Sampai Bila ? 3

nmhafiz | 11:54 AM | ,

Apa nak jadi dengan aku ni? Aku sendiri pun naik runsing fikirkan pasal diri aku, ingat ada orang yang nak tumpang fikirkan pasal hidup aku? Memang tak la kan. Hampir setiap malam aku terasa hati, seminggu paling tidak 7 kali, memang tiap malam la. Tapi masih lagi aku berdiri, masih lagi aku menanti, masih lagi aku tak nak berhenti. Gila kepala hotak hang la kalau anggap benda tu semudah ABC. Aku tahan dah bagai nak rak, orang lain masih lagi menyulam janji yang tak ada erti. Mata aku terpampang segala situasi, orang lain sebutir haram pun tak reti. Kalau ikutkan memang nak aje aku potong dia biar senang sikit jalan aku ni.

Macam nak pecah dah kepala. Satu malam demi satu malam benda yang sama, nasib baik la siang tu umpama satu terapi perubatan untuk aku siapkan diri malam nanti. Tapi keputusannya tetap sama, bila malam kena jugak akhirnya. Kau orang ingat sedap sangat makan hati? Kalau makan hati banyak sangat boleh kena gaut tau tak? Walaupun bukan 'killer disease' tapi itu dalam kategori 'painful disease'. Maknanya walaupun tak mati tapi menyeksakan. Nak kata seksa tu, heh, dah macam makanan ruji aku la. Ni yang kat dalam ni dah jadi lali dengan semua tu, tinggal nak pecah je lagi.

Bila difikirkan memang letih jugak aku macam ni. Bukan senang nak hadap benda macam ni. Kalau tak kuat iman silap haribulan ada yang bunuh diri, ataupun bunuh orang. Tapi disebabkan aku rasa dah bertanggungjawab atas apa yang terjadi, aku akan tetap dengan jalan yang ini. Biarlah orang nak kata jalan ni tak tentu lagi, habis takkan nak tunggu mati baru nak ambil peduli. Silap menyesal nanti dikemudian hari baru dah akal empunya diri. Disebabkan benda dah jadi la aku takkan berhenti. Aku ni pegang nama orang, bawak harga diri orang, jaga kehormatan diri orang, taknak sampai satu masa aku ni dikatakan lari dari tanggungjawab. Kalau aku dah pegang, sampai mati pun aku takkan lepaskan.

Aku tahu hala tuju aku. Aku dah rancang setiap satunya mengikut jalan dan masa tertentu. Biarlah orang nak pertikai apa aku buat, tapi aku tahu aku buat ni bukan kosong. Aku takkan cerita apa sebabnya, aku pun taknak cerita apa puncanya, tapi kalau bijak sendiri pun faham keadaan tu. Selagi ada kemahuan, selagi ikhlas apa yang dibuat, insyallah akan sentiasa ada jalannya. Jangan anggap bila dah selesa dan serasi tu tak perlu nak bersusah, sebab tak tentu lagi yang di depan tu tertulis atau tidak. Atas sebab tu la aku tak putus berdoa, tak henti berusaha, tak lena tidur memikir, tak hirau apa orang cerca. Selagi ada hayat ni aku tetap teruskan, biarpun satu hari nanti aku terlentang mati tengah jalan. Kalau berusaha tu biar sampai mati sebab hidup ni hanya sekali. Jangan asyik persoal 'sampai bila?'.



"Tidak penting dimana atau bagaimana kita bermula, tetapi penting dimana dan bagaimana berakhirnya kisah kita."