Selamat Hari Raya warga Kelantan 7

nmhafiz | 6:47 PM |

Kalaulah aku dapat pergi!!!paper punya pasal...melepas..
Tahniah Kelantan The Red Warrior memenangi Piala Malaysia dengan jaringan 2-1. Walaupun tak dapat ke stadium tetapi kemenangan Kelantan dalam Piala Malaysia 2010 disambut dengan jeritan anak-anak dan juga isteri di medan selera berhampiran SSM IV, haha !!! *betul ke ni?. Akhirnya Piala Malaysia kali ini menjadi milik The Red Warrior. Segala persoalan, taruhan dan pertelingkahan terjawab. TAHNIAH Kelantan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.



Walaupun padang dihias botol air mineral, namun Negeri Sembilan masih memberi saingan yang baik apabila mendahului Kelantan 1-0 pada separuh masa pertama. Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Sharuain melalui sepakan penalti. Saat ni memang aku 'cover baek punyer' perasaan dan mimik muka kecewa aku depan rakan² yang merupakan 'orang luar'. Risau gila babeng kot! *macam gambar kat tepi ni ah..haha.


Kecederaan Aidil selaku Kapten Pasukan Negeri Sembilan membawa kepada kegoyahan pasukan itu sendiri yang kemudiannya membuka peluang kepada Pasukan Kelantan. Tapi itu bukan alasan atas kekalahan mereka, apa guna ada pemain simpanan kalau tidak boleh isi kekosongan yang ditinggalkan tonggak utama. Bagi aku itu alasan lapuk yang tidak lagi relevan untuk diguna pakai pada peringkat tertinggi seperti Piala Malaysia. Walaubagaimanapun, Negeri Sembilan tetap mengerunkan!


Masuk separuh masa kedua, Kelantan bangkit menjaringkan 2 gol sekaligus menjuarai Piala Malaysia 2010. Saat ini merupakan saat bahagia aku, indah tak terkata, aku bangkit daripada kekecewaan dan bersorak GOLLLLLLL!!!. Gol pertama Pasukan Kelantan adalah hasil jaringan Hairuddin Omar melalui tandukan gaya Atromen Taro. HAHA. Manakala gol kedua menyusul 8 minit kemudian melalui Badri Radzi aka Piya setelah menerima hantaran perkahwinan dari Indra Putra. Oh boleh jadi pengulas tak aku ni? HAHA. Ringkas dan tak padat!


Tahniah juga kepada Hairuddin Omar kerana dinobatkan sebagai pemain pilihan bagi perlawanan akhir. Tak lupa Tahniah kepada Badri Radhi kerana dinobat sebagai penjaring gol tercantik pilihan media. Syukur Alhamdulillah tiada upacara pembakaran berlaku tahun ini. HAHA.


Sebagai hadiah kerajaan negeri selepas pasukan Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010, 31/10/2010 diisytiharkan sebagai cuti umum peristiwa buat seluruh negeri Kelantan sebagai meraikan kejayaan bersejarah skuad Wira Merah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir, malam tadi. Aku tak hepi sangat pun sebab aku memang dah cuti. HAHA. Sekarang aku menunggu perarakan piala Malaysia di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni. MU menang, Chelsea menang, Kelantan pun menang !!! KEMAH KEMING LAH!


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


"Bako oghe berani menang sorak, Bako oghe berani piala diarak"

7 Responses So Far:

AbeMey said...

yah! Alhamdullilah.. syukur.

sememangnya perasaan berdebar dub dab dub dab diakhiri dengan perasaan gembira tidak terkata.
kita bersatu hati dan berkongsi perasaan yg sama.

kepada team TRW dan kepada semua Penyokong2 Fanatik TRW.. korang memang terbaeekk!!!!

Anonymous said...

"Manakala gol kedua menyusul 8 minit kemudian melalui Radhi Omar setelah menerima hantaran perkahwinan dari Indra Putra"
pelik neh..hehe..radhi 0mar?

p/s::bt0lla..time g0l n9 kawe p0n tpks0 bt muk0 relax..dale ati mace2 musim ad0,tp alhamdulillah..PM p0ei KB jg0p ta0n neh..insyaAllah ta0n2 akei date jg0p!amin..

Anonymous said...

jaringan kedua oleh badri radzi a.k.a piya
bukan radhi omar

nmhafiz said...

haha,lawop...duk tringat ko dio etep..

cahaya keharumanku said...

memey kemah kemingggggg lahhhh....!!!!
apih..sbrla..tlepas bola kerana paper..n xbpluang masuk paper..n tpaksa bhadapan dgn tulang berbunyi..hahaha
gapo2 pon..proud to be kelantanese!

nmhafiz said...

sgt2 benci akn tulang e2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!beci3!!!!!!!!next liga arap2 x trlepah dh...

Anonymous said...

Hi, I stumbled upon your page on and although the writing seems great,
I suspect your page could be having a few browser compatibility issues.
If I view it in Firefox, it comes up okay,
but if I use Chrome, it pulls up seeming overlapped
and off-kilter. Just wanted to let you know.

My webpage Savanah