My Best Friend's Girl 0

nmhafiz | 12:38 AM | , ,

Ok, ini cerita kehidupan, mengenai sifat kematangan, cara berfikir dan menghadapi realiti masa depan.

Kisah bermula bila '8' berkenalan dengan '1', kemudian berkenalan dengan sahabat '1' iaitu '2'. Hubungan '8' dan '2' menjadi erat dan timbul bibit-bibit cinta dalam hati '8'. Pada suatu hari terbongkar kisah bahawa '2' sudah ada seseorang istimewa, '6'. '8' kecewa dan meneruskan hidup dengan hati yang lara. Takdir tuhan memberikan peluang '8' berkenalan dengan '3'. Hubungan '3' dan '8' seperti biasa, cuba melangkah ke alam yang lain. Rupa-rupanya '3' adalah rakan '1' dan '2', dan '3' langsung tidak tahu kisah '8' dan sahabatnya sebelum ini. Lantaran masih terbelenggu dengan kekecewaan dari kisah yang lalu, '8' mengelakkan diri dari '3' atas alasan perbuatan '2'.

[penggunaan nombor sebagai ganti nama sebab aku rasa takda orang yang nama ada nombor!]
Jadi daripada kisah ini, terdapat suatu konflik kehidupan yang tidak mustahil akan berlaku dalam hidup kita di dunia ini. Setiap kisah yang pernah terjadi dalam hidup manusia, samada terjadi dalam hidup orang luar, hidup rakan-rakan terdekat, ahli keluarga, mahupun yang kita hadapi sendiri, sepatutnya kita ambil secara tak langsung untuk memotivasi diri dan mematangkan pemikiran. Dalam kisah yang terjadi, perbuatan '2' yang merahsiakan hubungannya dari '8' telah mengakibatkan '3' menanggung beban kesalahan. Namun harus dilihat bahawa cara pemikiran '8' harus lebih matang dalam menghadapi cabaran hidup, dan '3' juga 'kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih', haruslah berusaha untuk memperbaiki keadaan yang berlaku supaya tiada rasa prejudis '8' terhadap dirinya dan lenyap rasa kecewa terhadap apa yang dilakukan oleh rakannya dahulu.

Usop yang tak bersalah
Kalau dilihat satu per satu, bermula dengan '8'. Dia mungkin merupakan seorang yang masih lagi muda, belum berfikiran cukup matang, dan mungkin juga pertama kali mengenali erti percintaan dalam dunia remaja. Tidak dinafikan samada remaja lelaki mahupun wanita (aku tak sebut dia lelaki/wanita, jadi anggap general cukup la), memang sebenarnya mudah jatuh cinta. Lelaki akan mudah tenggelam bila wanita melemparkan senyuman, wanita akan mudah cair bila lelaki melontarkan kata-kata manis. Itu adalah lumrah kehidupan. Jadi adalah boleh kita ambil kesimpulan yang dalam kisah ini pemikiran '8' adalah masih lagi hijau, masih lagi muda dan perlu banyak bimbingan. Dan untuk sesiapa yang terasa berpemikiran yang sama seperti beliau, jangan cuba mempertahankan cara pemikiran anda seandainya ada yang memberi nasihat. Ambil dan fikir dengan teliti kerana pemikiran ini mencerminkan betapa matang kita dalam menghadapi kehidupan dunia. Aku tahu apa yang terjadi yang pernah melukakan hati memang suatu yang amat sukar untuk dilupakan, tetapi ia adalah tidak mustahil untuk dilupakan. Kematangan fikiran dan kekuatan mental seharusnya menjadi tiang bagi memandang terus kehadapan, walau bagaimana hitamnya kisah di belakang kita.

Aku malas nak komen pasal '2' sebab itu kesalahan yang sangat common, iaitu bermain kayu tiga. Nak bahas camana pun tetap jadi kesalahan, jadi teruskan dengan kisah '3'. '3' dalam kisah itu menjadi penanggung secara tak langsung bagi kesalahan yang dilakukan oleh sahabatnya. Akibat daripada apa yang dilakukan oleh '2', hubungannya dengan '8' terjejas walaupun dia sendiri tak pernah ambil tahu apa yang pernah terjadi dahulu. Tapi kalau difikir dari segi logik dan sudut positif, dia seharusnya mengambil langkah bijak dengan menasihati dan terus meyakinkan '8' dengan apa yang sedang dihadapi, tambahan '8' pun masih lagi muda dan perlukan penasihat dalam hal-hal sebegitu. Jadi secara tidak langsung dia dapat menunjukkan betapa matangnya pemikiran dia dalam membimbing '8' dan juga dapat mematangkan cara berfikir oleh '8'. Itu seharusnya yang berlaku dan itu rasanya setakat ini yang berlaku.

Jadi, kesimpulan dalam kisah yang aku mengarut kat atas tadi, dalam hidup kita perlu sentiasa berfikiran positif dan jangan endahkan apa yang dah terjadi di masa lalu. Apa yang dah terjadi tu tetap terjadi dan menjadi sejarah, tapi yang lebih penting adalah apa yang bakal kita hadapi esok hari dan mampukah kita dengan cara pemikiran kita yang sebegitu dan sebegini, menghadapi cabaran yang bakal tiba hari esok? Ambil tahu apa yang pernah terjadi, kutip setiap pengajaran dari kisah lalu, dan jadikan motivasi diri untuk menghadapi masa depan yang lebih cemerlang.


Thinking of what have happened, makes me wiser each and every day.

0 Responses So Far: