Wahai Wanita | JANGAN CEPAT MELATAH! 5

nmhafiz | 1:57 PM | ,



"Oi, perempuan. Kau ni dah kenape nak sound-sound aku pulak?"
"Oi, betina. Kau tu yang tak sedar diri nak kacau laki orang."
"Kurang ajar punye perempuan. Sedap je mulut kau nak tuduh orang."
"Kau jangan ingat aku tak tahu la hal kau dengan laki aku. Dasar betina sundal!"
"Oi, cakap tu cantik sikit. Aku dengan die takde pape, so kau jangan nak tuduh bukan-bukan"
--berhenti setakat ini--

Hal macam ni sebenarnya selalu terjadi. Hal apa? Hal teman wanita meroyan sebab syak laki dia ada hubungan dengan orang lain. Orang lain tu biasanya kawan-kawan laki dia, teman sekerja, bekas rakan sekolah, bekas teman sekolej, senang cerita dengan sesiapa sajalah yang laki tu berkawan. Mata dia, hati dia, jantung dia, telinga, hidung, kaki tangan, semuanya tak redha laki dia tu kenal dengan sesiapa pun orang lain yang berjantina perempuan. Aku kalau perempuan yang spesisnya macam ni, memang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, 3 kali aku sound kalau tak jalan memang aku akan jalan terus. Aku sebenarnya agak meluat dengan spesis perempuan yang macam ni. Tak payah nak bagi alasan kau buat camtu sebab sayangkan die, sebenarnya kau buat camtu sebab kau tu minah psiko!

Ceritanya macam ni, aku tengah santai-santai tiba-tiba kawan aku (perempuan) cerita pasal girlfriend kawan aku lagi sorang tu, katanya perempuan tu sound-sound dia macam-macam. Aku dengan tak tahu apa-apa ni pun pegilah cekidap ape yang tengah berlaku. Rupe-rupenye ini pasal jeles la ni. Kate orang, cemburu tu tandanya sayang, tapi dalam kategori ni aku letakkan cemburu beliau tu tandanya meroyan! Haha. Tak pasal-pasal aku yang saje mencelah nak tenangkan keadaan, dituduh nak masuk campur dalam argument diorang. Tolong sikit, aku tak layan stupid girl fight camtu. Nak jadi referee pun aku tak sanggup, lagi la kalau pesertanya anda itu. So, aku tak hairanlah kalau sesiapa yang berpasangan dengan dia pegi carik orang lain kat luar, perangai camtu memang bawak masalah. Bukan aku nak kata boyfriend awak tu cari orang lain sebab perangai awak, tapi dengan perangai camtu kebanyakan lelaki akan meluat. Oh, yes, sebenarnya memang itu pun tujuan ayat tu, mengorat orang lain sebab tak tahan perangai awak tu. Hahaha.

Ni aku nak bagitau, buat para wanita, tak kira awak tu isteri, girlfriend, scandalous, teman tapi mesra, in a complicated relationship, atau yang sewaktu dengannya, jangan terlalu obses dengan cinta. Bila korang terlalu obses dengan cinta korang tu (buat yang belum berkahwin), korang sebenarnya dalam tak sedar sedang berusaha untuk mengakhiri hubungan korang dengan pasangan yang belum register lagi tu. Lelaki ni ada sifat penguasa sebab dah ditakdirkan diorang ni akan memimpin keluarga, tapi bila dia dikongkong sedangkan bernikah pun belum maka dia akan rasa terhina dan secara tak langsung akan rasa meluat dan mencari yang lain untuk hiburkan hati. Dan bila benda tu terjadi, korang perempuan-perempuan ni cuba tengok balik diri sendiri, jangan terlalu ego, cuba carik dulu salah dalam diri yang buatkan benda tu terjadi, lepas tu nak serang ke ape korang pegi la. Kenapa kena tengok diri sendiri dulu? Sebabnya kadang-kadang masalah tu datang dari diri kita sendiri, kita mungkin tak nampak tapi orang lain nampak jelas. So, apa-apa pun kena clearkan diri sendiri dulu.

Lagi satu, untuk perempuan-perempuan yang berpasangan tapi belum officially register tu, korang tak payah nak excited sangat jage boyfriend korang tu, kawin pun belum banyak bunyi pulak. Lantak la boyfriend korang tu nak berkawan dengan siapa pun, apasal semua tu nak jadikan isu? Kalau dah kawan sekuliah tu perempuan, takkan la die nak cakap kat lecturer dia, 'Madam, boleh tolong tukarkan perempuan tu jadi lelaki tak? Girlfriend saya asik cemburu. In fact, ni die tengah tengok dari jauh yang saya repot kat madam ni.' Hahahaha. Takkan lah sampai camtu sekali kan, agak-agak lah. Kita ni manusia, hidup ada lelaki dan wanita, so tak menjadi satu kesilapan untuk berkawan dengan sesiapa, melainkan kawan itu orang yang membawa kepada kemungkaran. Jadi jangan la nak control sangat, kawan dengan orang tu tak boleh, dengan orang ni tak boleh. Baik korang simpan je, tak pun sumbat je laki korang tu dalam penjara, konfem semua lelaki. Tapi kalau dia di'saiful bukhari'kan jangan la salahkan orang lain pulak. Hahahaha~ Sebenarnya lelaki tak suka sangat perempuan terlalu excited nak menjaga kawan-kawan dia dengan siapa, RIMAS.



Bukan la aku nak kate ape, tapi seingat aku my previous relationships pun kebanyakannya ada masalah camni. Dan aku bereksperimentasi dengan my last previous relationship untuk cuba redakan keadaan dengan menegur, tapi nampaknya langsung tak berkesan. Senang cerita kalau ujikaji makmal la benda tu, keputusan asyik fail je la. Aku dah tegur berjuta kali aku rasa pasal benda yang sama, tapi masih lagi diulang-ulang-ulang lagi sampaikan aku naik meluat. Bukan susah sangat benda tu nak faham, kalau aku dah kata takda apa-apa dengan orang tu, maknanya takda apa-apa. Kalau aku ada apa-apa dengan orang tu, dah lama awak tu bye-bye. Ingatkan bila dah cakap camtu takde berulang, rupe-rupenye aku seperti bercakap dengan pintu. Dan dengan pantas aku membuat kesimpulan bahawa perempuan memang ada sedikit obses dengan cinta, dah nasihat pun tak makan jugak. Mungkin ada kebenarannya. Hehe.

So, kesimpulannya, wahai wanita-wanita, tolonglah jangan obses sangat. Lelaki pun macam perempuan jugak, perlukan ruang untuk berkawan. Korang jaga baik, InsyaAllah jodoh tu takkan ke mana. Tapi bila korang buat camtu, cemburu tak tentu pasal, mengamuk tak tentu hala, meroyan macam orang gila, korang sebenarnya memalukan diri pasangan korang kat kawan dia. Dan bila korang dah malukan diri korang kat kawan pasangan korang tu, jangan terkejut la bila ada yang cakap dengan laki korang dengan ayat, 'Eh, ko masih lagi dengan perempuan tu ke?' Label 'perempuan tu' kebiasaanya akan merujuk kepada 'something fishy going on somewhere'. Itu silap sendiri kena tengok diri la kan. Haha. Jadi sekali lagi aku nasihatkan, janganlah obses sangat, korang tu bukan kasyaf mane sampai nampak jodoh.

JANGAN NAK MEROYAN SANGAT!!

“Cemburu adalah tanda cinta” itu adalah benar…tetapi jika cemburu berlebihan tanda apa ya?

5 Responses So Far:

411GoMo said...

guano gamok kan.. dah kasih jenis gitu..nk buat gano lagi kalau kita sayang kasih jenis gini..tp dia masih xfaham2 lagi..
pada pendapat ko le nik hafiz..
hehehe

nmhafiz said...

kalu dio x pehe maknonyo dio x pehe kito...buleh ko truskan hubungan jika saling tdk memahami??? 1 pertanyaan disitu...

mawarberduri said...

oke! good! two thumbs up! i like this entry! girls outta there, u need to read tis! pompuan hok gini, salu jnih x matang. x memahami dan x pk pnjg. ht tuh tataw na describe gano.

ad pglmn dkontrol oleh seseorang kawan laki y mmg BUKAN bf/suami. sgt obses dgn sy sampai tpaksa tukar no tel byk kali.

pompuan obses gni, kalu laki obses gano plak ea... tayah bcinta senang cte! kan?

mawarberduri said...

ops na tambah sket. na tgelak bc 'di-saifulbuhari-kan' :D :D :))

i like the way u write. keep it up. or mybe... its just to know what people might think of u? ap pun, bijak! alhmdlh~

nmhafiz said...

best ape bercinta,bleh tgk manusia meroyan sekaligus dpt gelak sekuat hati sambil guling2...haha