Isi Tempat Yang Kosong. 1

nmhafiz | 1:37 AM |

Masih berharap untuk lihat kamu lagi dalam_______
Masih berharap.

Masih ada perasaan yang ________,
masih terasa bahangnya.

Masih ada suara yang berbisik pada telinga mengatakan ________,
masih kedengaran.

Masih ada dakwat yang pekat untuk ditulis pada dinding,
tertulis__________,
dakwatnya masih basah.













Dan masihkah ada harapan tersebut ?
“Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat.”
(QS.Al-Hijr : 56)

Bunga yang cantik tak selalunya harum. 1

nmhafiz | 1:31 AM | , ,

Tiada yang mahu ditulis sebenarnya, cuma aku dalam keadaan mood yang gila atau merem. Ia mungkin akan semakin parah jika masih diteruskan dalam keadaan begini. Sangat-sangat tidak selesa bila berkeadaan sebegini, sangat merisaukan. Perasaan itu datang kembali. Perasaan yang memakan hati.

Dalam diam, aku simpan suatu perasaan dalam terhadap diri-sendiri. Takkan mampu terbang jika kaki masih terikat pada pohon yang terikat pada akar yang terbenam dalam bumi sedalam-dalamnya. Sejuk angin malam pun belum tentu akan memadamkan kesugulan yang mekar dalam jiwa. Aku dengar raungan itu, aku dengar irama itu dengan penuh penghayatan, aku fahami maksudnya, lalu aku sampaikan dengan kemahuan aku sendiri, hanya untuk diri-sendiri.

Pandang satu kisah dari pelbagai sudut, pandang semua kisah dari satu sudut, pandang tanpa prejudis, tanpa menghakimi, dan kamu akan sedar, keadaan tidak langsung sesuatu yang jahat. Ia hanyalah sebagaimana ianya. Pandang satu kisah dari satu sudut, dan emosi kamu akan berterabur - sekejap sedih, sekejap pasrah, sekejap sedih kembali, sekejap lagi mati. Dan apa yang tinggal hanyalah sikap tidak cakna pada diri sendiri nanti. Lali. Penat. Dan segalanya akan berterusan seperti sediakala, berulang-ulang kembali.

Kenapa tak mampu tidur walaupun sudah penat dan mengantuk ? Jiwa tak cukup pedih barangkali. Semakin pedih, semakin aku gembira. Sahaja ingin tunjukkan emosi yang kacau-bilau. Dengan cara yang salah. Sepatutnya bukan disini. Kelu seketika. Mohon petunjuk dariMu ya ALLAH.

"MENULIS TAK SAMA DENGAN KITA BERCAKAP. MULUT KU TERKUNCI, BEGITU JUGA TANGANKU."

K E P E R C A Y A A N 2

nmhafiz | 2:25 AM | , ,

Bagi aku kepercayaan umpama bermain pedang bermata dua yang boleh memakan diri si pemegang. Kepercayaan itu merupakan suatu perkara yang boleh melukakan orang lain juga diri kita sendiri. Sepertimana pengalaman yang aku pernah lalui, kepercayaan kita terhadap seseorang itu sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri. Terpulang kepada diri sendiri untuk memberi dan menerima kepercayaan daripada orang lain. Namun biarpun kepercayaan terhadap seseorang itu sebenarnya suatu perkara yang suci murni, terlebih mempercayai orang boleh merubah keadaan menjadi haru-biru.

Pernah aku terbaca qoute dari George MacDonald, 'to be trusted is a greater compliment than being loved'. Aku akui yang cakap Mr. MacDonald ni ada kebenarannya. Kita sebenarnya akan berasa lebih yakin apabila kita tahu yang orang lain boleh mempercayai kita, dan kita juga akan berasa terlalu sedih jika sedar yang tiada sesiapa yang sanggup mempercayai kita, lebih sedih dari putus cinta atau menerima penolakan. Anugerah kebolehpercayaan dari orang lain dan penganugerahan kepercayaan kepada orang lain sebenarnya boleh memudaratkan emosi sekiranya tidak dikawal dengan baik. Contohnya kita terlalu mempercayai seseorang sehinggakan orang itu menyalahgunakan kepercayaan tersebut untuk perkara yang tidak baik, seterusnya bila kita mengetahui situasi itu kita pula akan berasa tertekan dan menerima semacam beban emosi dalam hidup. Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan 'kepercayaan adalah pedang bermata dua', if you can't control the situation it'll backed down and hurt you

Aku mengaku aku sebenarnya seorang yang sangat mudah untuk mempercayai orang lain. Dan aku juga mengaku yang kepala aku ni dah berjuta-juta kali diinjak lantaran kepercayaan yang aku berikan kepada orang. Ada yang berlaku curang, ada yang tikam belakang, ada yang menumpang hanya bila senang, dan juga ada yang menipu depan belakang. Sebenarnya aku tak kisah pun dengan hal itu semua kerana aku tahu satu hari nanti mereka semua akan malu dengan perbuatan sendiri. Tuhan itu Maha Adil, kan? Malah balasan daripada semua itu pun sudah aku lihat sedikit sebanyak dalam kehidupan aku sehari-hari. Mungkin ada yang akan kata aku ini terlalu naif dalam menilai peribadi orang sehinggakan dengan mudah aku meletakkan kepercayaan terhadap mereka, tetapi sebenarnya aku masih cuba menjangka peribadi seseorang apabila kepercayaan itu diberi. Dengan cara sebegini sebenarnya aku belajar mengukur nilai sebuah persahabatan dalam diri orang lain.

'It took years for us to give trust, but it took just a few seconds to destroy it.'

Ya, memang betul kita hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk memusnahkan kepercayaan yang diberi oleh orang lain. Satu kesilapan bodoh, satu perasaan konon kebijaksanaan, satu kesengajaan, segalanya boleh memusnahkan kepercayaan seseorang. Jadi seberapa bijakkah kita dalam menilai erti kepercayaan yang diberikan oleh orang lain terhadap kita. Bagi aku mudah.my sahaja semua tu, biar orang buat kat kita jangan kita buat kat orang, Tuhan itu Maha Adil, kalau bukan hari ini terkena maknanya esok pun masih ada. Jadi secara ringkasnya, jangan mudah mempercayai orang 100%, dan jangan sesekali menyalah gunakan kepercayaan yang diberi oleh orang lain. What goes around comes around, what goes UP must go Down (kecuali harga minyak di Malaysia!).

ps/: Tertanya-tanya macam mana Ana Raffali boleh jadi juara AJL?hmm.. menulis dalam keadaan mengantuk, butang 'DEL' dan 'backspace' merupakan rakan karibku. Jumpa lagi.


"USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI"

"Saya Gay, Saya OK" Kepala Hotak ! 1

nmhafiz | 4:34 PM |

Baru-baru ini aku ada menonton sebuah satu video mengenai seorang hamba Allah, yang mengaku Melayu, berbahasa Melayu, beragama Islam, dengan bangganya mengaku sebagai GAY! Mula-mula menonton tu aku rasa macam, 'budak ni masuk air kot ni, lain macam pembawakan dia ni'. Gila sengal apa budak ni mengaku gay? Ape ke jadahnye woi! Hal ni bukannya tersangkut kepada gay sahaja (which is kebiasaannya merujuk kepada lelaki-lelaki yang meminati sesama jenis), tetapi ruang lingkupnya adalah sinonim dengan perkataan Homoseksual, iaitu pengamalan mencintai sesama jenis sehingga terjadinya perhubungan seksual. Tidak aku nafikan bahawa sebenarnya di luar sana ada berjuta orang yang menyokong ideologi ini, malah berjuta-juta lagi dengan bangga mengamalkannya. Kalau di negara luar, pengaruh homoseksual ini sangat kuat sehinggakan ada negara yang membenarkan perkahwinan sesama jantina, ahli kongres turut melaungkan slogan 'Gay is Okay', artis-artis popular dengan bangga menyatakan status homoseksual mereka, dan bermacam-macam lagi. Aku tidak hairan kalau perkara sebegini tidak dibendung maka suatu hari nanti Malaysia, yang diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam (kononnya), akan mengamalkan prinsip yang sama sepertimana negara-negara di luar sana. Nak ke?

Permasalahan homoseksual ni sebenarnya bukan setakat pada segi sosial sahaja tapi berkait rapat dengan persoalan agama. Kebanyakan dari kita pasti dah tahu mengenai kisah Kaum Nabi Luth yang mana diketahui sebagai kaum yang mengamalkan homoseksual dalam kehidupan mereka. Diberitakan juga bagaimana bumi diterbalikkan lantaran keengganan mereka mendengar kata-kata Nabi Luth a.s. Dalam kumpulan tersebut juga terdapatnya isteri kepada Nabi Luth a.s yang turut sama ditenggelami oleh bumi Allah kerana ingkar dengan perintah Allah. Segala kisah ini ada terdapat di dalam kitab Al-Quran dan dapat kita bayangkan betapa Allah sangat murka dengan perbuatan itu. Namun dunia sekarang sudah berubah, manusia kini redha dengan perkara yang dimurkai oleh-Nya. Malah ada yang sanggup berbantah-bantah terhadap larangan hubungan sesama jantina, dan yang memberi sokongan pun bukan kecil anak sehingga ada yang berpangkat VVIP. Tak percaya? Pendedahan dibuat oleh rakan blogger di SINI.


Seksualiti Merdeka merupakan sebuah pertubuhan yang menyokong perhubungan seumpama ini. Mereka yang menaungi pertubuhan ini juga bukan kecil anak, bang. Jadi adalah tidak hairan bagi kita untuk terus bertanya kenapa golongan seperti ini tidak boleh diambil tindakan lanjut. Malahan sehingga Jakim sendiri pun membisu dan memberikan alasan tiada kuasa untuk menahan golongan sebegini (KP Jakim: Kami tiada kuasa bertindak keatas lelaki mengaku Gay). Aku sendiri berasa hairan kerana golongan Syiah bukan main lagi ditangkap ditahan tetapi golongan songsang sebegini dipandang sebelah mata, ibarat tiada apa yang tergugat oleh mereka. Mungkin ramai yang berasa mereka ini tidak menggugat sesiapa, tetapi persoalannya adalah bagaimana dengan generasi masa depan? Encik-Encik, Tuan-Tuan, Puan-Puan, dan semua pembaca, apa rasa anda sekiranya anak anda terpengaruh dengan golongan ini dan mengamalkan sepertimana yang diamalkan oleh Kaum Nabi Luth dahulu? Bukan aku nak membezakan Syiah dengan golongan ini, aku ada membaca kisah Syiah, apa terjadi di Karbala, bagaimana yang terjadi, apa amalan mereka, dan pelbagai lagi mengenai puak ini, tetapi persoalannya sekarang bagaimana dengan golongan homoseksual? Mereka ini bukan tidak boleh diubah, bukan tidak boleh dibentuk semula, tetapi sekiranya ada pertubuhan, walau sekecil mana pun pertubuhan, yang menyokong perbuatan mereka secara tidak langsung mereka akan terus hanyut dengan amalan songsang itu.


Sepanjang hidup aku, tak pernah sekalipun aku mengakui mereka-mereka itu sebagai jantina yang berlainan dari kurniaan Allah. Sumpah, aku memang benci dengan mereka yang berperlakuan sebegitu. Aku tak pernah pun panggil mereka dengan nama samaran mereka tapi dengan nama sebenar, yang Razif tetap Razif, yang Faizal tetap Faizal, yang Firdaus tetap Firdaus, yang Taib tetap Taib (tidak ada kena mengena dengan sesiapa). Aku tidak mahu menggalakkan mereka dengan menyokong pegangan mereka yang sebegitu, kalau dapat saham Nur-raka nanti sia-sia amalan. Bagi aku, yang perempuan tetap perempuan, yang lelaki tetap lelaki. Nasihat aku buat mereka yang banyak bergelumang dengan maksiat, "masuk gear jalan ke depan jangan gostan!" Bukan aku menggalakkan perhubungan bebas lelaki dan wanita, yang haram tetap haram, tetapi jangan melampau sampai melangkaui batas tabii lumrah manusia.



1.Hukuman bagi homoseksual lelaki (gay)
Dari Ibn Abbas r.a berkata telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesiapa sahaja yang kamu temui sedang melakukan perbuatan kaum Lut (homoseksual), bunuhlah peliwat dan orang yang diliwat." (Hadis riwayat Ahmad).

2.Hukuman bagi homoseksual wanita (lesbian)
Hukum terhadap lesbian pula berbeza dengan gay yang dikaitkan dengan liwat. Lesbian atau dalam bahasa Arab dipanggil musahaqah. Hukuman yang dikenakan ke atas mereka ini dinamakan takzir. Hukuman takzir ini terpulang kepada pemerintah sesebuah negara untuk menentukan jenis hukuman yang akan diberikan. Hukuman takzir ini samadapenjara, sebatan (jumlah sebatan tidak melebihi jumlah sebatan hudud), buang daerah dan lain-lain lagi.
PS/: "SAYA HENSEM, SAYA OKAY" HAHAHA!