Musuh Jangan Dicari, Musuh Datang Jangan Lari... 0

nmhafiz | 2:28 AM | ,

Hidup ini digambarkan dengan pelbagai perumpamaan. Ada yang cakap hidup ni macam roda, kadang di atas, kadang di bawah. Ada yang kata hidup ni macam lukisan, pengalaman menjadi warna. Ada juga yang kata hidup ni seperti pementasan. Semua pun betul, tak ada yang silap. Hidup ini boleh digambarkan dengan semua benda. Bagi aku hidup ni macam suatu cabaran, setiap hari kita akan menempuh cabaran dan ujian yang baru, kita akan sentiasa belajar dari pengalaman. Mungkin bagi sesetengah orang hidup ini terlalu mudah, hanya perlu ikutkan saja arus kehidupan, tapi bagi aku "I learned the hard way".

Aku belajar mengenai kehidupan ni dalam situasi yang banyak berbeza dari orang lain, mungkin ada sesetengah yang rasa pengalaman yang sama. Aku tahu dan aku sedar masa silam aku tu tak sejernih yang orang lain bayangkan. Dan bagi orang yang berkeadaan macam aku ni untuk bangun dan berjalan atas landasan yang benar tu memang banyak halangan dan cabaran. Kalau setakat mulut orang yang bercerita tu, semua adalah normal. Manusia dalam dunia ni otaknya tu sentiasa tersangkut dengan pemikiran tipikal. Contohnya kalau orang tak pakai tudung terus cap orang tu sosial, kalau orang tu naik moto itu namanya rempit, itu semua pemikiran bodoh yang sentiasa ada dalam diri manusia terutama orang melayu yang beragama Islam kat Malaysia ni. Bukan aku tak pernah kena tapi dah terlalu lali sampaikan aku sendiri dah letih nak dengar. Cabaran ni aku andaikan macam tengah berlumba mendaki bukit, ramai yang berusaha berlari mendaki, tapi ada yang main tipu tarik orang depan sampai jatuh walaupun kedudukan dia tu tak kemana pun jauhnya. Ini adalah realiti, bukan fantasi basi yang aku reka pun.

Di saat ini aku sebenarnya sedang berusaha untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah. Betul, kehadiran seseorang memang menambahkan semangat aku untuk berusaha, tak mustahil kan? Cumanya aku tahu apa yang sesetengah orang pandang kat aku, bukan semuanya bersorak memberi semangat pun, sentiasa ada suara-suara sumbang yang cuba menjatuhkan aku. Aku tak ambil kisah sangat kalau nak bercakap dengan aku tapi aku cuma tertekan bila disampaikan kepada orang lain. Ya, memang betul kalau orang tengok aku sekarang mungkin takda apa-apa yang boleh dibanggakan, tapi aku bukannya nak duduk dalam kandang ni sepanjang masa. Aku berusaha untuk letakkan diri aku dalam keadaan yang lebih baik dan Insyallah satu hari nanti aku akan berjaya.

Mulut manusia bukan macam tabir mangkuk jamban tu, boleh ditutup bila tak pakai. Mulut manusia ni kalau dah terlepas tu memang tak boleh nak buat apa, nak menyesal pun tak guna, nak marah pun tak ada faedah. Macam dalam situasi aku ni, kalau dulu memang aku akan menyumpah seranah mereka tu sampai ke-15 keturunan, tapi bila difikirkan balik macam tak berguna pun sebab mereka tu bukan ada pegangan saham dalam hidup aku. Jadi selepas berfikiran secara waras aku cuma mendoakan kekayaan bagi mereka yang bermulut sebegitu, mereka yang memandang rendah dengan kedudukan aku. Insyallah kalau berjaya pun aku tumpang gembira jugak. Allah tu kan Maha Adil, setiap satu perkara tu mesti ada kelebihan dan kekurangan, sama-sama menilai sahajalah.


"MELANGKAH BIARLAH TUNDUK, JANGAN BERMEGAH. LAWAN TETAP LAWAN! "

0 Responses So Far: