Janganlah sibuk dengan masalah kecil sehinggakan kau tak nampak apa yang utama. 2

nmhafiz | 12:08 AM |


Aku nampak kita semua terlalu pentingkan diri. Terlalu mahukan semuanya berkisar tentang diri kita sendiri. Berapa kebaikankah yang telah kita buat dalam sehari ? Berapa keburukankah yang telah kita tebus dalam sehari ? Aku nampak kita terlalu pentingkan diri. Lalu aku hampa kecewa.


Aku tak nak jadi macam kau semua, tak berperikemanusiaan. Aku tak ingin jadi bodoh macam kau semua, aku tak ingin jadi hati kering macam kau semua, aku tak nak. Aku mahu jadi seseorang yang ada perikemanusiaan, ada hati budi, ada kesedaran.



Aku cuma mahu kita semua saling hidup bermasyarakat, susah sangatkah ?



*sedih*

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

M O N O L O G 1

nmhafiz | 11:47 PM | ,

There's so much to think about these few days. I keep on asking myself how, why, when,and who, over and over again but I just couldn't get the answer. Sakit kepala memikirkan benda-benda mengarut yang aku cuba untuk buktikan walaupun terlalu mustahil dari segi fizikal mahupun logik akalnya. Aku cuba mencari-cari identiti sebenar yang tersirat dalam diri aku, cuba untuk melarikan diri dari pemikiran tipikal masyarakat sekeliling yang kononnya bijak sangat. Satu kelainan yang aku sedar dalam diri aku ni ialah aku suka buat perkara yang lain dari orang lain, tapi aku tak suka dedahkan sebab rasa segan pula bila orang lain tahu. Aku tak suka tengok benda yang sama setiap hari (kecuali untuk bini, anak-anak aku nanti la). Aku lebih suka kepada suatu yang mudah dipandangan mata tapi manis dari segi pemikiran akal manusia. Aku nak cuba keluar dari kepompong pemikiran umat manusia yang tipikal ini. Memang tak susah cuma kena tajamkan fikiran dan buka minda supaya melihat lebih daripada apa yang orang lain boleh lihat.

Since these couple of weeks aku terasa macam my past is getting closer and closer to me. Aku cuba nak melarikan diri dari perasaan aku yang sebenarnya menidakkan kembalinya sesuatu yang aku tidak inginkan. Aku lebih suka, sangat senang dengan kehidupan yang aku ada sekarang ni. Aku tak perlukan seseorang yang kononnya mencintai aku untuk aku tahu yang hidup aku ni sangat bermakna. Aku boleh berdiri dengan sendiri, berlari sorang-sorang, tak perlu untuk orang lain konon nak berbaik dengan aku dan konon menyayangi aku. Sudah-sudah la tu, hidup ni masih jauh lagi untuk diterokai, tak perlu bazirkan untuk sesuatu yang diluar bidang kuasa seorang manusia. Tuhan dah tentukan jodoh setiap insan. Sejauh mana kta sayang orang, sekuat mana kita kasihkan orang, kalau bukan tertulis bahawa dia tu jodoh kita, sampai mati pun kalau cuba memang takkan berjaya. Bukan nak lemahkan semangat kawan-kawan yang bercinta tapi menyedarkan diri kau sendiri bahawa setiap kisah dalam hidup manusia ni ada perancangan yang begitu teliti dari Yang Maha Esa. Aku pernah ada orang yang cakap akan sayang kat aku sampai bila-bila dan takkan pergi walau siapapun yang hadir depan mata, tapi in the end kuasa Tuhan tu melebihi dari perancangan manusia. Nak menangis pun tak guna, nak meraung pun tak perlu. Apa yang aku buat masa tu aku usaha sendiri, bina hidup aku balik tanpa memerlukan pertolongan sesiapa, and Thanked God I'm still very much alive untill now.

Mungkin ada di antara anda semua yang membaca blog ni akan cakap aku ni agak kasar dalam penulisan, agak keras dalam perbahasan terutama bila berkait tentang diri aku sendiri. Ya betul, memang aku agak tegas dalam menentukan hidup aku. Aku dah penat nak berbahasa-bahasi, penat nak bercinta-cinta dalam hidup ini. Cukup la aku tahu keluarga aku masih disisi, kawan-kawan aku masih setia berdiri. Dalam menentukan arah hidup, kita tak perlu nak berharap kepada orang lain. Kita hidup ni untuk diri sendiri, orang-orang disekeliling tu semuanya ibarat perhiasan dalam mahligai hidup kita ni. Selagi kita jaga mereka semua tu dengan baik, maka baiklah kelihatannya dari pandangan mata. Dan sesungguhnya hidup ini bergantung kepada keputusan kita sendiri, tak perlu orang lain untuk tekan butang 'play' untuk mulakan hidup ini. Lagi satu, jangan letakkan harapan terlalu tinggi kepada orang lain sebab manusia akan menghancurkan manusia, tapi Tuhan sentiasa ada bersama manusia tak kira sejahat mana kelakuan mereka, sehodoh mana rupa mereka ataupun sekotor mana pakaian mereka. Kita hanya perlu berserah kepada yang Satu. Insyallah Dia akan membantu kita seluruhnya.icon smile Maaf


Bermonolog sejenak. Cukup untuk kali ini. 
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Cerita Si Penggali Kubur | Bacalah dengan nama Tuhanmu 2

nmhafiz | 9:56 PM |

Kalaulah ukuran kehebatan seseorang itu dikira dari jumlah banyaknya buku atau majalah atau suratkhabar (sepatutnya yang berilmiah) yang dia baca, maka malanglah diri ini. Kalau dirujuk pepatah melayu ” Kalau Kail Panjang Sejengkal, …..  (entah la, sepatutnya tali kail / tangsi kan ?) “, maka terus  rasanya tergolong dalam golongan tak relevan.


Walaupun setiap tahun, peruntukan untuk pembelian buku habis digunakan dan mungkin telah lebih, namun rasanya semakin terkebelakang yang dirasakan. Membaca memang sudah menjadi amalan tetapi masih tidak ampuh. Tak hairanlah yang kalau dibanding dengan orang lain kerana pernah berjumpa golongan pembaca hebat yang paling kurang dua bab buku dihabiskan setiap hari sepanjang tahun tanpa tertinggal satu hari pun.


"PEOPLE CHANGE". Selalu kita dengar phrase ni kan? Memang, manusia selalu berubah. Dan perubahan merangkumi pelbagai aspek. Fizikal, emosi, perhubungan, sikap, pertuturan dan macam-macam lagi. Paling penting, sama ada peubahan kepada kebaikan atau keburukan. Pernah aku dengar, manusia berubah kerana dua faktor ; orang yang mereka jumpa dan buku yang dibaca.


Jadi sekarang ingin aku menemukan korang dengan seseorang dan juga sebagai utusan untuk menemukan korang semua dengan buku² yang mungkin mengubah pandangan kamu semua.Selain ia dapat mewujudkan masyarakat berilmu, yang secara tidak langsung dapat memartabatkan bangsa itu kerana ketinggian ilmu di dada dan terakhir, menjadi platform kepada mereka yang mengetahui buku-buku yang berkualiti dari negara luar untuk dipasarkan kepada ulat buku yang lain. Bagus bukan?


Siapa dia sebenarnya? Dia adalah seorang dikenali sebagai seorang penggali kubur di Machang bagi aku kerana pernah dahulu beliau menjadi fasilitator yang menarik sekaligus pernah mencetuskan pergolakan di benak fikiranku. Ayat keramatnya berkata begini, free² silalah hafal ye!
Setiap hari aku menggali kubur untuk aku..Sehingga saat nya nanti aku untuk aku mendiami..Sampai nanti cukup ker...perhiasan dan kelengkapan RUMAH ku nanti????
Baiklah, identiti sebenar beliau aku bongkarkan, beliau merupakan Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik UiTM Machang atau lebih dikenali sebagai Encik Hisyam. Baru je kahwin, haha. Punyalah susah untuk aku dapatkan akaun FB beliau kerana beliau menggunakan nama samaran yang tidak terlintas langsung di benak fikiran aku. Apa² pun jom terjah dan meratah tulisan² di Blog beliau.



Dan disini aku selitkan juga akaun FB yang susah dijumpai, hanya golongan tertentu sahaja dapat terokainya. haha. Jom berkenalan.


Apa perkaitan dengan buku pulak? Aku bagi link untuk korang tetapi korang kena bukak dengan Internet Explorer.Klik gambar dibawah untuk memulakan langkah pertama menerokai ilmu² baru lagi bermanfaat.


Umpama Mimpi Dalam Mimpi
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"

Wahai Wanita | JANGAN CEPAT MELATAH! 5

nmhafiz | 1:57 PM | ,



"Oi, perempuan. Kau ni dah kenape nak sound-sound aku pulak?"
"Oi, betina. Kau tu yang tak sedar diri nak kacau laki orang."
"Kurang ajar punye perempuan. Sedap je mulut kau nak tuduh orang."
"Kau jangan ingat aku tak tahu la hal kau dengan laki aku. Dasar betina sundal!"
"Oi, cakap tu cantik sikit. Aku dengan die takde pape, so kau jangan nak tuduh bukan-bukan"
--berhenti setakat ini--

Hal macam ni sebenarnya selalu terjadi. Hal apa? Hal teman wanita meroyan sebab syak laki dia ada hubungan dengan orang lain. Orang lain tu biasanya kawan-kawan laki dia, teman sekerja, bekas rakan sekolah, bekas teman sekolej, senang cerita dengan sesiapa sajalah yang laki tu berkawan. Mata dia, hati dia, jantung dia, telinga, hidung, kaki tangan, semuanya tak redha laki dia tu kenal dengan sesiapa pun orang lain yang berjantina perempuan. Aku kalau perempuan yang spesisnya macam ni, memang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, 3 kali aku sound kalau tak jalan memang aku akan jalan terus. Aku sebenarnya agak meluat dengan spesis perempuan yang macam ni. Tak payah nak bagi alasan kau buat camtu sebab sayangkan die, sebenarnya kau buat camtu sebab kau tu minah psiko!

Ceritanya macam ni, aku tengah santai-santai tiba-tiba kawan aku (perempuan) cerita pasal girlfriend kawan aku lagi sorang tu, katanya perempuan tu sound-sound dia macam-macam. Aku dengan tak tahu apa-apa ni pun pegilah cekidap ape yang tengah berlaku. Rupe-rupenye ini pasal jeles la ni. Kate orang, cemburu tu tandanya sayang, tapi dalam kategori ni aku letakkan cemburu beliau tu tandanya meroyan! Haha. Tak pasal-pasal aku yang saje mencelah nak tenangkan keadaan, dituduh nak masuk campur dalam argument diorang. Tolong sikit, aku tak layan stupid girl fight camtu. Nak jadi referee pun aku tak sanggup, lagi la kalau pesertanya anda itu. So, aku tak hairanlah kalau sesiapa yang berpasangan dengan dia pegi carik orang lain kat luar, perangai camtu memang bawak masalah. Bukan aku nak kata boyfriend awak tu cari orang lain sebab perangai awak, tapi dengan perangai camtu kebanyakan lelaki akan meluat. Oh, yes, sebenarnya memang itu pun tujuan ayat tu, mengorat orang lain sebab tak tahan perangai awak tu. Hahaha.

Ni aku nak bagitau, buat para wanita, tak kira awak tu isteri, girlfriend, scandalous, teman tapi mesra, in a complicated relationship, atau yang sewaktu dengannya, jangan terlalu obses dengan cinta. Bila korang terlalu obses dengan cinta korang tu (buat yang belum berkahwin), korang sebenarnya dalam tak sedar sedang berusaha untuk mengakhiri hubungan korang dengan pasangan yang belum register lagi tu. Lelaki ni ada sifat penguasa sebab dah ditakdirkan diorang ni akan memimpin keluarga, tapi bila dia dikongkong sedangkan bernikah pun belum maka dia akan rasa terhina dan secara tak langsung akan rasa meluat dan mencari yang lain untuk hiburkan hati. Dan bila benda tu terjadi, korang perempuan-perempuan ni cuba tengok balik diri sendiri, jangan terlalu ego, cuba carik dulu salah dalam diri yang buatkan benda tu terjadi, lepas tu nak serang ke ape korang pegi la. Kenapa kena tengok diri sendiri dulu? Sebabnya kadang-kadang masalah tu datang dari diri kita sendiri, kita mungkin tak nampak tapi orang lain nampak jelas. So, apa-apa pun kena clearkan diri sendiri dulu.

Lagi satu, untuk perempuan-perempuan yang berpasangan tapi belum officially register tu, korang tak payah nak excited sangat jage boyfriend korang tu, kawin pun belum banyak bunyi pulak. Lantak la boyfriend korang tu nak berkawan dengan siapa pun, apasal semua tu nak jadikan isu? Kalau dah kawan sekuliah tu perempuan, takkan la die nak cakap kat lecturer dia, 'Madam, boleh tolong tukarkan perempuan tu jadi lelaki tak? Girlfriend saya asik cemburu. In fact, ni die tengah tengok dari jauh yang saya repot kat madam ni.' Hahahaha. Takkan lah sampai camtu sekali kan, agak-agak lah. Kita ni manusia, hidup ada lelaki dan wanita, so tak menjadi satu kesilapan untuk berkawan dengan sesiapa, melainkan kawan itu orang yang membawa kepada kemungkaran. Jadi jangan la nak control sangat, kawan dengan orang tu tak boleh, dengan orang ni tak boleh. Baik korang simpan je, tak pun sumbat je laki korang tu dalam penjara, konfem semua lelaki. Tapi kalau dia di'saiful bukhari'kan jangan la salahkan orang lain pulak. Hahahaha~ Sebenarnya lelaki tak suka sangat perempuan terlalu excited nak menjaga kawan-kawan dia dengan siapa, RIMAS.



Bukan la aku nak kate ape, tapi seingat aku my previous relationships pun kebanyakannya ada masalah camni. Dan aku bereksperimentasi dengan my last previous relationship untuk cuba redakan keadaan dengan menegur, tapi nampaknya langsung tak berkesan. Senang cerita kalau ujikaji makmal la benda tu, keputusan asyik fail je la. Aku dah tegur berjuta kali aku rasa pasal benda yang sama, tapi masih lagi diulang-ulang-ulang lagi sampaikan aku naik meluat. Bukan susah sangat benda tu nak faham, kalau aku dah kata takda apa-apa dengan orang tu, maknanya takda apa-apa. Kalau aku ada apa-apa dengan orang tu, dah lama awak tu bye-bye. Ingatkan bila dah cakap camtu takde berulang, rupe-rupenye aku seperti bercakap dengan pintu. Dan dengan pantas aku membuat kesimpulan bahawa perempuan memang ada sedikit obses dengan cinta, dah nasihat pun tak makan jugak. Mungkin ada kebenarannya. Hehe.

So, kesimpulannya, wahai wanita-wanita, tolonglah jangan obses sangat. Lelaki pun macam perempuan jugak, perlukan ruang untuk berkawan. Korang jaga baik, InsyaAllah jodoh tu takkan ke mana. Tapi bila korang buat camtu, cemburu tak tentu pasal, mengamuk tak tentu hala, meroyan macam orang gila, korang sebenarnya memalukan diri pasangan korang kat kawan dia. Dan bila korang dah malukan diri korang kat kawan pasangan korang tu, jangan terkejut la bila ada yang cakap dengan laki korang dengan ayat, 'Eh, ko masih lagi dengan perempuan tu ke?' Label 'perempuan tu' kebiasaanya akan merujuk kepada 'something fishy going on somewhere'. Itu silap sendiri kena tengok diri la kan. Haha. Jadi sekali lagi aku nasihatkan, janganlah obses sangat, korang tu bukan kasyaf mane sampai nampak jodoh.

JANGAN NAK MEROYAN SANGAT!!

“Cemburu adalah tanda cinta” itu adalah benar…tetapi jika cemburu berlebihan tanda apa ya?

Perihal Jodoh 4

nmhafiz | 1:26 AM | ,


Terdetik aku nak kaitkan entri kali ni dengan perihal jodoh bukanlah sebab segala persoalan yang diajukan kat aku selama ni, tapi daripada kutipan maklumat dan hal-hal semasa sekeliling daripada orang yang aku kenal, tak kenal, kenal tapi buat-buat tak kenal, tak mengaku kenal dan ramai lagi. 
Firman Allah S.W.T. 'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.' (Yaasin: 36)

Ayat di atas ni sangat jelas menunjukkan bahawa kita sebenarnya takkan tahu siapa jodoh kita sebenarnya di dunia ini. Dan hadis di bawah ni menjelaskan sesuatu yang lebih menarik.
Diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda; kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama 40 hari.sebaik sahaja genap 40 hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. manakala genap pula 40 hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat supaya meniupkan roh dan memerintahkan menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya smada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. maha suci Allah di mana tiada Tuhan selainNya (Sahih Muslim, kitab Takdir, No:4781)
Dalam hadis ini dijelaskan bahawa sebenarnya jodoh kita ni dah tertulis semenjak dari kita lahir lagi. Senang cerita, masa kita-kita ni semua ni tak keluar lagi dari perut mak, sampai la kita ditahap bangang lagi, tak tahu nak bercakap, tak tahu nak berdiri, tak tahu nak duduk, berak pun main keluar je, kencing pun main ikut dan aje, masa tu sebenarnya sudah tertulis mengenai rezeki, kematian, kecelakaan dan kebahagiaan (termasuk jodoh). Dan dari kesedaran inilah aku sebenarnya tak ambil kisah sangat mengenai jodoh aku sebab aku yakin dengan ketentuan.

Perkahwinan tu sebenarnya suatu benda yang suci. Penyatuan dua jiwa, percampuran dua keluarga, mungkin dari latar belakang yang berbeza, dari asal yang berbeza, dari kaum yang berbeza, ini semua merupakan keindahan dalam perkahwinan. Aku sendiri sebenarnya pernah cakap dengan kawan-kawan aku yang kita semua pun takkan tahu siapa jodoh kita. Mungkin kawan, mungkin musuh kita, mungkin kawan musuh kita, mungkin kawan kepada kawan kita, mungkin jiran tetangga, orang sebelah rumah, depan rumah, rakan sekolah, kawan universiti, satu pejabat, pelayan siam kedai makan tempat selalu makan tengahari, pak guard uitm yang kuat saman, dan siapa pun.

Di zaman cyber macam sekarang ni, di mana telefon bimbit dah tak ada butang, di mana telefon bimbit bukan sekadar ada button tapi ada keyboard, di mana kita boleh melayari internet di mana sahaja hatta di jamban sekalipun, persoalan ketentuan jodoh tu jadi semakin meluas. Daripada kita kenal dari sekolah, sampai lah yang tak tahu dari mana muncul tiba-tiba 'xxxx add you as a friend', mana nak tahu kan? Dan sebenarnya dari pengalaman aku sendiri, kalau kita dah suka kat seorang tu, tak kisah la orang tu tahu ke tak, kita sebenarnya akan jadi terlebih peka tentang hal kita dan orang tu. Maksudnya camni, kita akan rasa minat dia tu macam sama dengan minat kita, perbuatan dia tu macam yang kita dah boleh jangka, konon macam nampak lah tanda-tanda itu jodoh. Rasa nak tergelak pun ada. Aku pernah rasa macam tu jugak dulu dengan kebanyakan ex-girlfriends aku. Tapi ape hasilnye? Kan aku cakap, itu semua perasaan sendiri aje tu. Even sekarang ni pun aku ada terasakan sesuatu macam ketentuan jugak tapi aku abaikan sebab aku tahu itu semua karut marut dari hati aku sendiri aje.

Jadi kesimpulannya perihal jodoh ni sangat luas perdebatannya sampaikan aku jadi malas la nak huraikan panjang-panjang. Semakin dihurai, semakin jauh aku melalut, so lebih baik aku simpulkan aje dulu cepat. Persoalan mengenai jodoh tu kita tak perlu tergesa-gesa nak mengejar, jadi bagi aku cerita macam '30 hari mencari cinta', apa tu semua mengarut lah. Nak berkejar buat apa kalau bukan ketentuan. Dan satu lagi, bila dah dapat tu, pandai-pandailah menjaga, janganlah sampai seminggu dua, sebulan dua dah bercerai berai, dah bertalak-malak. Kalau belum ready, jangan paksa diri. Tak guna ikut kata orang lain kalau diri sendiri pun tak mampu nak terima. Dan bagi mengakhiri entri ini, aku sertakan satu doa bagi mereka-mereka yang desperate nak bernikah sangat dengan pesanan, 
'Kalau korang baca doa ni sejuta kali pun, kalau tak solat tu tak guna jugak!'

- click to enlarge -
p/s: bagi peminat aku, nama penuh aku Nik Mohamad Hafiz bin Ab. Kadir. Kalau teringin tu sebut lah bila baca doa ni, ok? Bhahahahaa...perasan bajet gile woi! (viewer jantan jangan nak mengada sebut nama aku, aku sepak kang!)
Jodoh tak perlu terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun anda juga perlu membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Ditelan mati emak, diluah mati bapak, diludah mati sekeluarga. Akhirnya diri sendiri yang terseksa jua. 6

nmhafiz | 9:34 PM |

Apa-apa sahaja yang berlaku merupakan suatu kerawakan kemungkinan besarnya jika kamu tidak percaya pada takdir. Aku ingin melepaskan duri tetapi tertanam dalam daging sendiri. Sakit yang tidak terperi. Adakalanya pernah membiarkan sahaja duri itu terbenam dalam jangka masa yang lama, sehingga semua benda yang menyeronokkkan di sekeliling tidak lagi bermanfaat. Aku bunuh beberapa orang hanya demi hanya untuk menyelamatkan seseorang yang tikam aku secara perlahan-lahan. Bagai melepaskan biawak tersepit.


Aku tak kuat. Faham ? Aku bukan seperti lelaki yang tampak kukuh di luar tapi pondan di dalam. Aku adalah lelaki yang kukuh di dalam dan tampak normal di luar. Cumanya aku juga ada luka lama. Belum pernah aku berikan penumbuk sewenang-wenangnya. Hanya orang yang pengecut dan berakal pendek sahaja akan menunjukkan kelelakian di tempat-tempat yang tak sepatutnya, hanya untuk menunjuk-nunjuk. Aih, memalukan. Juga menyedihkan.


Lelaki, seego manapun, akan tetap duduk bersedih. Cumanya aku lebih suka bersendiri dan duduk berfikir. Bertemankan seseorang sudah cukup. Peneman itu bukanlah seseorang yang telah menjadi punca tekanan, kalau boleh. Entahlah, sampai sekarang masih berfikir cara apakah yang terbaik untuk elakkan dari perjalanan tergendala. Aku cuba buat kebaikan untuk semua pihak tapi terhalang dengan mudahnya. Kecewanya. Sedihnya. Perasaan 'helpless' yang menjengkelkan. Cukup jengkel. Cukup meluat. Cukup segalanya untuk buat aku berpaling muka daripada sendiri. Mahu sahaja aku ludah tetapi perasaan tidak mahu melepaskan itu kuat. Harap sedarlah.


Apabila aku cakap aku tahu apa yang terbaik dan aku cuba lakukan, tolong jangan halang jalan aku. Tentu kamu tak mahu lihat aku memandang kamu dengan penuh kekecewaan dan putus asa.


Mati untuk beberapa hari yang lepas, mencipta jati diri.
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Janganlah berputus asa, Berjuanglah! 0

nmhafiz | 10:21 PM | ,



How far can we walk? How much time does it takes to go from one place to another just by walking? How was the changes in time affect on our walk of life? Do you like walking? Semua soalan merapu untuk dimulakan kalau nak bercerita pasal pilihan dalam hidup. Ya, betul. Dalam hidup ini ada yang untung, ada yang rugi, ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang gembira, ada yang berduka, ada yang bercinta dan ada yang ingin dicintai. Itu semua merupakan lumrah dalam kehidupan. Memang betul dalam hidup ini ada beberapa perkara yang sudah menjadi ketentuan oleh-Nya. Tapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha sedaya upaya kerana perkara yang telah ditentukan dan tertulis di Luh-Mahfuz itu diletakkan didalam rahsia Allah. Jadi tidak ada sebab yang konkrit untuk mengabaikan usaha dalam mencapai kejayaan dalam hidup.


Ramai yang merujuk kepada aku, hampir-hampir berputus asa dengan keadaan yang menimpa, terutamanya soal cinta. Bagi aku, cinta ni perkara yang agak menyampah aku nak melayan. Baik lelaki ataupun perempuan, dalam percintaan, kedua-duanya akan jadi bodoh. Kenapa dengan mudah aku boleh melabelkan mereka? Sebab aku dah pernah duduk dalam situasi itu dan kini aku rasa kalau aku duduk dalam tempat tu maka aku akan jadi orang yang paling bodoh. Bermacam persoalan yang diajukan, kesemuanya aku tembak balik kepada penyoal. Daripada sekecil-kecil masalah, sehingga kepada perihal yang sudah berumah tangga konon-kononnya. Bukan nak mendabik dada tapi aku seringkali kasihan dengan kawan-kawan aku tu sebab kebanyakannya hanya akan nampak masalah tanpa terfikir cara penyelesaian. Itu merupakan kelaziman bagi sesiapa yang dihimpit masalah, setiap permasalahan itu akan menjadi penghalang bagi mereka untuk memikirkan penyelesaian.

Kebanyakan daripada kita, rata-rata yang berumur 17 tahun dan keatas, dah mula meletakkan masalah sebagai suatu beban. Bukan nak kata yang muda-muda tu tak rasa masalah tapi mereka tu kurang matang untuk memikirkan penyelesaian. Ramai dari yang 'sepatutnya' dah boleh berfikir dengan waras, masih lagi terkapai-kapai mencari jalan penyelesaian walhal pilihan itu sepatutnya dah boleh dibuat lama dahulu. 'There were no bad choices, only wrong decision'Renung-renungkan dah fikir-fikirkan maksud frasa tersebut. Setiap pilihan yang kita buat adalah merupakan suatu peluang. Tapi apabila keadaan menjadi sebaliknya, jangan dipersalahkan pilihan itu tetapi keputusan yang dibuat ketika melalui jalan itu yang bermasalah. Pokok pangkalnya semua terletak kepada kewarasan dan kematangan diri kita sendiri.


Kegagalan bukan satu alasan untuk putus asa. Aku sendiri sudah beratus kali mengalami kegagalan dalam hidup tapi itu semua merupakan silap aku sendiri, dan aku tidak pernah menyalahkan takdir kerana setiap kegagalan itu mengajar. Kalau di luar sana beratus orang yang cacat berjuang dalam Paralympic, kenapa kita ni manusia yang sempurna sifat tak boleh berusaha dalam hidup sendiri? Jadi kesimpulannya, kegagalan, takdir ketentuan Allah, penerimaan orang lain, dan segala aspek negatif tidak boleh sama sekali menjadi alasan untuk kita give up , berputus asa dalam hidup, mahupun cuba menamatkan riwayat sendiri. Itu bodoh.

Kenapa topik kali ni sangat bosan?

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan"