Ia Bukan Mudah 0

nmhafiz | 11:08 PM | , ,

These few days, few weeks, aku banyak fikir pasal hubungan. Bukan sebab aku nak jadi jiwang tapi sebab aku taknak buang masa dengan hubungan yang tiada matlamat. Matlamat aku sekarang nak menikah dan aku yakin masing-masing sudah tahu apa yang hendak dikejar. Kadangkala aku jadi takut nak tulis panjang sebab takut nanti orang tersalah faham sebab biasanya yang faham apa cerita yang berlaku dalam kisah aku ni cuma aku sorang je. But I keep on writing on those kind of things. Ye la, bila kepala dah berserabut, nak mengadu kat siapa pun aku tak tahu, nak bercakap dengan siapa pun tak tahu, ayat-ayat yang tertulis tu semuanya pun jadi mengarut. Walaupun ada masa aku ni takda idea, tapi bilamana tangan aku mula menaip kat keyboard ni, macam-macam cerita yang keluar. Dan sebab tu jugak la ada sebahagian tulisan aku tu macam tak habis cerita sebab dah tak larat nak perah otak.

Beberapa hari kebelakangan ni aku cuba untuk buat perubahan. Aku tahu ada pelbagai halangan depan mata aku sekarang ni. Kena menyertai program politik yang tak sehaluan dengan aku, kena clamp tayar kereta, kena buat tugasan dengan tak rela, kena interview tiba-tiba, kena itu, kena ini dan macam-macam lah. Tak mati aku ditimpa hujan, tak cair aku dipanah mentari. Biasalah tu, memang dah lumrah kehidupan ada masalah ada kegembiraan. Kalau gembira sokmo tak dipanggil kehidupan namanya. Mudah.

Ada yang kata, untuk kita mudah mencapai suatu matlamat tu kita kena visualize dulu setiap perinciannya. Betul, tak silap pun. Albert Einstein, yahudi laknatullah yang dikatakan manusia paling genius di alam maya ni pernah berkata, 'Imagination is better than education'. Salah ke? Who cares, aku takde bantuan google tatkala aku menulis ni jadi cacamerba la sikit. Betul, kita kena visualkan kadangkala semua matlamat kita tu dan tujuannya ialah untuk menaikkan semangat. Bila semangat dah membara, rambut pun dah jadi macam Super Saiya, kita punya goal tu terasa dekat sangat depan mata. Itulah sebenarnya yang membuatkan kita rasa mudah untuk mencapai matlamat kita tu. Konsep yang senang nak diterima akal.

Tapi senang di mata orang, belum tentu senang di mata kita. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Kejayaan tu bukan dengan petikan jari, bukan datang sekelip mata. Kalau kita ada bergulung ijazah pun, kalau sendiri malas nak usaha, pun tak jadi jugak. Kalau kita berkerjaya hebat, tapi sendiri ambil mudah setiap perkara, pun tak jadi juga. Kena selalu ingat bahawa kejayaan tu bukan sekadar belajar tinggi, bukan sekadar berkerja hebat, tanpa usaha dan yang lebih penting tawakkal, belum tentu kita boleh berjaya. Kejayaan tu menuntut bermacam-macam syarat. Masa, doa, usaha, ikhtiar, tawakkal, semua tu perlu ada dalam satu pakej, tak boleh tinggal salah satu, tak boleh ambil salah satu, semua mesti ada sekali. Allah tu yang memberi rezeki, bukan ijazah, bukan syarikat, bukan jugak kerajaan. Semua datang daripada-Nya, jadi perlu ada penyerahan jugak kepada-Nya. A simple fact which not everyone can do, terutama bila diberikan sedikit nikmat.

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Tanpa usaha, dan tawakkal, tak mungkin satu kejayaan tu akan dapat dicapai. Jadi jangan anggap semua benda itu mudah. It may looks easy but it's not that easy actually. I pray hard, I play hard. Harap-harap kerja keras ni akan berbalas tak lama lagi. InsyaAllah. 

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perkenankanlah permintaanku, dan berilah kejayaan kepadaku. Hanya kepada-Mu aku berserah, dan kepada-Mu sahaja aku memohon pertolongan. Amin~

0 Responses So Far: