Takut Akan Masa Depan 1

nmhafiz | 12:08 PM |

Bagi aku menulis blog ni semacam suatu terapi buat diri aku. Setiap kali ada masalah, berdepan dengan suatu keadaan yang buntu, dengan buang masa merapu dalam blog ni la buatkan hati aku tenang sikit. Sikit sebanyak tu ada la bagi perubahan dalam diri aku walaupun impaknya tak berapa ketara dengan mata kasar. Soal hiburan, soal hubungan, soal politik, soal perundangan, soal masa depan, semua aku campak dalam this crap hole. Bercakap pasal masa depan, ada sesetengah orang yang terlalu takut berdepan dengan masa depan. Ada yang takut nak keluar dari rumah, ada yang takut nak sambung belajar, ada yang takut nak jumpa orang, ada yang takut nak kenal orang, dan jangan terkejut sebab ada yang takut nak jadi dewasa (malas nak kerja, malas nak pegi tempat kerja, malas nak kahwin, malas nak ada anak, malas nak bercucu, malas itu, malas ini, dsb). Dan semua benda tu sebenarnya berkait rapat dengan takutnya orang kepada masa depan. Takut keluar rumah sebab depan rumah ada longkang, nanti jatuh. Takut jumpa orang sebab orang sekarang tak boleh percaya, mana tau pembunuh. Takut nak pergi sekolah sebab dengar dari jiran sebelah anak dia kena cubit sebab tak siap kerja yang cikgu bagi. Takut nak bercinta sebab dulu dah pernah putus cinta, sakit macam nak mati. Takut nak makan ikan sebab ikan banyak tulang. Senang cerita, kalau penakut sila gali lubang dalam-dalam dan duduk dalam tu tak payah keluar! Hidup ni ada cabaran dan pelajaran setiap hari, bomoh tilik mana yang berani ramal tarikh mati kita? Dukun siam mana yang berani bagitahu apa akan jadi pada jam 6.05 pagi esok di Burma? Pawang mana yang berani bagitahu nasib esok hari, lusa hari, tulat hari, dan hari-hari? Jadi jangan pandai-pandai berani-berani nak jadi bomoh, jadi dukun, jadi pawang yang boleh ramal apa akan jadi di masa depan.

Semalam, hari ini dan esok?

Semalam merupakan sejarah dalam hidup setiap orang. Semalam tu merangkumi dari bangun tidur, sapu muka, gosok gigi, mandi, pakai baju, makan, jalan-jalan, kerja, jumpa orang, cakap-cakap, melompat, merapu, menulis, dll. Senang cerita sejarah tu akan berlaku atas setiap apa benda yang pernah kita buat walaupun baru 2 saat tadi. Peristiwa hari ini pulak, yang sedang kita buat, bakal menjadi sejarah untuk hari esok, 3 minit lepas, 3 saat lepas, dan akan tetap jadi sejarah. Hari esok merupakan satu cabaran baru dalam hidup, terpulang kepada kematangan kita untuk hadap hari esok walau seberat mana, walau sesusah mana, walau seperit mana kita bakal jangkakan. Askar yang berperang akan tetap keluar berperang walaupun tahu dia bakal dihujani peluru, dan seorang model akan tetap keluar bekerja walaupun tahu dia akan hanya tersenyum depan kamera. Jadi seberapa yakin kita dengan hari esok? Macam mana kalau askar tu keluar je dah merdeka macam cerita Sarjan Hassan tu? Macamana kalau model tu tiba-tiba kena electric shock macam cerita CSI? Takda sorang pun yang tahu apa akan jadi esok, jadi jangan senang-senang dengan mudah nak letak penghakiman.

Pengalaman, masa depan...

Melalui sejarah samada hari semalam, dua hari lepas, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, kurun lepas, zaman firaun, tahun gajah abrahah, kita boleh belajar untuk menghadapi masa depan. Pengalaman mengajar dan mendewasakan kita, tidak dinafikan kenyataan itu. Namun ada jugak pengalaman yang tak mendewasakan seseorang, bukan salah pada sejarah tapi pada cara pemikiran dan tanggapan orang yang mengalaminya. Ada yang menganggap apa yang pernah terjadi, kalau jumpa pada masa depan hal yang hampir-hampir sama mungkin akan jadi benda yang sama. Ini betul punya bomoh, boleh nampak masa depan. Sepatutnya kalau kita pernah jumpa hal yang pernah terjadi sebelumnya, kita jadi matang dan boleh fikir camana nak hadapi hal tu, bukannya mengelak. Mengelak tanda takut, jadi jangan jadi penakut. Orang yang takutkan masa depan disebabkan pengalaman yang lalu, maknanya orang yang langsung tak belajar dari pengalaman itu sendiri. Jadi sepatutnya kena teruskan jugak dengan kehidupan, jangan hiraukan masa lalu tapi ubah masa depan jadi lebih baik.

Biar masa yang tentukan...

Masa akan tetap berjalan walaupun kita makan, tidur, hisap rokok, garu belakang, mandi atau apa sahaja yang kita buat, masa tu dah cukup letih berjalan tak henti-henti. Jangan terlalu mengharapkan masa sedangkan diri malas berusaha. Memang hari esok akan tetap datang tapi seberapa bersedia kita dengan pengalaman yang dah ada ni? Jadi jangan terlalu bergantung kepada masa, takut nanti yang dinanti tak sampai-sampai sebab hari esok kita tak tahu apa akan jadi. Hit the iron while it still hot, maknanya gunakan peluang yang ada tu sebaik mungkin, ambil kesempatan jangan terlalu leka.

Hmmmm.......

Sebenarnya aku tulis ni dalam keadaan yang agak hangat-hangat. Sampai bila nak jadi camni pun tak tahu, dah cerita macam-macam, masih lagi nak duduk ditakuk lama. Orang dah pergi mekah naik kapal terbang, kita masih nak naik unta. Orang dah berani redah masa depan, kita masih lagi hidup dalam bayang-bayang silam dan salahkan orang masa depan. Bukan tak suka tapi sepatutnya dalam umur camni kenalah jadi dewasa, jangan terlalu takut dengan masa depan, akan sentiasa ada orang yang boleh bagi nasihat dalam menempuh masa depan tu, nak risau apa? Ok, belum bersedia boleh terima, tapi sila salahkan masa depan lagi bila satu hari nanti orang yang ada tu dah hilang tak jumpa lagi. Sila salahkan masa depan sebab itu la yang tengah dibuat sekarang, salahkan semua kat masa depan. Nanti esok orang cakap itu ini camane? Nanti esok orang anggap itu ini camane? Nanti esok orang kata itu ini camane? Semuanya esok, esok dan esok. Esok tu memang pesalah mandatori, jadi sila salahkan esok sahaja, salahkan masa depan. Grow up, you have more than you think you have. Please.


Kalau nak tahu masa silam kamu, tengok keadaan kamu sekarang, kalau nak tahu masa depan kamu, tengoklah apa tindakan kamu sekarang. Faham ?

Surat Cinta dari Mek Na kepada Abe Kob. 4

nmhafiz | 11:34 AM |

Assalamualaikum..

kehadape Abe Kob ye di sayengi..

apo kaba Abe Kob ssano? Na haghak Abe Kob sihak sokmo bersamo Tok Cek nge Tok Nik Abe Kob. Tujue Na bui sughak ni ko Abe Kob buke ggapo. Lamo bena doh ghasonyo tok denga kaba Abe Kob. Make paka stagho mano? Duduk bangung sapo jago. Na bimbe jugok doh bbunying baghu ni Abe Kob keno tepuh ko kkheto ggalo dale ghelung tbaka. Knalin Na mulo-mulo denga bghito. Nok gi kea mugo jauh. Pah tu pulok kenaike kok alik ni pun payoh nok bbulih. Dgheba kheto pulok pakak wak mogok bkali skak minyok Disey naik saghi duo nih. Nnengung jugok Na mmikir. Hola stakak bbalah bbalah meseh gitu jahla scaghok. Pahtu senyak sapa ko arini takdok bghito lasung nah.

Abe Kob jolo ko ni nok ggewe lagi ngw Na? Abe Kob ni supo main-main jah. Dah mugo aritu Na ajok jjupo KB Mall Abe Kob tok gi. Pah cceghoh Na tunggu. Sohko bate idung, baye-baye Abe Kob pun tok napok. Kalu idung tu macung bla la jugok. Ni idung kepek po keno jighik ko kheto ggiling. Hehehe. Jange la mughih deh. Na tau Abe Kob takut kalu kito dok bgheke po blakah. Takpola mugo aritu Na bowok Mek La gi skali. Mek la hok dok ttepi ghumoh Na tula. Hok ddepe ghumoh dio ado pokok pauh epo. Na pn tau hukung hake. Kalu berduo-duoe gak ado hok nombor tigo yakni sete. Cikgu pun dok pese sokmo doh maso ngaji skoloh. Hare pege-pege tange ttino jate hok buke muhrim. Tok Ayoh pun dok ghoyak smace. 

Abe Kob ingat dok dulu maso kito skelah jah ne? Na kea duk blake Abe Kob. tok siak khijo hok cikgu bui, Na ghelo bui sughuh Abe Kob tighu. Buke ggapo. Na ssie tengok Abe Kob keno pia'ccikgu haghi-haghi. Nok kato Abe Kob bodo kea lamo takut ssegho hati. Pah ado ttiko-ttiko kalu Abe Kob nok pinje ghoba ko kale ko,Na ghelo bui pinje. Tapi sokmo Abe Kob wak pghile. Takpola demi kasih saye ko Abe Kob, Na bli koperasi 20sen so. Abe Kob suko. Pahtu kito pung ppakak suko. Abe Kob sapa tguling-guling nah atah lata dale kelah. Memela gigi depe Abe Kob takdok scopey tapi Na bgehi bna kelih Abe Kob suko. Tok tahu jugak bakpo. Maso tu lah Na ghaso jatuh hati nge Abe Kob . Stat pado situla Na saye ko Abe Kob. Ibaghak kato sghupo mnate minyok hok penuh litir. Ado jugok oghe hok nok tra ngeceh Na tapi rijek blako. Mmato Nna Abe Kob soghe jah. Jak pado haritu sapa ko skoloh mnengoh meme Na tok kheling kokghe lain. Bia lah oghe ggela Abe Kob po'ko skalipun tapi Na tok kelih pado ghupo paghah. Na kelih pado peel pghanga. Hati Na doh di cughi oleh Yaakob bin Hj Stopa.

Tapi lolloni Abe Kob mace lain jah Na ghaso. Tok sghupo mulo. Meseh tok balah. Talipong tok akak. sebak tu Na bui sughak ni ko Abe Kob. Nok mitok kato putuh. Kalu saye wak la cagho saye. Kalu tok saye gak biala Na bebah mace bughung-bughung hok tghebe dilangik tinggi. Na tok sey jjadi tok macung tapi pipi pulok ssoghong. takpo stakat ni la dulu Abe Kob deh. Tok Ayoh dok klo doh tu. sughuh gi heghek kuba pakblah eko ppade wat masuk dale ggok. takut de gelak kea banyok sete dok glewa' taing-taing goghik. siak-siak mandi kakghe pah nok bbco buku pulok. Tok lamo doh tu nok SPM.

Ikut la Abee kob nok balah ko tokse sughak na. hok peting Na nok tau jawape Abe Kob. blah mano cagho nok kehey tu na paka seghoh ko abe Kob. nok meseh ko nok talipong ko ikutlah. sekie wassalam.

sayemu,
Mek Na.
=)

Korang semua ni paham tak Mek Na cakap apa??haha. Aku sendiri terbelit lidah nak membacanya walaupun ia adalah bahasa rasmi aku. Mungkin sebab ejaannya terlalu "pure" membuatkan aku jadi tersasul. Apa motifnya entri kali ni sebenarnya? Aku cuma mahu mengajak kamu semua fahami maksud tersirat yang ada di dalam surat yang Mek Na nak bagi kat Abe Kob dia ni. Selamat memahaminya. =)

Contohilah Mek Na, walaupun bergewe dia tahu hukum halal haram.




Bukan Kisah Benar. . . 10

nmhafiz | 10:05 PM |

Pada suatu hari...
Ini mungkin kisah benar andai benar-benar terjadi. 
Guy : Awak, lame tak dengar cerita. Selalu rajin je miss call?
Girl : Owh, sorry. Saya busy sikit lately.
Guy : It's ok. Saje je call, nak say hi, tanya khabar.
Girl : Ooo..Ok je. Awak nanti call lain kali bleh, saya ade keje sket.
Guy : Ok. Anytime. Bye.
Girl : Bye.
(Girl hang up, guy missing girl. But continue with his life)
...few months later...
(girl missed call, guy call back)
Guy : Hi there.
Girl : Hi. Wow, it's been a long time since your last call.
Guy : Yelah, awak pun busy aje. So, saya go on with my life je la dulu.
Girl : Heheh. Sorry lah. Hmm..awak free x? Lets meet up?
Guy : Oh? Bile?
Girl : Anytime awak free la, esok ke. Esok ok?
Guy : Hmm..esok saya dah janji dengan girlfriend saya la.
Girl : Huh? Girlfriend? Bile awak ada girlfriend? Tak bagitau saya pun.
Guy : Sejak awak menghilangkan diri dan selalu busy. Sorry.
Girl : Hmm.. It's ok.. Wish u all the best.
Guy : Thanks. And I always wish the best for u. Always.

Monolog dalaman : GIRL
"Selama ini saya rasakan awak sentiasa ada dengan saya. Awak akan ada walaupun saya bersama orang lain, walaupun saya ceritakan tentang orang lain, walaupun saya dalam kesusahan, atau dalam kesenangan, atau dalam apa jua keadaan, awak tetap ada. Tapi kenapa hari ni saya rasa awak sangat jauh dari saya? Tak seperti dulu? Kenapa? Atau mungkin kerana siapa?"

Monolog dalaman : GUY
"Sorry. Saya ikhlas berkawan dengan awak. Selama ini saya sentiasa ada bersama awak, biarpun awak mungkin bergelak ketawa dengan orang lain, tapi saya tetap ada menemani awak. Saya akan berada ketika awak senang, saya masih berada ketika awak susah. Tapi rasanya awak mungkin tak nampak kehadiran saya. Saya masih akan ada untuk awak, cuma awak akan tentukan segalanya. Maaf kerana menipu, bukan kerana girlfriend tapi saya rasa awak mungkin lebih bahagia tanpa saya."

Bukan Kisah Benar

Trend Baru Pengguna Facebook | Facebook Hack Profile 0

nmhafiz | 1:52 AM |

Semalam aku tersinggah di blog saudara Roslan yang aku temui di KelantanBloggersesuatu telah menarik perhatian aku mengenai trend yang aku rasa mungkin akan menular kepada semua pengguna Facebook iaitu Facebook Hack Profile. Tips yang menarik ini telah dikeluarkan oleh pakar di Europe iaitu Alexandre Oudin yang pertama mencuba gaya sebegini. Menarik tak jika profil Facebook kamu jadi macam ni ?





Jika kamu semua ingin mengetahui lebih lanjut tentang seni Facebook lihat tutorial di video ni :




Jika kamu ingin menghasilkan seni seperti ini boleh la merujuk di web techcrunch untuk mereka bentuk gambar profile korang. Kalau susah ini ada cara senang pergi PicCut.com dan buat profile korang, tapi tak boleh adjust la macam saudara Roslan buat ni, sebab dia auto create je.

Selamat mencuba... =)

Kenapa perlu wujud agama? Kalau tiada agama, adakah kita tak boleh hidup seperti biasa? 12

nmhafiz | 2:14 AM |

Ok. Ini ulasan daripada apa yang aku baca daripada blog ini. Persoalan demi persoalan diajukan daripada brader Richard Dawkins penulis buku "The God Delusion" dan "The End Of Faith" yang boleh meragut iman seseorang jika agama Islam tidak difahami sedalam-dalamnya. Apa kata kamu jika diajukan soalan-soalan seperti berikut ?
Kenapa perlu wujud agama? Kalau tiada agama, adakah kita tak boleh hidup seperti biasa? Kita tahu bahawa dalam banyak perang yang berlaku, konspirasi yang berlaku seperti 11 September disebabkan oleh agama. Maksudnya agama penyebab perang. Bahaskan. Kita tak nampak tuhan itu, tapi kenapa kita percaya? Kenapa kita perlu percaya adanya hari kiamat? Kita diajar sembahyang, tapi sembahyang itu untuk apa? Tidak cukupkah moral menjaga diri kita? Kenapa hidup kita perlu terikat dengan agama? Kalau agama itu betul ,kenapa perlu ada banyak agama? Siapa yang betul di sini?
Soalan-soalan psikologi berikut diajukan untuk mengelirukan akal kita semua terutama kita sebagai umat Islam. Bukan semua soalan boleh dijawab dengan akal sebagaimana dikatakan didalam Al-Quran "Pandangan akal selalu tersalah". Ini terbukti pada zaman dahulu manusia percaya bentuk bumi adalah mendatar. Dunia ni ada hujungnya, yang mana jika sesiapa belayar sampai ke hujung dunia, dia akan terjatuh di penjuru itu. Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas. Maka oleh itu berpegang teguhlah kepada dua perkara ini iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah nescaya kamu tidak akan tersesat.
Rasulullah SAW pernah bersabda: Maksudnya: “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.”
Ertinya orang yang akalnya tidak sihat atau orang yang tidak siuman atau orang yang terencat akal atau pun orang gila tidak boleh dan tidak mampu beragama. Mereka ini tidak dituntut beragama. Kalau mereka berbuat ibadah, tidak diberi pahala. Kalau mereka berbuat maksiat dan kemungkaran pun tidak berdosa.

Namun istilah tidak berakal dalam hadis tersebut bukan sahaja bermaksud gila atau tidak siuman atau terencat akal. Kalau itulah yang dimaksudkan, sudah tentu Rasulullah s.a.w akan terus menyebut gila atau tidak siuman. Tidak berakal di sini juga bermaksud belum pandai menggunakan akal atau akal yang belum sempurna. Seperti kanak-kanak yang belum cukup umur atau belum akil baligh, mereka ini bukan gila atau bukan tidak siuman. Cuma mereka belum pandai menggunakan akal dan oleh itu dianggap tidak berakal. Mereka ini tidak diwajibkan beragama.

Walaupun begitu, hadis ini tidak pula bermaksud orang yang berakal atau orang yang sempurna akalnya sudah tentu akan beragama. Ini tidak berlaku. Berapa ramai kita lihat orang yang berakal malahan yang pandai-pandai pula tidak beragama bahkan ada di antara mereka yang menentang agama.Seperkara lagi, walaupun agama dalam hadis ini dikaitkan dengan berakal, ini tidak bermakna akal itu semata-mata adalah alat untuk beragama.

Justeru itu kalau akal diasah tajam-tajam dan diisi dengan berbagai-bagai dan sebanyak-banyak ilmu, belum tentu seseorang itu akan beragama, walaupun ilmu yang ada padanya adalah ilmu Quran dan hadis. Berapa ramai kita lihat profesor-profesor terutama di universiti-universiti di Barat dan Amerika yang mengajar ilmu Islam dan memberi ijazah,masters dan PhD ilmu Islam kepada graduan-graduan Islam tetapi mereka sendiri tidak beriman.

Hadis ini merujuk kepada orang yang tidak berakal dan bukan kepada orang akal. Orang yang tidak berakal ialah orang yang tidak pandai atau belum pandai menggunakan akalnya. Orang akal pula ialah orang yang mengagungkan akalnya. Ada beza antara dua istilah ini. Kalau orang yang tidak berakal susah hendak beragama, orang akal yang berpandukan akalnya dan logik semata-mata, lebih-lebih lagilah susah hendak beragama. Sebenarnya, tidak berakal dalam hadis ini membawa maksud akal yang tidak terpimpin. Orang yang akalnya tidak terpimpin dianggap tidak berakal.

Dalam Islam, akal yang tidak terpimpin itu ialah akal yang tidak dapat berfungsi di atas landasan hak dan kebenaran. Iaitu akal yang berputar dengan bebas tanpa dikawal oleh hati yang yakin, beriman dan takut kepada Allah. Islam menganggap orang yang akalnya tidak mahu tunduk kepada hatinya atau kepada kebenaran sebagai orang yang tidak berakal. Akal seperti ini hanya akan tunduk kepada nafsunya sahaja.

Walau bagaimana pintarnya akal yang tidak terpimpin ini, ia tidak akan dapat keluar dari kepompong alam dunia dan alam material. Ia tidak dapat meneroka alam-alam yang lebih seni dari alam syahadah atau alam nyata ini seperti alam barzakh alam akhirat, syurga, neraka, malaikat dan hal yang berkaitan dengan Tuhan itu sendiri. Walhal semua itu adalah benar.Akal yang tidak terpimpin ini sangat bahaya. Ia akan bergantung habis-habisan kepada logik akal semata-mata dan tidak akan nampak sumber kebenaran yang lain.

Walhal kalau mengikut logik akal, akhirat itu tidak logik, syurga dan neraka tidak logik, hidup sesudah mati itu tidak logik, malaikat tidak logik bahkan Tuhan itu pun tidak logik. Justeru itu, orang yang akalnya tidak terpimpin akan mendapati sukar untuk mempercayai perkara-perkara ghaib seperti malaikat, hari kiamat, Tuhan dan sebagainya.

Jika diteliti balik soalan-soalan yang diajukan oleh brader Richard Dawkins sebenarnya boleh dijawab tetapi bagi aku tak ada jawapan yang mudah untuk soalan-soalan di atas. Contohnya soalan pertama: kenapa perlu wujud agama? Jawapannya bergantung kepada si penanya soalan. Bergantung kepada latar belakang dan tahap pemikiran si penyoal, jawapannya berlainan. Tetapi aku akan cuba menjawabnya, correct me if i'm wrong.

Kenapa perlu wujud agama? Kalau tiada agama, adakah kita tak boleh hidup seperti biasa?
  • Wujudnya agama kerana fitrah manusia itu sendiri, kita boleh hidup seperti biasa tanpa beragama, tetapi "biasa" yang bagaimana? Adakah boleh hidup tanpa ada peraturan? Itu adalah kehidupan tak ubah seperti haruan yang memakan anaknya, anjing mengawan anaknya. Dalam beragama adanya peraturan, jika tiada agama maka tiadalah peraturan dan jika tiada peraturan maka lahirlah kerosakan kerana agama menghindarkan kita melakukan maksiat. Setiap manusia dikurniakan bermacam-macam naluri termasuk juga naluri beragama. Walaupun Atheis menolak untuk memeluk suatu agama, tetapi mereka sebenarnya beragama dengan meletakkan akal sebagai tuhannya.
Kita tahu bahawa dalam banyak perang yang berlaku, konspirasi yang berlaku seperti 11 September disebabkan oleh agama. Maksudnya agama penyebab perang. Bahaskan.
  • Agama adalah jalan kedamaian bukan penyebab perang, manusia kafir itu sendiri yang memanipulasikan permainan agar kelihatan kafir itu mangsa, dan Islam penjenayah selama ini yang berdalang. Sesungguhnya Islam tidak mengajar umatnya melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Perang bukan kerana alasan agama, tetapi kerana adanya perselisihan pemahaman agama masing-masing ditambah dengan hawa nafsu manusia terhadap kekuasaan. Sehingga sejak zaman Nabi Adam sampai sekarang tetap terjadi perang.
Kita tak nampak tuhan itu, tapi kenapa kita percaya? Kenapa kita perlu percaya adanya hari kiamat? Kita diajar sembahyang, tapi sembahyang itu untuk apa?Tidak cukupkah moral menjaga diri kita?
  • Kita tidak pernah melihat angin, tetapi kita dapat rasakan angin, begitu juga Allah, kita tak dapat melihat Allah tetapi kita dapat rasakan bahawa Allah ada dengan adanya alam ini kerana setiap ciptaan mesti ada penciptanya.
  • Kita perlu percayakan hari Kiamat kerana setiap yang hidup ada pengakhirannya iaitu mati, sama juga dengan alam ini, tidak akan selamanya kekal.
  • Solat didirikan adalah untuk berkomunikasi dengan Allah. KOMUNIKASI dengan Allah mampu melahirkan rasa CINTA dan SAYANG kita pada Allah. KOMUNIKASI adalah perkara utama di dalam perhubungan baik antara makhluk dengan Pencipta atau hubungan sesama makhluk. Tanpa KOMUNIKASI maka tidak akan terjalin hubungan. Maka tidak akan wujud CINTA dan SAYANG. Jika suami dan isteri tidak lagi berKOMUNIKASI, maka lambat laun hambarlah hubungan dan tidak mustahil akan berakhirnya hubungan yang hambar itu. Sepasang kekasih yang diputuskan KOMUNIKASI antara mereka, maka kecewa dan hancurlah jiwa dan akhirnya putuslah tali kasih sayang. Begitulah juga kita hamba Allah. Jika terputus KOMUNIKASI kita dengan Allah, maka makin jauhlah kita dengan Allah walaupun pada hakikatnya Allah itu dekat sangat dengan kita. Kita hanya dekat dengan Allah ketika solat, ketika baca Al Quran namun di masa lain, kita jauh daripada Allah. Itu pun jika kita kusyuk bersolat dan menghayati isi Al Quran yang dibaca. Sesungguhnya KOMUNIKASI amatlah terpenting dan PALING TERPENTING ADALAH KOMUNIKASI DENGAN ALLAH. Ia menjadikan kita sangat hampir dengan Allah. Menjadikan hati dan jiwa kita ini hanya untuk Allah.
  • Tiada sesiapa pun mempunyai moral menjaga diri yang cukup kerana tiada sesiapa pun tidak pernah berbuat salah bukan? Firman Allah SWT yang maha agung, "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya dan mungkar"
Kenapa hidup kita perlu terikat dengan agama? Kalau agama itu betul ,kenapa perlu ada banyak agama? Siapa yang betul di sini?
  • Agama itu mempunyai peraturan. Boleh tak kita tidak terikat dengan peraturan? Adakah aman kehidupan tanpa peraturan? Sebenarnya Islam tidak mengikat umatnya tetapi membawa manfaat kepada umatnya, contohnya haramnya riba dan zina.
  • Agama-agama itu diibaratkan sungai-sungai, berbeza hulunya tetapi sama muaranya iaitu laut. Ajaran-ajaran yang benar dari Tuhan memang umpama sungai-sungai yang mengalir ke muara yang sama. Namun ajaran-ajaran yang sesat, yang dibuat-buat manusia, tidak akan mencapai Tuhan, kerana yang dituju memang bukan Tuhan.
  • Islam adalah agama yang benar. Ini telah dibuktikan daripada sumber-sumber ajarannya. Untuk menghindari ajaran yang salah, manusia haruslah melihat sumber ajaran itu. Apakah ajaran itu bersumber dari dasar-dasar yang betul?
Cukuplah setakat ini huraian mengenai soalan-soalan diatas. Akhir kata, lihatlah sesuatu perkara itu dengan mata hati kerana pandangan akal sifatnya boleh tersalah. Tegurilah aku andai tersalah kata. Wassalam.

Apa maksud Open Relationship di Facebook? 8

nmhafiz | 8:32 AM |


Menurut pemerhatian aku, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia sila klik Open Relationship

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

Yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.


Dipetik dari: MiLo SuaM