Ia Bukan Mudah 0

nmhafiz | 11:08 PM | , ,

These few days, few weeks, aku banyak fikir pasal hubungan. Bukan sebab aku nak jadi jiwang tapi sebab aku taknak buang masa dengan hubungan yang tiada matlamat. Matlamat aku sekarang nak menikah dan aku yakin masing-masing sudah tahu apa yang hendak dikejar. Kadangkala aku jadi takut nak tulis panjang sebab takut nanti orang tersalah faham sebab biasanya yang faham apa cerita yang berlaku dalam kisah aku ni cuma aku sorang je. But I keep on writing on those kind of things. Ye la, bila kepala dah berserabut, nak mengadu kat siapa pun aku tak tahu, nak bercakap dengan siapa pun tak tahu, ayat-ayat yang tertulis tu semuanya pun jadi mengarut. Walaupun ada masa aku ni takda idea, tapi bilamana tangan aku mula menaip kat keyboard ni, macam-macam cerita yang keluar. Dan sebab tu jugak la ada sebahagian tulisan aku tu macam tak habis cerita sebab dah tak larat nak perah otak.

Beberapa hari kebelakangan ni aku cuba untuk buat perubahan. Aku tahu ada pelbagai halangan depan mata aku sekarang ni. Kena menyertai program politik yang tak sehaluan dengan aku, kena clamp tayar kereta, kena buat tugasan dengan tak rela, kena interview tiba-tiba, kena itu, kena ini dan macam-macam lah. Tak mati aku ditimpa hujan, tak cair aku dipanah mentari. Biasalah tu, memang dah lumrah kehidupan ada masalah ada kegembiraan. Kalau gembira sokmo tak dipanggil kehidupan namanya. Mudah.

Ada yang kata, untuk kita mudah mencapai suatu matlamat tu kita kena visualize dulu setiap perinciannya. Betul, tak silap pun. Albert Einstein, yahudi laknatullah yang dikatakan manusia paling genius di alam maya ni pernah berkata, 'Imagination is better than education'. Salah ke? Who cares, aku takde bantuan google tatkala aku menulis ni jadi cacamerba la sikit. Betul, kita kena visualkan kadangkala semua matlamat kita tu dan tujuannya ialah untuk menaikkan semangat. Bila semangat dah membara, rambut pun dah jadi macam Super Saiya, kita punya goal tu terasa dekat sangat depan mata. Itulah sebenarnya yang membuatkan kita rasa mudah untuk mencapai matlamat kita tu. Konsep yang senang nak diterima akal.

Tapi senang di mata orang, belum tentu senang di mata kita. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Kejayaan tu bukan dengan petikan jari, bukan datang sekelip mata. Kalau kita ada bergulung ijazah pun, kalau sendiri malas nak usaha, pun tak jadi jugak. Kalau kita berkerjaya hebat, tapi sendiri ambil mudah setiap perkara, pun tak jadi juga. Kena selalu ingat bahawa kejayaan tu bukan sekadar belajar tinggi, bukan sekadar berkerja hebat, tanpa usaha dan yang lebih penting tawakkal, belum tentu kita boleh berjaya. Kejayaan tu menuntut bermacam-macam syarat. Masa, doa, usaha, ikhtiar, tawakkal, semua tu perlu ada dalam satu pakej, tak boleh tinggal salah satu, tak boleh ambil salah satu, semua mesti ada sekali. Allah tu yang memberi rezeki, bukan ijazah, bukan syarikat, bukan jugak kerajaan. Semua datang daripada-Nya, jadi perlu ada penyerahan jugak kepada-Nya. A simple fact which not everyone can do, terutama bila diberikan sedikit nikmat.

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Tanpa usaha, dan tawakkal, tak mungkin satu kejayaan tu akan dapat dicapai. Jadi jangan anggap semua benda itu mudah. It may looks easy but it's not that easy actually. I pray hard, I play hard. Harap-harap kerja keras ni akan berbalas tak lama lagi. InsyaAllah. 

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perkenankanlah permintaanku, dan berilah kejayaan kepadaku. Hanya kepada-Mu aku berserah, dan kepada-Mu sahaja aku memohon pertolongan. Amin~

M E N I P U 1

nmhafiz | 9:11 PM | , ,

Kalau cakap pasal tipu, semua orang pun akan mengaku yang diorang pernah menipu. Baik yang kecik, yang tadika, yang sekolah rendah, sekolah menengah, yang tak sekolah, yang kat kolej, yang dah bekerjaya, yang sedang mencari kerjaya, yang dah berumah tangga, yang dah tua bangka, semua pun pernah menipu. Mustahillah dalam hidup korang tak pernah menipu, paling tidak pun tipu adik-adik cakap nak belikan gula-gula. Normal la tu semua. Tapi kalau difikirkan dengan mendalam, tipu ni kan berdosa, jadi adakah berbuat dosa tu merupakan suatu yang normal dalam kehidupan?

Sumpah la aku tipu kalau aku cakap aku tak pernah menipu. Muka innocent macam aku ni pun pernah menipu la. Perbezaannya ialah sekarang ni aku tak menipu direct lagi dah, menipu biar berseni kata orang. Lagipun kalau menipu berseni ni kurang sikit la rasa guilty tu sebab itu bukan la tipu pun sebenarnya. Kalau orang tanya dah makan ke belum, walaupun aku cakap dah tapi belum tentu aku dah makan sebab orang tu tak cakap makan bila, sarapan ke lunch, semalam ke hari ni. Mungkin aku tak makan lagi tapi aku jawab aku dah makan semalam, kan jauh sikit cabangnya tu. Itulah namanya benda berseni. Hidup biar kreatif tapi jangan manipulative, nanti kalau kena balik baru padan muka.

Dalam banyak-banyak orang aku mengelak, ada sorang je la setakat ni yang aku pun tak tahu kenapa aku tak pernah berbohong pun, even hal yang memburukkan diri aku sendiri. Ok, tinggalkan persoalan 'siapa', aku cuma nak kata yang sebenarnya aku cuba seikhlas hati dalam menjaga suatu hubungan tu. Kita takkan la nak menipu tombol pintu ke, kerusi lipat ke, kepala keretapi pulak kan, yang ditipu tu mestilah orang. Jadi aku cuba menjaga hubungan dengan orang dan orang yang lain, dengan meninggalkan segala perkara walaupun kecik kata orang. Allah kata siapa yang buat kebaikan walau sekecil zarah sekalipun akan diberi ganjaran, dan siapa yang buat kejahatan walau sekecil zarah pun akan dapat balasan. Dan perbuatan menipu tu pun walau sekecil zarah, lambat laun akan tetap dapat balasan.




Maaf kerana aku juga manusia biasa, SAKIT bila DISAKITI. Maafkan aku kerana memarahi.



K A R M A 1

nmhafiz | 1:41 AM | ,

Karma merupakan satu kepercayaan di mana setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, dan keburukan akan dibalas keburukan. Secara amnya karma merupakan satu kepercayaan dalam sebuah agama tetapi sekarang ni terma karma tu dah jadi universal dan aspek agama tu diketepikan. Tak salah pun kalau nak percayakan karma tu sebab dalam apa agama sekalipun, dalam ideologi mana pun, akan ada satu pegangan bahawa kebaikan itu, walau macamana bentuk kebaikan pun, akan dibalas dengan kebaikan, walau bagaimanapun balasan kebaikan tu. Macam tu jugak dengan keburukan. Takde agama dalam dunia ni yang ajarkan kebaikan dibalas dengan keburukan. Mungkin ada, satanisme la kot. Haha.

Dulu aku tak suka nak mengaku yang aku percayakan teori karma tu. Mungkin disebabkan bunyinya karma yang menunjukkan ideologi tu datangnya dari terma agama. Tapi sekarang ni disebabkan perkataan karma tu dah diuniversalkan penggunaannya, dah terlalu luas applikasinya, maka aku harus mengaku yang aku sebenarnya akui teori tu betul jugak. Tapi aku bukan percayakan karma dari segi keagamaan tu, sebab aku lagi percaya yang Tuhan tu Maha Adil. Betul, konsepnya sama cuma aturan ayat dan perkataan je yang lain. Kalau konsep sama, baiklah aku ambik yang lebih dekat dengan aku, kan?

Sebelum ni ada cerita cerekarama kat tv3. Lupa dah tajuk apa tapi ada perkataan 'noda' camtu la. Cerita pasal Karina (Fasha Sandrol) yang curang kat suami dia Azrai (Roy Azman). Aku bukan tak suka cerita ni tapi cerita ni tergantung sampai aku naik menyampah. Bab gantungan cerita tu je dah makan 30 minit, macam dah takde idea. Bukan apa, aku tengok jam masa suami dia ceraikan dia tu lebih kurang 10.25pm camtu, sampai kesudah tunjuk pompuan tu jadi gile. Part penting yang masuk pun masa kena halau dengan adik dia, menangis kat kubur bapak, dengan mati kena langgar (cerita melayu kalau orang derhaka masa zaman moden wajib kena langgar kereta). Ok, bukannya aku nak kondem cerita tu dalam posting ni, tapi aku nak ulas situasi yang jadi dalam cerita tu. Ada orang pelik bila tengok dalam cerita tu betina tu siap main luar lagi walhal laki dia baik. Terus terang aku cakap yang aku pernah tengok situasi macam tu masa aku menjalani kehidupan di KL dulu, live depan mata, isteri yang umur dah tua tapi perasan muda dan tak sedar diri bawak boyfriend balik tidur kat rumah dengan pengetahuan anak-anak sendiri masa sang suami outstation. Reality, yo! Bukan main-main, bukan mereka cerita.

Bagi aku, setiap perkara baik yang kita lakukan, akan tetap dibalas dengan kebaikan. Tak kisah la balasan tu datang sekelip mata ataupun mengambil masa yang lama, tapi aku percaya balasan tu akan dapat jugak. Dan bagi perkara jahat, buruk, teruk, yang kita lakukan lambat laun akan dibalas oleh Tuhan jugak. Aku selalu ingatkan diri aku kalau-kalau terlepas cakap, 'Padan muka dia tu kena camni camtu. Tu la, dulu buat kat aku, sekarang kena balik kat dia.' Aku beringat bukan apa, ayat tu dah jadi macam riak sikit. Kita ni manusia, bukan nabi, bukan rasul. Ya, mungkin kita ada teraniya sebelumnya, tapi kena ingat, balasan tu Tuhan bagi bukan sebab kita tapi sebab Tuhan nak bagi kat dia. Kalau kita cakap orang tu kena camtu sebab dia buat kat kita, agung sangat ke diri kita ni? Kalau kita rasa diri kita agung, baik, kenapa kita 'padan muka'kan orang tu, kan benda tu tak elok. Lagi satu, yakin sangat ke benda tu jadi sebab kita? Apa, awak tu boleh SMS Tuhan ke nak tolong balaskan dendam awak tu? Kalau boleh, ok, saya taknak bantah ayat awak tu. Fikirkan elok-elok ayat tu.

Aku tak ambil kisah sangat sebenarnya pasal karma ni. Bagi aku yang penting ialah kita buat kebaikan, dan dengan ikhlas. Yakinlah bahawa Allah tu Maha Adil, Dia akan tetap bagi balasan kat hamba-Nya walaupun kita ni buat kebaikan tu sekecil zarah. Aku juga selalu ingatkan diri aku sendiri jika timbul rasa dendam teramat, sudah-sudah la dengan dendam tu, buat apa nak buat jahat kat orang, kita buat baik je sudah. Kalau Tuhan dah tunjuk keburukan yang orang tu buat kat kita, maknanya Dia nak beri peluang kat kita untuk lihat dunia ni dengan lebih luas. Dan kalau dia pun beri peluang kat kita, kenapa kita ni sesama manusia pun menidakkan peluang untuk orang lain, mendiskriminasi hidup orang lain, sedangkan Allah Yang Maha Agung tu pun tak buat camtu. Ok, mungkin ada yang akan kata 'Aku ni jenis yang keras hati', the question is 'Do you think that you are a God's mistake, a failure product?' Korang rasa Allah tu buat silap ke dengan menciptakan korang camtu? Ingat, setiap manusia ni dilengkapi dengan akal untuk berfikir, jadi keras tak keras tu bukan satu alasan. Jadi fikirkan elok-elok, jangan asyik menyalahkan Tuhan. Ok, pesanan terakhir, kalau taknak kena tindas, kalau taknak kena sakit hati, kalau taknak kena kecewa, kalau taknak kena pijak, kalau taknak kena marah, jangan buat kat orang. Tak kisah la atas apa alasan sekalipun, jangan buat kat orang. Kalau jalan tu dah ditunjuk, just go with the flow, play the game and play it fair, InsyaAllah, akan ada kebaikan dan kegembiraan dalam setiap keikhlasan.

Bila ingin melihat masa lalu mu,lihat keadaanmu sekarang. Bila ingin melihat masa depanmu, lihat apa yang kau lakukan sekarang.

Hanya mampu senyum. 0

nmhafiz | 12:27 AM | ,

Hari ni merupakan hari yang indah. Ayat yang agak "geli" aku ucapkan. Aku boleh tersenyum sendirian kalau terkenangkan hal yang berlaku minggu ni. Banyak tekanan aku terima, tapi  dalam masa yang sama tekanan itu jugalah yang memberi motivasi pada diri aku. Aku tahu keadaan dah menjadi semakin baik, persekitaran dah menjadi makin tenang, hubungan pun dah menjadi semakin rapat. Walaupun aku dan dia masih lagi berteka-teki mengenai masa depan. Itu aku tak kisah, usaha sudah dilakukan, tawakkal jer la yang mampu. Aku harap dia tahu bahawa "Abang sayang adik". Ok.

Masalah lalu tu masih ada, cuma aku nakkan hal tu ditinggalkan dulu, jangan rosakkan kebahagiaan dengan suatu yang mengarut macam tilik nasib! Bukan la nak kata ada yang tilik nasib tapi bila seseorang cakap sesuatu bala yang belum tentu jadi, bagi aku itu pun dah macam tok bomoh yang meramal masa depan. Hal masa depan tu biar Dia yang tentukan, tugas kita ni cuma berusaha untuk capai matlamat hidup. Aku pernah cakap, biar susah payah, biar aku terkangkang buat kerja, asalkan aku tahu aku kejar matlamat aku. Bukan mudah tapi tak susah. Usaha tetap usaha, dapat tak dapat tu belakang kira. Setiap manusia boleh berubah, aku yakin hal tu, dan aku percaya dia akan berubah satu hari nanti sebab aku dah nampak sikit-sikit perubahan dari mula aku kenal dia dulu, Alhamdulillah.

Kata orang 'Malu itu perisai orang beriman'. Aku pun percaya benda tu, cuma malu tu biar di tempat yang betul. Kalau setakat hal remeh, aku pernah hadap satu keadaan yang malu gila aku nak bagitau kat abah sebab aku takut nanti aku akan dibuang dalam keluarga, dipandang hina sampai ke mati, tapi bila benda tu aku teruskan jugak, aku redah bagitau abah, terus-terang aku katakan yang rasa malu tu cuma dalam 5 minit pertama. Sama macam orang lain, kita rasa malu, tapi sebenarnya malu tu takkan lama, yang penting hadap dulu. Jangan jadikan rasa malu tu sebagai alasan untuk kita buat kesilapan. Bukanlah nak kata silap tapi bila kita letakkan satu perkara bukan pada tempatnya, itu dah jadi tak adil dan ketidakadilan itu satu diskriminasi dan diskriminasi tu berdosa (sila rujuk maksud "diskriminasi" dalam wikipedia okeh), dan kalau benda yang berdosa tu susah sebenarnya nak kita bertemu kebenaran. Itu hakikat sebab aku dah pernah buat camtu, dan aku dah rasa silapnya.

Setiap orang pun lakukan kesilapan, setiap orang pun cuba betulkan silap tu. Tuhan bagi kita ujian sebab Dia sayangkan kita sebagai hamba-Nya, Dia nak kita belajar dalam hidup. Konsep tu memang aku pakai walaupun ada kebanyakan masa yang aku tertekan dengan ujian dan cabaran yang mendatang. Sekarang ni pun aku tetap berusaha untuk aturkan semula satu perkara, cuba jadikan ianya yang lebih baik dari yang sebelumnya. Ada satu masa yang aku rasa diri aku ni tak berguna, aku ni hina, aku ni tak layak untuk buat apa-apa, sebab apa yang aku cuba usahakan akan dipijak-pijak macam tak bernilai. Betul memang aku terasa macam tu, tapi bila dinilai balik semua tu, aku tahu ada tujuan aku diberikan ujian sebegini rupa, dan perubahan yang aku cuba lakukan tu dah mula nampak sedikit demi sedikit. Aku cuba untuk tak kecewakan sesiapa sebab aku tahu kecewa tu satu hal yang perit untuk ditelan, jadi aku cuba berlaku adil dalam setiap perkara walaupun aku tahu dunia ini memang tidak adil dan aku menerima semuanya tanpa perlu pandang apa yang dah terjadi sebelumnya. Let bygone be bygone, yang dah lepas tu biar lepas, aku nak diterima sebagai aku, tidak akan dikaitkan dengan sesiapa atau dengan apa-apa.

Usaha akan tetap diteruskan sepertimana yang dah diberitahu. Dapat tak dapat, tercapai atau tersungkur, hidup berjaya atau mati tengah jalan, itu semua ketentuan dari-Nya. Aku anggap semua tu sebagai cabaran, dan aku sahut cabaran tu bagi memberikan kebahagiaan untuk diri aku dan orang lain, tanpa perlu kecewakan sesiapa. Aku tak perlukan simpati orang, malah aku hidup pun bukan atas dasar simpati sesiapa, make it reality, or die trying. Nothing is impossible, if you put your mind to it..


Jangan lihat masa lampau dengan penyesalan dan jangan pula lihat masa depan dengan ketakutan, tetapi lihatlah sekitar anda dengan penuh kesedaran.

Blog ini tak patut wujud... 1

nmhafiz | 12:04 AM |

"Lu ni kan, memang sengal la, der. Lu kalau nasihat orang memang sikit punye bijak, kalau cakap dengan orang memang mantap, tapi bile terjelepuk kat atas kepala lu sendiri, lu mula buat perangai macam cipan! Apehal?!"
Itu bukan kata-kata dari kawan aku, bukan jugak kata-kata yang aku petik dari sebarang filem rempit kat wayang, dan lagi la bukan ayat-ayat dialog yang aku dengar masa lepak-lepak kat kedai. Itu sebenarnya kata-kata yang tergambar dalam kepala aku sendiri yang mengucapkannye kepada diri aku sendiri. Sumpah, beb aku memang rase macam gile sekejap. Terasa macam sampah di tepi jalan, terasa macam batu karang di tengah lautan, satu sen haram pun tak berguna! Disebabkan terbeban dengan hal kerja sekolah, disebabkan terganggu dengan permasalahan jiwa, aku langsung lari dari pemikiran sebenar aku. Aku mula la terkejar-kejar, jiwa kacau, hati tak tenang. Masa ni kewarasan baru mula nak 'say Hi' dalam minda aku. Masa tu bila difikirkan balik, susah jugak. Terlalu banyak tekanan yang aku bagi, mungkin sebab aku nak buang rasa tertekan aku dalam diri, tapi itulah silap aku! Sepatutnya aku kena cool down dulu, semak satu per satu, nilai balik keadaan, baru dapat jawapan. Dan aku pun tersedar yang bukan mudah untuk orang membuat satu keputusan rasional kalau dalam keadaan tekanan camtu. Paseinye teman udah meghase sendiri, yop, yong! Kau tak faham? Aku sendiri pun tak faham ape yang aku tulis ni, so tak hairanlah..

Dahulunya aku fikir mulut aku telah terkunci, tapi aku akhirnya terselamat dengan adanya ruang untuk aku menulis. Kita panggilnya ia blog. Blog terdahulu telah aku padam. Demi hati-hati insan. Setiap kali blog aku mati, setiap kali itulah suara aku terkunci. Lalu masa berlalu, semua perkara menjadi makin teruk, semakin aku ingin meluahkan, semakin aku dikunci oleh perasaan bersalah. Sekalipun kamu ada blog, jika ada orang mengekang kamu dengan perasaan bersalah, jiwa kamu tetap mati juga akhirnya nanti. Sehinggalah kamu pilih untuk mati, paling kurang pun, dari sudut hakiki sebuah hati.


Kalau mulut terkunci sekalipun, tangan masih boleh berkerja bukan ?




















TIDAK.

My Best Friend's Girl 0

nmhafiz | 12:38 AM | , ,

Ok, ini cerita kehidupan, mengenai sifat kematangan, cara berfikir dan menghadapi realiti masa depan.

Kisah bermula bila '8' berkenalan dengan '1', kemudian berkenalan dengan sahabat '1' iaitu '2'. Hubungan '8' dan '2' menjadi erat dan timbul bibit-bibit cinta dalam hati '8'. Pada suatu hari terbongkar kisah bahawa '2' sudah ada seseorang istimewa, '6'. '8' kecewa dan meneruskan hidup dengan hati yang lara. Takdir tuhan memberikan peluang '8' berkenalan dengan '3'. Hubungan '3' dan '8' seperti biasa, cuba melangkah ke alam yang lain. Rupa-rupanya '3' adalah rakan '1' dan '2', dan '3' langsung tidak tahu kisah '8' dan sahabatnya sebelum ini. Lantaran masih terbelenggu dengan kekecewaan dari kisah yang lalu, '8' mengelakkan diri dari '3' atas alasan perbuatan '2'.

[penggunaan nombor sebagai ganti nama sebab aku rasa takda orang yang nama ada nombor!]
Jadi daripada kisah ini, terdapat suatu konflik kehidupan yang tidak mustahil akan berlaku dalam hidup kita di dunia ini. Setiap kisah yang pernah terjadi dalam hidup manusia, samada terjadi dalam hidup orang luar, hidup rakan-rakan terdekat, ahli keluarga, mahupun yang kita hadapi sendiri, sepatutnya kita ambil secara tak langsung untuk memotivasi diri dan mematangkan pemikiran. Dalam kisah yang terjadi, perbuatan '2' yang merahsiakan hubungannya dari '8' telah mengakibatkan '3' menanggung beban kesalahan. Namun harus dilihat bahawa cara pemikiran '8' harus lebih matang dalam menghadapi cabaran hidup, dan '3' juga 'kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih', haruslah berusaha untuk memperbaiki keadaan yang berlaku supaya tiada rasa prejudis '8' terhadap dirinya dan lenyap rasa kecewa terhadap apa yang dilakukan oleh rakannya dahulu.

Usop yang tak bersalah
Kalau dilihat satu per satu, bermula dengan '8'. Dia mungkin merupakan seorang yang masih lagi muda, belum berfikiran cukup matang, dan mungkin juga pertama kali mengenali erti percintaan dalam dunia remaja. Tidak dinafikan samada remaja lelaki mahupun wanita (aku tak sebut dia lelaki/wanita, jadi anggap general cukup la), memang sebenarnya mudah jatuh cinta. Lelaki akan mudah tenggelam bila wanita melemparkan senyuman, wanita akan mudah cair bila lelaki melontarkan kata-kata manis. Itu adalah lumrah kehidupan. Jadi adalah boleh kita ambil kesimpulan yang dalam kisah ini pemikiran '8' adalah masih lagi hijau, masih lagi muda dan perlu banyak bimbingan. Dan untuk sesiapa yang terasa berpemikiran yang sama seperti beliau, jangan cuba mempertahankan cara pemikiran anda seandainya ada yang memberi nasihat. Ambil dan fikir dengan teliti kerana pemikiran ini mencerminkan betapa matang kita dalam menghadapi kehidupan dunia. Aku tahu apa yang terjadi yang pernah melukakan hati memang suatu yang amat sukar untuk dilupakan, tetapi ia adalah tidak mustahil untuk dilupakan. Kematangan fikiran dan kekuatan mental seharusnya menjadi tiang bagi memandang terus kehadapan, walau bagaimana hitamnya kisah di belakang kita.

Aku malas nak komen pasal '2' sebab itu kesalahan yang sangat common, iaitu bermain kayu tiga. Nak bahas camana pun tetap jadi kesalahan, jadi teruskan dengan kisah '3'. '3' dalam kisah itu menjadi penanggung secara tak langsung bagi kesalahan yang dilakukan oleh sahabatnya. Akibat daripada apa yang dilakukan oleh '2', hubungannya dengan '8' terjejas walaupun dia sendiri tak pernah ambil tahu apa yang pernah terjadi dahulu. Tapi kalau difikir dari segi logik dan sudut positif, dia seharusnya mengambil langkah bijak dengan menasihati dan terus meyakinkan '8' dengan apa yang sedang dihadapi, tambahan '8' pun masih lagi muda dan perlukan penasihat dalam hal-hal sebegitu. Jadi secara tidak langsung dia dapat menunjukkan betapa matangnya pemikiran dia dalam membimbing '8' dan juga dapat mematangkan cara berfikir oleh '8'. Itu seharusnya yang berlaku dan itu rasanya setakat ini yang berlaku.

Jadi, kesimpulan dalam kisah yang aku mengarut kat atas tadi, dalam hidup kita perlu sentiasa berfikiran positif dan jangan endahkan apa yang dah terjadi di masa lalu. Apa yang dah terjadi tu tetap terjadi dan menjadi sejarah, tapi yang lebih penting adalah apa yang bakal kita hadapi esok hari dan mampukah kita dengan cara pemikiran kita yang sebegitu dan sebegini, menghadapi cabaran yang bakal tiba hari esok? Ambil tahu apa yang pernah terjadi, kutip setiap pengajaran dari kisah lalu, dan jadikan motivasi diri untuk menghadapi masa depan yang lebih cemerlang.


Thinking of what have happened, makes me wiser each and every day.

Freaking Stress-Lah!!! 0

nmhafiz | 2:09 AM | ,

Semua orang pernah rasa sakit hati, banyak orang pernah rasa kecewa, ramai yang pernah rasa ditindas. Setiap dari kita ada hak untuk bersifat pentingkan diri dan kita juga ada hak untuk beri peluang kepada orang lain sekeliling kita. Kita manusia hidup di dunia ni bukan berseorangan, sentiasa ada orang kiri dan kanan, depan dan belakang, utara selatan timur barat, keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga, dan lain-lain. Semua orang pun punya hak dan tanggungjawab kepada orang lain. Manusia takkan hidup berseorangan, perlu sentiasa ada hak dan tanggungjawab kepada yang lain. Sedangkan Adam A.S. pun diberikan Hawa sebagai teman, inikan pula kita cucu cicit keturunan baginda.

Orang cakap taknak benda berulang lagi, taknak dipermainkan macam dulu bila dah letak harapan. AM I FUCKING KIDDING MY GODDAM LIFE?! Aku kalau nak mainkan orang, aku takkan sanggup buat benda bodoh. Aku kalau nak mainkan orang, aku takkan sanggup buat benda yang orang lain pandang berat. Nak tipu buat apa, aku dah buat semua tu sebab nak tunjuk yang aku ni betul-betul serius ikhlas. Sumpah aku ada rasa macam nak lari jauh, jauh dari semua orang yang aku kenal. Biar aku hidup sendiri. Hidup mati aku biar takda sorang pun yang tahu. Jatuh bangun aku biar takda siapa pun ambil peduli. Sakit demam aku biar takda siapa pun yang kisah! 

Dulu aku sentiasa berpegang kepada teori, kalau taknak kena, jangan buat kat orang. Tapi masalahnya sekarang ni aku langsung tak tau apa-apa, tiba-tiba aku kena macam ni. Ape kejadahnya semua ni?! Aku rasa macam diri aku ni kena pijak-pijak, kena tendang, kena gelak, kena hina, kena kencing, kena main, kena bodoh, kena itu, kena ini, semua pun kena! TOLONG BAGITAHU APA SALAH AKU???!!!!!!

Aku rasa tertekan dengan keadaan sekarang. Aku cuba ambil sikap ignorance sebelum ni, abaikan perkara yang boleh timbulkan konflik tu. Aku tak mintak pun untuk disayangi walaupun aku tahu yang aku dah disayangi, aku tak mintak untuk dicintai walaupun aku tahu yang aku sebenarnya pun memang mencintai. Aku tak kisah semua tu, aku cuma nak abaikan perkara yang boleh timbulkan konflik. Tapi aku tak faham kenapa masih lagi timbul. Kalau timbul tapi tak kacau emosi aku, aku pun tak ada masalah. Yang jadi masalahnya sekarang ni, timbul dan kacau emosi aku! Kau mungkin tak ambil peduli langsung pun hal aku, masa depan aku, tapi benda tu tetap menyakitkan hati aku! Saya sangat berharap perkara tersebut difikirkan semula, dinilai semula sebab ia melibatkan maruah, harga diri awak. You can say anything, tapi hakikatnya benda ni memang menyakitkan hati saya. You can make a choice, take a step to mend it, betulkan balik macam the past few weeks, months, and I really hope that you would do it. The choice is yours, please I beg u, jangan buat macam tu. SAYA BUKAN BODOH TAK TAHU APA YANG BERLAKU! Please.

2.10 am, nothing buat aku. Dulu aku dah biasa tak tidur bila hadap masalah. Cuma kali ni tekanan lebih sebab aku ada banyak kerja perlu diselesaikan. Biasalah, bila dah minggu ke-8 macam ni, test melambak, lecturer meroyan. Hidup tunggang-langgang macam ni. Permasalahan macam ni boleh tarik aku untuk berfikir sampai pagi, sampai esok. Berat mata membaca, berat lagi bahu yang memikul. Aku terpaksa tulis dalam keadaan stress. Itu sajalah cara untuk aku buat, kalau aku tak buat macam ni, aku takut nanti tak pasal-pasal aku lari hilang tiba-tiba. So, at least aku ada tempat untuk aku luahkan rasa kanser hati ni. Biarlah orang nak cakap celupar ke apa pasal kanser tu, sedangkan hati aku pedih macam ni pun takda orang nak peduli, ingat kalau aku kena kanser ada yang nak ambik tahu? Entah, aku pun tak tahu. Pedulikan, biarkan, abaikan. Aku takkan pernah give up sebab aku tahu ada peluang untuk ubah keadaan. TAPI GUA MEMANG TENGAH STRESS MACAM NAK MAMPOS LAAA!!!!!

Kah kah kah...