifat yang SATU iaitu GANAS. Penyokong Red Warrior dilabel ganas kerana bilangan mereka sahaja yang terlalu ramai yang mungkin menarik perhatian ramai pihak. Dan aku sangat² tidak berpuas hati terhadap media yang hanya menumpukan keganasan penyokong Red Warrior yang 'segelintir' sahaja itu sehingga menutup kebenaran yang disaksikan oleh ribuan penyokong tidak kira penyokong negeri mana sekalipun. Kalau mahu diceritakan tentang media, banyak yang bisa diulas tentang 'berat sebelah' dan 'nasi tambah' yang mereka ada-adakan. Tidak perlulah disini, mungkin lain kali.
Kelantan mundur ? Aku tidak hairan bila ada kawan² bukan dari Kelantan bertanya soalan sinis kepada aku, “Apa yang ada kat Kelantan?”. Memang, tiada apa di Kelantan. Itupun kalau kau mengharapkan disko, pub, jungle, bistro dan sebagainya di Kelantan. Kalau dulu aku pun sedikit terkilan dengan ‘ketiadaan apa²’ di Kelantan, tapi kini aku tahu apa yang aku inginkan, ada di Kelantan, iaitu satu ketenangan dan kedamaian. Bukan kerana kampung halamanku sendiri, tapi kerana tiang seri solatnya hidup di Serambi Mekah tersebut.
Aku tak nafikan masih ada maksiat yang berlaku di Kelantan. Tapi tidaklah secara terbuka seperti di KL dan Selangor yang mungkin mengundang pandangan tidak mengapa berbuat demikian di fikiran anak² kecil kita nanti.
Saudara Anti Kelantan kata Kelantan ni mundur. Mungkin saudara Anti Kelantan terlalu lurus mengikut buku teks Sejarah Tingkatan 4 dan 5; Tamadun Asia dan Tamadun Dunia. Diukurnya ketamadunan itu dari sudut pembangunan, sedangkan ketamadunan pemikiran dibiarkan mundur. Owh, sebab itulah remaja kita sekarang mula kembali berpakaian seperti orang zaman Mesolitik. Tidak mustahil suatu hari nanti manusia bumi ini akan mengikut trend pakaian zaman Paleolitik. Owh, bukan remaja saja. Tidak ketinggalan juga makcik² berumur lanjut cuba menonjolkan perutnya yang kedut. Oh Malaysiaku.
Akhir kalam, janganlah menghina seseorang itu seolah² satu negeri pun sama. Mungkin dia berasal dari KL tapi menetap lama di Kelantan dan mula serasi dengan jiwa Kelantan. Jangan dek kerana marahkan PAS, seluruh rakyat Kelantan terkena tempias.
Aku sendiri pun tak gemar berkawan dengan orang Kelantan yang selekeh, kasar, cakap besar dan sebagainya. Tapi masih ada orang Kelantan yang begitu cantik akhlaknya untuk dijadikan kawan. Tidak semua orang sama. Bergantung kepada bagaimana persekitaran membentuk dirinya. Aku rasa rakyat negeri lain juga sama.
Fikirlah secara global. Cetusan minda oleh Amirez (dot) com .


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

Ini untuk perempuan yang fikir diri mereka sungguh gemuk macam badak sumbu sampaikan perut berlipat-lipat sampai boleh buat tikar. 5

nmhafiz | 8:53 PM | ,

Dalam dunia ni,
Perempuan terbahagi kepada beberapa golongan :

1. Yang kurus dan memang fikir diri dia kurus.

2. Yang kurus tapi fikir diri dia gemuk.

3. Yang gemuk dan fikir memang dia gemuk.

4. Yang gemuk tapi fikir memang dia kurus.

dan golongan no. 2 paling ramai, most of them begitu POYO mengatakan diri mereka gemuk lah ape lah.

Shame on them. Macam shial. Naik menyampah aku dengar. 

Kalau betul nak kurus, amik flight pergi Afrika.Sanggup?


Kita selalunya nampak apa yang orang lain ada sehingga kita lupa untuk bersyukur apa yg kita ada.