Cepat ! Jangan jadi pemalas ! Bodoh punya orang. Nak jadi pandai tapi tak nak usaha. 0

nmhafiz | 11:35 PM |

Takkan tercapai hasrat jika memang malas. Perasaan malas itu perlu dibendung agar tidak mengganggu prestasi akademik, sama macam sekarang inilah.

Entah kenapa akhir-akhir ini terlalu malas. Tahu benar bahawa diri ini amat memerlukan pencapaian yang benar-benar jitu, pointer tinggi, markah penilaian tinggi, tapi masih jua dengan sifat pemalas.

Ingat ini wahai diri sendiri. Kerja mesti disiapkan juga walaubagaimana sekalipun. Jangan jadi pemalas. Jangan jadi pasif. Jangan jadi bodoh. Siapkan tugasan apabila diberikan. Sampai bila-bila takkan maju jika masih begini.




Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas.

Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA

0 Responses So Far: