Ditelan mati emak, diluah mati bapak, diludah mati sekeluarga. Akhirnya diri sendiri yang terseksa jua. 6

nmhafiz | 9:34 PM |

Apa-apa sahaja yang berlaku merupakan suatu kerawakan kemungkinan besarnya jika kamu tidak percaya pada takdir. Aku ingin melepaskan duri tetapi tertanam dalam daging sendiri. Sakit yang tidak terperi. Adakalanya pernah membiarkan sahaja duri itu terbenam dalam jangka masa yang lama, sehingga semua benda yang menyeronokkkan di sekeliling tidak lagi bermanfaat. Aku bunuh beberapa orang hanya demi hanya untuk menyelamatkan seseorang yang tikam aku secara perlahan-lahan. Bagai melepaskan biawak tersepit.


Aku tak kuat. Faham ? Aku bukan seperti lelaki yang tampak kukuh di luar tapi pondan di dalam. Aku adalah lelaki yang kukuh di dalam dan tampak normal di luar. Cumanya aku juga ada luka lama. Belum pernah aku berikan penumbuk sewenang-wenangnya. Hanya orang yang pengecut dan berakal pendek sahaja akan menunjukkan kelelakian di tempat-tempat yang tak sepatutnya, hanya untuk menunjuk-nunjuk. Aih, memalukan. Juga menyedihkan.


Lelaki, seego manapun, akan tetap duduk bersedih. Cumanya aku lebih suka bersendiri dan duduk berfikir. Bertemankan seseorang sudah cukup. Peneman itu bukanlah seseorang yang telah menjadi punca tekanan, kalau boleh. Entahlah, sampai sekarang masih berfikir cara apakah yang terbaik untuk elakkan dari perjalanan tergendala. Aku cuba buat kebaikan untuk semua pihak tapi terhalang dengan mudahnya. Kecewanya. Sedihnya. Perasaan 'helpless' yang menjengkelkan. Cukup jengkel. Cukup meluat. Cukup segalanya untuk buat aku berpaling muka daripada sendiri. Mahu sahaja aku ludah tetapi perasaan tidak mahu melepaskan itu kuat. Harap sedarlah.


Apabila aku cakap aku tahu apa yang terbaik dan aku cuba lakukan, tolong jangan halang jalan aku. Tentu kamu tak mahu lihat aku memandang kamu dengan penuh kekecewaan dan putus asa.


Mati untuk beberapa hari yang lepas, mencipta jati diri.
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

6 Responses So Far:

mawarberduri said...

oke, tetap berkeras na komen, even MUNGKIN x kan dibaca ^^

amek ms u tenangkn diri, lupakan org y x reti mhargai. jika si dy mmg orgY y Allah takdirkan bt dirimu, yakinlah, Allah psti m'btY fhm akn dirimu.

ye, sgt2 tahu, how does it feel, to forget d one we love, even we ourselves dunt want to take out the thorn dat can totally kiling us!

but im sure u rili how much tis is killing u~ got no experience in luv stuff but i can feel it from my bff's experience. seeing them cried, were trying to forget d one they luv, but act they themselves DIDNT want to forget their boys.

dangerous hardly in luv i guess?

yakin dgn Allah, jodoh TAKKAN kemana. mungkin waktu kerja? mgkin waktu da na habis stdy? we NEVER know Allah's plan :)tak tjangkau dek akal kita krn He is The Best Planner :) alhmdlh~ prancangan Allah u kita LEBIH TEPAT dan LEBIH TERBAIK dr prncgn kita u diri kte s'dr~

hv faith in Allah.

"...Allah telahpun menentukankadar dan waktu bg berlakuY tiap2 ssT pkara"
[at-Talaaq : 3]

nmhafiz said...

hmm,thanks diatas nasihat yg baik walaupun musibah kali ini tdk berkaitan dgn jodoh atau cintan-cintun..ttpi nasihat e2 masih lg boleh digunakan..
=)

al-haura' said...

oh ye? oke sangat malu! tape. mungkin TERsalah entri utk dikomen. mungkin y sbnY prev komen tuh adlh utk d latest entry?

whatever it is, just keep it up! keep strongly moving fwd.

nmhafiz said...

x apa,x salah untuk saling nasihat menasihati...
=)

Cahaya Kewangianku said...

letak tepi bnda lain blako... exam nk dkat doh... gud luck... aku caya saim mum hok rama2 tu ada hok saim time susah.... k....

noorul aisikin said...

there is a light end of the tunnel..eh yke? main taram je :)
anyway keep patient k?