Dop hau gapo... 0

nmhafiz | 11:29 PM |

Dalam beberapa hari ni emosi dan minda aku di paras separa stabil sebenarnya. Susah nak dijelaskan kenapa, payah nak dihuraikan mengapa, jadi rasanya tak perlu kot nak terangkan sebab apa. Suka untuk aku ingatkan dear readers yang semua dalam ini merupakan monolog dalaman aku, berkisah tentang aku. Apa yang aku nak maksudkan ialah ini merupakan luahan dari aku. Seandainya konflik aku tu ada berkait dengan orang lain, tolong jangan terus buat kesimpulan lepas baca posting mengarut aku. From time to time aku akan terus update dengan informasi lain jugak, jadi tak mustahil yang aku akan masukkan kisah dari seberang sana pulak, lepas tu baru boleh nak menilai. Kalau korang cuma ambil kesimpulan dari penceritaan aku, benda tu akan jadi berat sebelah, tak ngam la pulak. Memang la hidup ni lumrahnya timbangan tu akan berat sebelah satu atau yang lain, dacing dalam logo BIRU tu pun tunjuk je cam balance tapi korang sendiri pun tahu realiti dacing tu sebenarkan? Itu gambaran dalam hidup la jugak secara tak langsung.

Aku sebenarnya rasa bahagia, dalam masa yang sama kebahagiaan aku tu disertakan dengan sakit hati dan konflik semasa. Aku bahagia sebab aku terasa ada seseorang yang ada dengan aku, bagi semangat untuk aku teruskan usaha. Tapi semangat tu jugaklah yang didatangkan dengan pakej konflik. Konflik itu datang bukan dari seseorang itu, tetapi ini konflik dalaman, sangat-sangat peribadi untuk diceritakan. Aku tak kisah sangat pun sebab aku yakin setiap manusia tu berbeza dan setiap manusia tu boleh berubah, ada peluang untuk berubah dan akan berubah dari masa ke semasa. Jadi aku tetap letakkan sedikit harapan yang ada perubahan yang bakal berlaku demi kebaikan dan kebahagiaan bersama. Sama-sama memerlukan, sama-sama pun cuba memberikan yang terbaik, dan sama-sama cuba selesaikan konflik dalam hidup masing-masing. Mungkin itu yang Dia cuba nak tunjukkan dalam konflik yang diberi ni.

Aku sebenarnya tengah keliru. Aku ni tengah tekanan atau keadaan normal. Separuh dari minda aku dalam keadaan tak stabil, sebahagian lagi dalam usaha kejar impian. Itu je nak cite. Haha.

Musuh Jangan Dicari, Musuh Datang Jangan Lari... 0

nmhafiz | 2:28 AM | ,

Hidup ini digambarkan dengan pelbagai perumpamaan. Ada yang cakap hidup ni macam roda, kadang di atas, kadang di bawah. Ada yang kata hidup ni macam lukisan, pengalaman menjadi warna. Ada juga yang kata hidup ni seperti pementasan. Semua pun betul, tak ada yang silap. Hidup ini boleh digambarkan dengan semua benda. Bagi aku hidup ni macam suatu cabaran, setiap hari kita akan menempuh cabaran dan ujian yang baru, kita akan sentiasa belajar dari pengalaman. Mungkin bagi sesetengah orang hidup ini terlalu mudah, hanya perlu ikutkan saja arus kehidupan, tapi bagi aku "I learned the hard way".

Aku belajar mengenai kehidupan ni dalam situasi yang banyak berbeza dari orang lain, mungkin ada sesetengah yang rasa pengalaman yang sama. Aku tahu dan aku sedar masa silam aku tu tak sejernih yang orang lain bayangkan. Dan bagi orang yang berkeadaan macam aku ni untuk bangun dan berjalan atas landasan yang benar tu memang banyak halangan dan cabaran. Kalau setakat mulut orang yang bercerita tu, semua adalah normal. Manusia dalam dunia ni otaknya tu sentiasa tersangkut dengan pemikiran tipikal. Contohnya kalau orang tak pakai tudung terus cap orang tu sosial, kalau orang tu naik moto itu namanya rempit, itu semua pemikiran bodoh yang sentiasa ada dalam diri manusia terutama orang melayu yang beragama Islam kat Malaysia ni. Bukan aku tak pernah kena tapi dah terlalu lali sampaikan aku sendiri dah letih nak dengar. Cabaran ni aku andaikan macam tengah berlumba mendaki bukit, ramai yang berusaha berlari mendaki, tapi ada yang main tipu tarik orang depan sampai jatuh walaupun kedudukan dia tu tak kemana pun jauhnya. Ini adalah realiti, bukan fantasi basi yang aku reka pun.

Di saat ini aku sebenarnya sedang berusaha untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah. Betul, kehadiran seseorang memang menambahkan semangat aku untuk berusaha, tak mustahil kan? Cumanya aku tahu apa yang sesetengah orang pandang kat aku, bukan semuanya bersorak memberi semangat pun, sentiasa ada suara-suara sumbang yang cuba menjatuhkan aku. Aku tak ambil kisah sangat kalau nak bercakap dengan aku tapi aku cuma tertekan bila disampaikan kepada orang lain. Ya, memang betul kalau orang tengok aku sekarang mungkin takda apa-apa yang boleh dibanggakan, tapi aku bukannya nak duduk dalam kandang ni sepanjang masa. Aku berusaha untuk letakkan diri aku dalam keadaan yang lebih baik dan Insyallah satu hari nanti aku akan berjaya.

Mulut manusia bukan macam tabir mangkuk jamban tu, boleh ditutup bila tak pakai. Mulut manusia ni kalau dah terlepas tu memang tak boleh nak buat apa, nak menyesal pun tak guna, nak marah pun tak ada faedah. Macam dalam situasi aku ni, kalau dulu memang aku akan menyumpah seranah mereka tu sampai ke-15 keturunan, tapi bila difikirkan balik macam tak berguna pun sebab mereka tu bukan ada pegangan saham dalam hidup aku. Jadi selepas berfikiran secara waras aku cuma mendoakan kekayaan bagi mereka yang bermulut sebegitu, mereka yang memandang rendah dengan kedudukan aku. Insyallah kalau berjaya pun aku tumpang gembira jugak. Allah tu kan Maha Adil, setiap satu perkara tu mesti ada kelebihan dan kekurangan, sama-sama menilai sahajalah.


"MELANGKAH BIARLAH TUNDUK, JANGAN BERMEGAH. LAWAN TETAP LAWAN! "

Ciri-ciri Bakal Suami dan Isteri 0

nmhafiz | 11:28 PM | ,

Entri kali ni aku rase macam jambu gile la. Kalau boleh aku nak jadikan background blog aku ni kaler pink, dihiasi bunga-bungaan, kerawang-kerawang bagi menaikkan lagi seri rumah tangga entah siapa, disulami dengan kicauan beburung menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' dendangan asal Puan Sri Saloma. Tak ke gile aku nih? Memang boleh jadi. Tapi entri ini tidak ada kena-mengena dengan status peribadi aku yang masih single tapi belum dibuka untuk pendaftaran (Ho-Ho!). Atas permintaan seseorang yang suruh aku update blog cepat-cepat (sambil mengedix). Bukan taknak tapi aku rasa skop yang aku mahu tulis agak besar, jadi aku memilih skop yang lebih kecil dan terang-benderang, panduan mencari bakal suami-isteri. Ini senang sikit sebab kalau aku search dan salin direct je dari wikipedia pun boleh, asalkan entri aku berjalan dan posting aku bersepah! Lagipun kalau aku nak ceritakan pasal ciri-ciri suami soleh-isteri solehah tu terlalu banyak benda dan perbuatan yang aku boleh masukkan. Aku yang belum planning nak kahwin ni dah pernah pergi kursus kahwin sendiri buat, haha! so untuk tajuk sebegitu aku rasa lebih senang buat forum perdana ajelah.

Ciri-Ciri Bakal Suami
  • beriman dan bertaqwa kepada Allah.
  • bertanggungjawab terhadap semua benda.
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji.
  • berilmu agama agar dapat membimbing anak-anak dan isteri (-isteri) ke jalan yang benar.
  • tidak berpenyakit berat yang boleh memudaratkan pasangan.
  • rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-Ciri Bakal Isteri

  • beriman dan solehah.
  • rupa paras yang cantik dan elok.
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji.
  • menentukan mas kahwin yang rendah.
  • wanita yang subur.
  • berasal dari keturunan yang baik.
  • bukan keturunan yang dekat.
  • tidak memandang harta semata-mata.
Ciri-ciri yang digariskan di atas ini sebenarnya hanyalah sebagai panduan. Itu pun ada 1-2 yang aku rasa tidak berapa sesuai so aku continue dengan yang lain dahulu. Jadi kalau kita lihat daripada list kat atas ni, sebenarnya semua orang pun mengidamkan semua ciri-ciri tersebut ada pada pasangan masing-masing. Mustahil dalam dunia ini ada seorang insan yang mahukan perkahwinannya dilangsungkan bersama seorang yang teruk-teruk, buruk-buruk dan segala ciri yang tiada dalam list di atas. Tapi tak perlu risau, kalau pasangan kita tidak ada pun ciri macam dalam listing ni, bukan bermaksud tak boleh nak menikah pun. Ini hanyalah sebagai panduan sahaja, bukan tuntutan yang mesti jugak kita ikut. Garis panduan ini pun hanya menyenaraikan beberapa saja ciri-ciri tersebut.

Nasihat Rasulullah kepada kaum lelaki...
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” -Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Pesanan Rasulullah kepada kaum wanita...
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. 
Apesal aku terase macam jambu semacam je lepas tulis entri ni? Aduh..I need to set up another blog..By the way, Selamat Pengantin Baru kepada kawanku yang dahulunya dipanggil dengan nama Miss Suraya, mahu dipanggil nama Madam Suraya atau Madam Aimie ni? *konfius~

Deevotes - Tika Dini Hari 0

nmhafiz | 10:50 PM |

Extremely love this song. Sangat suka okay! Lirik dia memang menginsafkan. Selamat mendengar yea kawan-kawan.



Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Mahu download? | Klik Sini!

To be true or keep on lying ? 0

nmhafiz | 3:01 AM | ,

TRUTH, kebenaran, selalunya saling digunakan untuk melindungi suatu penipuan yang lain. Namun tidak semua penipuan itu terselindung oleh kebenaran. Kedengaran agak abstrak namun kenyataannya tetap tersurat dalam setiap bait-bait ayat yang akan diatur seterusnya. Dalam mengharungi setiap kebenaran dalam kehidupan kita seringkali akan berdepan dengan satu penipuan, ketidak nyataan yang terlalu halus untuk diperbahaskan dalam keadaan yang agak tertekan. Tidak semua penipuan itu salah walaupun kenyataannya ianya tetap satu dosa, dan tidak semua kebenaran itu melegakan kerana ada sebahagian dari kenyataan itu sangat menyakitkan. Aku lebih rela mendengar suatu kebenaran yang menyakitkan dari menjadi bahan penipuan sepanjang hayat dalam hidup ini. Satu kebenaran yang menyakitkan sebenarnya merupakan suatu ubat kepada kesakitan itu sendiri. Ternyata memang tidak semua perkara harus kita khabarkan kepada setiap orang dan tidak juga setiap orang itu harus tahu setiap inci mengenai diri kita, walau sejauh mana rasa kasih, sedalam mana rasa sayang terpahat dalam diri. Mungkin ramai yang menolak untuk menerima kenyataan yang menyakitkan kerana bukan sekali aku mendengar ayat-ayat sebegitu, namun aku masih lagi tetap berpegang teguh dengan pendirianku bahawa setiap satu perkara yang benar-benar suci yang diinginkan oleh diri kita, haruslah dimulakan dengan kejujuran. Tanpa kejujuran, biarpun kenyataannya menyakitkan, tak mungkin suatu hubungan itu akan berjaya.

Aku mengaku memang aku agak pantang apabila ditipu walaupun dengan hal yang kecil, dari situ aku menekankan hal kejujuran dalam setiap perkara bagi pasangan aku. Biarpun ada kemungkinan aku akan meletup seketika namun aku cuba beratkan dari sudut kejujuran. Aku tidak kisah jika diberitakan suatu rahsia yang mengejutkan diriku sendiri tapi untuk melindungi satu perkara tersebut merupakan satu kesilapan yang besar. Aku seorang yang suka mengorek rahsia, menyimpan rahsia dan menilai setiap perkara, dan tidak mustahil suatu penipuan itu aku akan dapat tahu sendiri. Setiap perkara yang terlindung itu,lambat laun akan terbongkar juga, jadi adalah lebih baik berterus terang daripada menyimpan rahsia dan melindunginya dengan kenyataan lain.

Menyimpan rahsia dan melindunginya dengan kenyataan lain. Aku sudah sangat biasa dengan keadaan seperti itu kerana aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak pantas menangkap setiap perkataan orang. Jadi dari situ aku dengan mudah menangkap setiap satu perkara yang cuba disembunyikan. Terus terang aku katakan bahawa aku memang cukup benci dengan penipu tapi kebencian aku lebih kepada orang yang terlalu berahsia. Kalau dah kenyataan, mengapa mahu diselindung? Tak pelu membuka cerita lain untuk menutup cerita yang lain. Sekali kenyataan itu terbukti, memang aku akan menjadi tertekan. Tekanan yang aku terima sudah cukup banyak, aku dah tak sanggup nak menahan tekanan selain dari yang sudah sedia aku terima. Letih, penat, kecewa, dan menyampah, mungkin perkataan-perkataan yang sesuai digunakan untuk aku gambarkan keadaan aku tatkala terhantuk dengan situasi sedemikian.

Maaf. Aku tidak mengatakan bahawa seseorang yang rapat denganku kala ini menipu aku tapi aku tak tahu kenapa dalam keadaan sebegini aku terasa ada sesuatu yang dia tidak lagi berterus terang denganku. Perasaan ingin tahu dalam diriku ini sangat mendalam namun dek kerana sifat alami aku yang agak pendiam maka aku kebiasaanya akan mendiamkan diri dan cuba melupakan perkara tersebut. Dan biasanya aku akan gagal mengalihkan perhatian aku dari perkara tersebut. The truth is, I still can sense some lies in every truth she tells me and I don't know why. Mungkin perasaan aku sedang menguji akalku sendiri. Tak siapa tahu.

*please...no more hiding*

H A M B A R 1

nmhafiz | 2:11 AM |

Hmmm...I can't seem to get the momentum to keep my fingers running on this keyboard. I'm suddenly out of ideas. Oh, what the bloody hell is happening to me? Yes, betul memang esok aku akan hadapi suatu yang belum pernah aku lalui tapi biasanya aku akan tenang tapi kali ni lain macam sikit. Setiap pagi bangun-bangun je dah rase something wrong. Setiap hari lewat ke kelas padahal otak ni tahu banyak perlu difikirkan dan diselesaikan semester ni. Ok, I'm really messed up here.



Dalam 2-3 minggu ni aku asyik berlari-lari ke sana ke mari, pegi sana pegi sini, luangkan masa di sana sini. Kejap pegi berkursus dengan sukarelanya, kejap pegi berfutsal, kejap lepak sana sini, kejap ke rumah kawan-kawan. Cuba nak hilangkan rasa resah dalam hati sendiri. Bila cerita kat orang nanti banyak pulak pendapat yang bukan-bukan, so I better keep it inside. Dalam diam aku cuba tenteramkan diri sendiri dengan apa yang sudah terjadi dan apa yang bakal terjadi. Sakit menanggung tu dah tentu, tapi kalau difikirkan pun langsung tak memberi manfaat sebab yang difikirkan cuma sakit bukan penyelesaian. Aku rasa aku tak hairan kalau satu hari nanti aku mati sebab stress, because that's what I'm currently going through!


Semenjak 2 -3 hari ni pula aku merasa hambar dengan keadaan sekeliling. Menyendiri, kalau keluar pun hanya berdua. Semakin hari semakin malas mahu lepak dengan bilangan yang ramai. Suasana yang sepatutnya rasa gembira tak dirasai pada aku. So, aku pun lakukan rutin kebiasaan aku, lepak kat sarang aku kat atas katil, online, tengok tv, tengok ESPNEWS, makan, solat, tidur, jalan pegi dapur, and round and round and round and round again. This might be silly to some people but it suddenly, eventually increase my stress level little by little. Bila tengok kat luar, aku akan nampak pokok-pokok, kucing-kucing, kereta-kereta, dan lain-lain. Dan semua tu sedikit sebanyak membuatkan aku rasa macam stranded in a place where there's no one else except me. I can live on my own, that's not really a problem pun, tapi bila aku terduduk sorang-sorang, otak aku mula berfikir macam-macam. Apa nak jadi esok? Apa akan jadi esok? Can I survive? Can I be saved? Kenapa aku rasa macam semua orang tinggalkan aku kat sini? Kenapa aku mesti jadi macam ni? Serious, stress beb! I'm not kidding, bro. Terasa nak menjerit pun ada.

I do wish that I can turn back time. Re-do all those things that I've done wrong. Buat balik semua benda and put it back together in a better order. Yes, betul, aku rasa menyesal. Suatu kenyataan yang jarang keluar dari diri aku, penyesalan. Tapi disebabkan aku tak boleh putarkan masa untuk ulang kembali semua yang dah terkubur, rasanya jalan terbaik ialah fokus kepada perkara yang belum terjadi. Well, that's what we do in our life, planned for the future, ready for the outcome. Hopefully I manage to go through all this things and make a major change in my own life.



"Kalau bukan semalam, mungkin hari ini. Jika bukan hari ini, esok masih ada."