K E P E R C A Y A A N 2

nmhafiz | 2:25 AM | , ,

Bagi aku kepercayaan umpama bermain pedang bermata dua yang boleh memakan diri si pemegang. Kepercayaan itu merupakan suatu perkara yang boleh melukakan orang lain juga diri kita sendiri. Sepertimana pengalaman yang aku pernah lalui, kepercayaan kita terhadap seseorang itu sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri. Terpulang kepada diri sendiri untuk memberi dan menerima kepercayaan daripada orang lain. Namun biarpun kepercayaan terhadap seseorang itu sebenarnya suatu perkara yang suci murni, terlebih mempercayai orang boleh merubah keadaan menjadi haru-biru.

Pernah aku terbaca qoute dari George MacDonald, 'to be trusted is a greater compliment than being loved'. Aku akui yang cakap Mr. MacDonald ni ada kebenarannya. Kita sebenarnya akan berasa lebih yakin apabila kita tahu yang orang lain boleh mempercayai kita, dan kita juga akan berasa terlalu sedih jika sedar yang tiada sesiapa yang sanggup mempercayai kita, lebih sedih dari putus cinta atau menerima penolakan. Anugerah kebolehpercayaan dari orang lain dan penganugerahan kepercayaan kepada orang lain sebenarnya boleh memudaratkan emosi sekiranya tidak dikawal dengan baik. Contohnya kita terlalu mempercayai seseorang sehinggakan orang itu menyalahgunakan kepercayaan tersebut untuk perkara yang tidak baik, seterusnya bila kita mengetahui situasi itu kita pula akan berasa tertekan dan menerima semacam beban emosi dalam hidup. Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan 'kepercayaan adalah pedang bermata dua', if you can't control the situation it'll backed down and hurt you

Aku mengaku aku sebenarnya seorang yang sangat mudah untuk mempercayai orang lain. Dan aku juga mengaku yang kepala aku ni dah berjuta-juta kali diinjak lantaran kepercayaan yang aku berikan kepada orang. Ada yang berlaku curang, ada yang tikam belakang, ada yang menumpang hanya bila senang, dan juga ada yang menipu depan belakang. Sebenarnya aku tak kisah pun dengan hal itu semua kerana aku tahu satu hari nanti mereka semua akan malu dengan perbuatan sendiri. Tuhan itu Maha Adil, kan? Malah balasan daripada semua itu pun sudah aku lihat sedikit sebanyak dalam kehidupan aku sehari-hari. Mungkin ada yang akan kata aku ini terlalu naif dalam menilai peribadi orang sehinggakan dengan mudah aku meletakkan kepercayaan terhadap mereka, tetapi sebenarnya aku masih cuba menjangka peribadi seseorang apabila kepercayaan itu diberi. Dengan cara sebegini sebenarnya aku belajar mengukur nilai sebuah persahabatan dalam diri orang lain.

'It took years for us to give trust, but it took just a few seconds to destroy it.'

Ya, memang betul kita hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk memusnahkan kepercayaan yang diberi oleh orang lain. Satu kesilapan bodoh, satu perasaan konon kebijaksanaan, satu kesengajaan, segalanya boleh memusnahkan kepercayaan seseorang. Jadi seberapa bijakkah kita dalam menilai erti kepercayaan yang diberikan oleh orang lain terhadap kita. Bagi aku mudah.my sahaja semua tu, biar orang buat kat kita jangan kita buat kat orang, Tuhan itu Maha Adil, kalau bukan hari ini terkena maknanya esok pun masih ada. Jadi secara ringkasnya, jangan mudah mempercayai orang 100%, dan jangan sesekali menyalah gunakan kepercayaan yang diberi oleh orang lain. What goes around comes around, what goes UP must go Down (kecuali harga minyak di Malaysia!).

ps/: Tertanya-tanya macam mana Ana Raffali boleh jadi juara AJL?hmm.. menulis dalam keadaan mengantuk, butang 'DEL' dan 'backspace' merupakan rakan karibku. Jumpa lagi.


"USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI"

2 Responses So Far:

noorul aisikin said...

like juta lemonade :)

teguhiw said...

kepercayaan adalah hal yang harus dijaga dengan baik..