Cerita Si Penggali Kubur | Bacalah dengan nama Tuhanmu 2

nmhafiz | 9:56 PM |

Kalaulah ukuran kehebatan seseorang itu dikira dari jumlah banyaknya buku atau majalah atau suratkhabar (sepatutnya yang berilmiah) yang dia baca, maka malanglah diri ini. Kalau dirujuk pepatah melayu ” Kalau Kail Panjang Sejengkal, …..  (entah la, sepatutnya tali kail / tangsi kan ?) “, maka terus  rasanya tergolong dalam golongan tak relevan.


Walaupun setiap tahun, peruntukan untuk pembelian buku habis digunakan dan mungkin telah lebih, namun rasanya semakin terkebelakang yang dirasakan. Membaca memang sudah menjadi amalan tetapi masih tidak ampuh. Tak hairanlah yang kalau dibanding dengan orang lain kerana pernah berjumpa golongan pembaca hebat yang paling kurang dua bab buku dihabiskan setiap hari sepanjang tahun tanpa tertinggal satu hari pun.


"PEOPLE CHANGE". Selalu kita dengar phrase ni kan? Memang, manusia selalu berubah. Dan perubahan merangkumi pelbagai aspek. Fizikal, emosi, perhubungan, sikap, pertuturan dan macam-macam lagi. Paling penting, sama ada peubahan kepada kebaikan atau keburukan. Pernah aku dengar, manusia berubah kerana dua faktor ; orang yang mereka jumpa dan buku yang dibaca.


Jadi sekarang ingin aku menemukan korang dengan seseorang dan juga sebagai utusan untuk menemukan korang semua dengan buku² yang mungkin mengubah pandangan kamu semua.Selain ia dapat mewujudkan masyarakat berilmu, yang secara tidak langsung dapat memartabatkan bangsa itu kerana ketinggian ilmu di dada dan terakhir, menjadi platform kepada mereka yang mengetahui buku-buku yang berkualiti dari negara luar untuk dipasarkan kepada ulat buku yang lain. Bagus bukan?


Siapa dia sebenarnya? Dia adalah seorang dikenali sebagai seorang penggali kubur di Machang bagi aku kerana pernah dahulu beliau menjadi fasilitator yang menarik sekaligus pernah mencetuskan pergolakan di benak fikiranku. Ayat keramatnya berkata begini, free² silalah hafal ye!
Setiap hari aku menggali kubur untuk aku..Sehingga saat nya nanti aku untuk aku mendiami..Sampai nanti cukup ker...perhiasan dan kelengkapan RUMAH ku nanti????
Baiklah, identiti sebenar beliau aku bongkarkan, beliau merupakan Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik UiTM Machang atau lebih dikenali sebagai Encik Hisyam. Baru je kahwin, haha. Punyalah susah untuk aku dapatkan akaun FB beliau kerana beliau menggunakan nama samaran yang tidak terlintas langsung di benak fikiran aku. Apa² pun jom terjah dan meratah tulisan² di Blog beliau.



Dan disini aku selitkan juga akaun FB yang susah dijumpai, hanya golongan tertentu sahaja dapat terokainya. haha. Jom berkenalan.


Apa perkaitan dengan buku pulak? Aku bagi link untuk korang tetapi korang kena bukak dengan Internet Explorer.Klik gambar dibawah untuk memulakan langkah pertama menerokai ilmu² baru lagi bermanfaat.


Umpama Mimpi Dalam Mimpi
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"

2 Responses So Far:

saljuhumairah said...

Thanks a lot.... "Bacalah..kerana membaca anak kunci kpd ilmu. Ilmu itu pula imam kpd segala amalan. Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa. Allah s.w.t. telah memilih kalimah Iqra' untuk mentarbiah umat.."..tqvm

nmhafiz said...

yuhuuu...nnti bkk sem bnyak yg kena baca ni...haha