Bunga yang cantik tak selalunya harum. 1

nmhafiz | 1:31 AM | , ,

Tiada yang mahu ditulis sebenarnya, cuma aku dalam keadaan mood yang gila atau merem. Ia mungkin akan semakin parah jika masih diteruskan dalam keadaan begini. Sangat-sangat tidak selesa bila berkeadaan sebegini, sangat merisaukan. Perasaan itu datang kembali. Perasaan yang memakan hati.

Dalam diam, aku simpan suatu perasaan dalam terhadap diri-sendiri. Takkan mampu terbang jika kaki masih terikat pada pohon yang terikat pada akar yang terbenam dalam bumi sedalam-dalamnya. Sejuk angin malam pun belum tentu akan memadamkan kesugulan yang mekar dalam jiwa. Aku dengar raungan itu, aku dengar irama itu dengan penuh penghayatan, aku fahami maksudnya, lalu aku sampaikan dengan kemahuan aku sendiri, hanya untuk diri-sendiri.

Pandang satu kisah dari pelbagai sudut, pandang semua kisah dari satu sudut, pandang tanpa prejudis, tanpa menghakimi, dan kamu akan sedar, keadaan tidak langsung sesuatu yang jahat. Ia hanyalah sebagaimana ianya. Pandang satu kisah dari satu sudut, dan emosi kamu akan berterabur - sekejap sedih, sekejap pasrah, sekejap sedih kembali, sekejap lagi mati. Dan apa yang tinggal hanyalah sikap tidak cakna pada diri sendiri nanti. Lali. Penat. Dan segalanya akan berterusan seperti sediakala, berulang-ulang kembali.

Kenapa tak mampu tidur walaupun sudah penat dan mengantuk ? Jiwa tak cukup pedih barangkali. Semakin pedih, semakin aku gembira. Sahaja ingin tunjukkan emosi yang kacau-bilau. Dengan cara yang salah. Sepatutnya bukan disini. Kelu seketika. Mohon petunjuk dariMu ya ALLAH.

"MENULIS TAK SAMA DENGAN KITA BERCAKAP. MULUT KU TERKUNCI, BEGITU JUGA TANGANKU."

1 Responses So Far:

sarah abadan said...

hmmm...puitis sungguh...