Janganlah berputus asa, Berjuanglah! 0

nmhafiz | 10:21 PM | ,



How far can we walk? How much time does it takes to go from one place to another just by walking? How was the changes in time affect on our walk of life? Do you like walking? Semua soalan merapu untuk dimulakan kalau nak bercerita pasal pilihan dalam hidup. Ya, betul. Dalam hidup ini ada yang untung, ada yang rugi, ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang gembira, ada yang berduka, ada yang bercinta dan ada yang ingin dicintai. Itu semua merupakan lumrah dalam kehidupan. Memang betul dalam hidup ini ada beberapa perkara yang sudah menjadi ketentuan oleh-Nya. Tapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha sedaya upaya kerana perkara yang telah ditentukan dan tertulis di Luh-Mahfuz itu diletakkan didalam rahsia Allah. Jadi tidak ada sebab yang konkrit untuk mengabaikan usaha dalam mencapai kejayaan dalam hidup.


Ramai yang merujuk kepada aku, hampir-hampir berputus asa dengan keadaan yang menimpa, terutamanya soal cinta. Bagi aku, cinta ni perkara yang agak menyampah aku nak melayan. Baik lelaki ataupun perempuan, dalam percintaan, kedua-duanya akan jadi bodoh. Kenapa dengan mudah aku boleh melabelkan mereka? Sebab aku dah pernah duduk dalam situasi itu dan kini aku rasa kalau aku duduk dalam tempat tu maka aku akan jadi orang yang paling bodoh. Bermacam persoalan yang diajukan, kesemuanya aku tembak balik kepada penyoal. Daripada sekecil-kecil masalah, sehingga kepada perihal yang sudah berumah tangga konon-kononnya. Bukan nak mendabik dada tapi aku seringkali kasihan dengan kawan-kawan aku tu sebab kebanyakannya hanya akan nampak masalah tanpa terfikir cara penyelesaian. Itu merupakan kelaziman bagi sesiapa yang dihimpit masalah, setiap permasalahan itu akan menjadi penghalang bagi mereka untuk memikirkan penyelesaian.


Kebanyakan daripada kita, rata-rata yang berumur 17 tahun dan keatas, dah mula meletakkan masalah sebagai suatu beban. Bukan nak kata yang muda-muda tu tak rasa masalah tapi mereka tu kurang matang untuk memikirkan penyelesaian. Ramai dari yang 'sepatutnya' dah boleh berfikir dengan waras, masih lagi terkapai-kapai mencari jalan penyelesaian walhal pilihan itu sepatutnya dah boleh dibuat lama dahulu. 'There were no bad choices, only wrong decision'Renung-renungkan dah fikir-fikirkan maksud frasa tersebut. Setiap pilihan yang kita buat adalah merupakan suatu peluang. Tapi apabila keadaan menjadi sebaliknya, jangan dipersalahkan pilihan itu tetapi keputusan yang dibuat ketika melalui jalan itu yang bermasalah. Pokok pangkalnya semua terletak kepada kewarasan dan kematangan diri kita sendiri.


Kegagalan bukan satu alasan untuk putus asa. Aku sendiri sudah beratus kali mengalami kegagalan dalam hidup tapi itu semua merupakan silap aku sendiri, dan aku tidak pernah menyalahkan takdir kerana setiap kegagalan itu mengajar. Kalau di luar sana beratus orang yang cacat berjuang dalam Paralympic, kenapa kita ni manusia yang sempurna sifat tak boleh berusaha dalam hidup sendiri? Jadi kesimpulannya, kegagalan, takdir ketentuan Allah, penerimaan orang lain, dan segala aspek negatif tidak boleh sama sekali menjadi alasan untuk kita give up , berputus asa dalam hidup, mahupun cuba menamatkan riwayat sendiri. Itu bodoh.

Kenapa topik kali ni sangat bosan?

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan"

0 Responses So Far: