K A R M A 1

nmhafiz | 1:41 AM | ,

Karma merupakan satu kepercayaan di mana setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, dan keburukan akan dibalas keburukan. Secara amnya karma merupakan satu kepercayaan dalam sebuah agama tetapi sekarang ni terma karma tu dah jadi universal dan aspek agama tu diketepikan. Tak salah pun kalau nak percayakan karma tu sebab dalam apa agama sekalipun, dalam ideologi mana pun, akan ada satu pegangan bahawa kebaikan itu, walau macamana bentuk kebaikan pun, akan dibalas dengan kebaikan, walau bagaimanapun balasan kebaikan tu. Macam tu jugak dengan keburukan. Takde agama dalam dunia ni yang ajarkan kebaikan dibalas dengan keburukan. Mungkin ada, satanisme la kot. Haha.

Dulu aku tak suka nak mengaku yang aku percayakan teori karma tu. Mungkin disebabkan bunyinya karma yang menunjukkan ideologi tu datangnya dari terma agama. Tapi sekarang ni disebabkan perkataan karma tu dah diuniversalkan penggunaannya, dah terlalu luas applikasinya, maka aku harus mengaku yang aku sebenarnya akui teori tu betul jugak. Tapi aku bukan percayakan karma dari segi keagamaan tu, sebab aku lagi percaya yang Tuhan tu Maha Adil. Betul, konsepnya sama cuma aturan ayat dan perkataan je yang lain. Kalau konsep sama, baiklah aku ambik yang lebih dekat dengan aku, kan?

Sebelum ni ada cerita cerekarama kat tv3. Lupa dah tajuk apa tapi ada perkataan 'noda' camtu la. Cerita pasal Karina (Fasha Sandrol) yang curang kat suami dia Azrai (Roy Azman). Aku bukan tak suka cerita ni tapi cerita ni tergantung sampai aku naik menyampah. Bab gantungan cerita tu je dah makan 30 minit, macam dah takde idea. Bukan apa, aku tengok jam masa suami dia ceraikan dia tu lebih kurang 10.25pm camtu, sampai kesudah tunjuk pompuan tu jadi gile. Part penting yang masuk pun masa kena halau dengan adik dia, menangis kat kubur bapak, dengan mati kena langgar (cerita melayu kalau orang derhaka masa zaman moden wajib kena langgar kereta). Ok, bukannya aku nak kondem cerita tu dalam posting ni, tapi aku nak ulas situasi yang jadi dalam cerita tu. Ada orang pelik bila tengok dalam cerita tu betina tu siap main luar lagi walhal laki dia baik. Terus terang aku cakap yang aku pernah tengok situasi macam tu masa aku menjalani kehidupan di KL dulu, live depan mata, isteri yang umur dah tua tapi perasan muda dan tak sedar diri bawak boyfriend balik tidur kat rumah dengan pengetahuan anak-anak sendiri masa sang suami outstation. Reality, yo! Bukan main-main, bukan mereka cerita.

Bagi aku, setiap perkara baik yang kita lakukan, akan tetap dibalas dengan kebaikan. Tak kisah la balasan tu datang sekelip mata ataupun mengambil masa yang lama, tapi aku percaya balasan tu akan dapat jugak. Dan bagi perkara jahat, buruk, teruk, yang kita lakukan lambat laun akan dibalas oleh Tuhan jugak. Aku selalu ingatkan diri aku kalau-kalau terlepas cakap, 'Padan muka dia tu kena camni camtu. Tu la, dulu buat kat aku, sekarang kena balik kat dia.' Aku beringat bukan apa, ayat tu dah jadi macam riak sikit. Kita ni manusia, bukan nabi, bukan rasul. Ya, mungkin kita ada teraniya sebelumnya, tapi kena ingat, balasan tu Tuhan bagi bukan sebab kita tapi sebab Tuhan nak bagi kat dia. Kalau kita cakap orang tu kena camtu sebab dia buat kat kita, agung sangat ke diri kita ni? Kalau kita rasa diri kita agung, baik, kenapa kita 'padan muka'kan orang tu, kan benda tu tak elok. Lagi satu, yakin sangat ke benda tu jadi sebab kita? Apa, awak tu boleh SMS Tuhan ke nak tolong balaskan dendam awak tu? Kalau boleh, ok, saya taknak bantah ayat awak tu. Fikirkan elok-elok ayat tu.

Aku tak ambil kisah sangat sebenarnya pasal karma ni. Bagi aku yang penting ialah kita buat kebaikan, dan dengan ikhlas. Yakinlah bahawa Allah tu Maha Adil, Dia akan tetap bagi balasan kat hamba-Nya walaupun kita ni buat kebaikan tu sekecil zarah. Aku juga selalu ingatkan diri aku sendiri jika timbul rasa dendam teramat, sudah-sudah la dengan dendam tu, buat apa nak buat jahat kat orang, kita buat baik je sudah. Kalau Tuhan dah tunjuk keburukan yang orang tu buat kat kita, maknanya Dia nak beri peluang kat kita untuk lihat dunia ni dengan lebih luas. Dan kalau dia pun beri peluang kat kita, kenapa kita ni sesama manusia pun menidakkan peluang untuk orang lain, mendiskriminasi hidup orang lain, sedangkan Allah Yang Maha Agung tu pun tak buat camtu. Ok, mungkin ada yang akan kata 'Aku ni jenis yang keras hati', the question is 'Do you think that you are a God's mistake, a failure product?' Korang rasa Allah tu buat silap ke dengan menciptakan korang camtu? Ingat, setiap manusia ni dilengkapi dengan akal untuk berfikir, jadi keras tak keras tu bukan satu alasan. Jadi fikirkan elok-elok, jangan asyik menyalahkan Tuhan. Ok, pesanan terakhir, kalau taknak kena tindas, kalau taknak kena sakit hati, kalau taknak kena kecewa, kalau taknak kena pijak, kalau taknak kena marah, jangan buat kat orang. Tak kisah la atas apa alasan sekalipun, jangan buat kat orang. Kalau jalan tu dah ditunjuk, just go with the flow, play the game and play it fair, InsyaAllah, akan ada kebaikan dan kegembiraan dalam setiap keikhlasan.

Bila ingin melihat masa lalu mu,lihat keadaanmu sekarang. Bila ingin melihat masa depanmu, lihat apa yang kau lakukan sekarang.

1 Responses So Far:

tomatoo said...

wat goes around come around.. :)