M I M P I 3

nmhafiz | 7:10 AM |

Mimpi itu ada 1001 cerita yang tak dapat kita ketahui kebenarannya. Ada yang kata mimpi itu mempengaruhi apa yang kita selalu fikirkan, mimpi itu boleh mengandaikan masa depan, dan pelbagai lagi. Dah berjuta mimpi yang datang dalam setiap malam aku. Dari mimpi gembira, mimpi bertunang, mimpi kejar hantu, mimpi dikejar hantu, sampaikan mimpi diusung dalam keranda dan dibawa ke perkuburan. Apa makna semuanya? Satu pun tak dapat aku tangkap. Andai mimpi itu ada kebenarannya, bagaimana pula dengan mimpi aku bersama Lisa Surihani? Adakah satu kebenaran juga? Bagi aku semuanya hanyalah mainan tidur, tidak lebih dari itu.

Jika bercakap tentang mimpi, ramai yang kata mimpi itu boleh diramal. Sehebat manakah seseorang dalam meramal mimpi? Bukankah meramal mimpi itu ada unsur khurafat sepertimana menilik masa depan tidak kira dari bilangan tarikh lahir, jumlah dan kedudukan tahi lalat ditubuh, atau apa sahaja yang berkaitan dengan renungan dan ramalan perkara yang belum terjadi. Andai segalanya boleh ditafsir dengan mimpi, aku pasti bahawa nasib setiap manusia itu akan dikhabarkan bertukar-tukar setiap kali bangkit dari tidurnya. Hakikatnya mimpi itu hanyalah sekadar mainan minda tatkala otak sedang direhatkan. Tidak ada yang terlalu istimewanya kerana ianya sekadar lakonan layar disaat tidur.

Ada yang takut dengan mimpi, ada yang terlalu obses dengan mimpi. Kita hendaklah sentiasa sedar bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam mimpi, apa sahaja boleh dimainkan dalam mimpi. Ada benarnya kemungkinan wujud gangguan luar dalam mimpi tapi semestinya ia mempengaruhi setiap atau mana-mana aspek dalam kehidupan kita. Ada sesetengah dari kita mengharapkan untuk bermimpi indah setiap kali sebelum tidur namun tidak ada yang boleh kita kawal dalam mimpi. Kita tidak mungkin tahu ada berapa episod mimpi yang kita lalui setiap malam. Kita tidak ada kuasa untuk meletakkan sesiapa pun sebagai watak di dalam mimpi itu. Apa yang kita idamkan belum tentu akan masuk dalam mimpi.

Kesimpulannya, mimpi itu hanyalah sekadar mainan tidur, nikmat yang Allah kurniakan dalam tidur. Jangan disalah ertikan kurniaan tu dengan membuat ramalan yang tak menentu. Sentiasa anggap ianya hanya sekadar wayang gambar dalam tidur. Tidak perlu diberatkan dengan rasa takut, rasa risau, dan pelbagai lagi. Ada yang boleh diambil pengajaran dan ada yang haeus dibiarkan begitu sahaja kerana kita takkan tahu apakah maksud sebenar mimpi itu, samada ada maksudnya ataupun tidak pun tidak dapat kita pastikan. Jadi yang terbaik ialah menganggap ianya hanya sekadar mainan di dalam tidur, tidak lebih dari itu.

3 Responses So Far:

Syiela O-lala said...

Kalau mimpi kawin dgn anak raja best jgk kan? :p

cahaya keharumanku said...

pih...mimpi boleh jd byk benda pih..ilham mimpi..mimpi mainan syaitan..mimpi petunjuk..mimpi firasat..masa kita tidur, kita separuh mati,,roh kita xbersama jasad, masa tu la syaitan berebut2 nk memperdaya..n masa tu juga malaikat penjaga hati blawan nga nafsu/iblis..kedudukan n tempat roh kita masa tidur tu mempengaruhi mimpi kita..wallahualam..utk kepastian, tnya org lebih arif

Mohamad Sazriman Parman said...

rasanya tak boleh kita anhgao sebagai mainan tidur, macam Cahaya Keharumanku cakaplah, mimpi tu banyak kategori. Mimpi bukan diramal, tapi ditafsirkan. Hanya orang tertentu yg diberikan anugerah mentafsir mimpi ni. Allah x menciptakan sesuatu tu sia2.