K E L I R U 0

nmhafiz | 2:59 AM | ,

Sebenarnya.

Aku tak berapa nak tertekan, cuma ada masa aku tak suka benda camtu diulang cerita. Hey, cukup la sekali berita tak perlu nak ulang kata dua, telinga aku bukannya besi tempa, bukan juga kulit buaya, masih mampu dengar dengan jelas setiap nada, insyAllah. Tapi adakala manusia ni saja nak bergurau senda, nak bermadah tinta, anggap semua itu hanya mengundang ceria, anggap semua itu tiada yang menyakitkan jiwa, tapi hakikat sebenarnya? Semua ada hati, ada rasa, ada jiwa, ada marah, ada kecewa, ada gembira, ada ceria, ada bahagia, ada duka, ada sengsara, ada itu dan ada ini. Semuanya pun ada. Hidup ibarat berdiri di cermin muka, apa yang buat kita terasa, begitu juga dengan orang yang lainnya, tak perlu diulang semula.


Sebenarnya.
Aku sedar apa ada depan mata, sedar apa ada di genggaman sendiri. Benar cabaran aku bukan sekecil anak, bukan juga sepantas kilat, tapi banyak yang harus aku buat. Satu per satu aku hadap, semuanya aku tahan. Mungkin nyawaku tak sepanjang mana, semua orang pun sama. Tak siapa mampu tahan apa yang aku rasa, tapi aku tahu Dia berikan aku 'yang ini' kerana Dia yakin aku mampu hadap semua. Sebenarnya aku bencikan pesaing. Aku tahu sekelip mata dia boleh aku lenyapkan, aku tahu sepatah kata boleh buatkan dia tiada, tapi apa perlunya? Kalau aku nak guna semua tu, bukan sekarang, akan ada waktunya nanti, lambat laun akan tahu juga, melainkan aku yang kini sudah tiada lagi di dunia.

Sebenarnya.
Bukan tekanan yang aku kisahkan, semua pun ada tekanan. Bukan seksaan yang aku kisahkan, semua pun ada rasa terseksa. Tapi ada masa aku teringin rasa penghargaan, bukan dibalas perbandingan biarpun hanya sekadar gurauan. Neraca sabarku ini ada batasnya, cuma aku tak tahu di mana hujungnya. Belas rasa seseorang insan tu aku harapkan, bukan hanya sekadar hari ini esok lusa tapi untuk aku sematkan selamanya, biar sampai hari aku sudah tiada. Sebenarnya, aku tak suka dibanding tara, andai nak letakkan adil sebagai ukuran, biar sama dibanding bukan sebelah pihak saja. Sebenarnya, aku kejarkan kebahagiaan sepenuhnya, yang kini berada di depan mata dan hanya menanti masanya tiba. Itu yang sebenarnya. Sebenarnya.

"18 ogos 2011, aku tidur dengan penuh perasaan keliru "

Tiada Jaminan Untuk Esok Hari... 0

nmhafiz | 12:55 AM | ,

Andai aku sudah tiada, 
Mungkinkah ada yang terasa, 
Akan adakah yang cari di mana, 
Adakah yang akan kecewa, 
Atau semua hanya ketawa. 

Andai aku sudah tiada, 
Mungkin ramai yang lega, 
Al-fatihah hanya pada hari mula, 
Esok lusa tiada lagi doa. 

Andai aku sudah tiada, 
Akan ada yang hilang kasih, 
Akan ada yang rindu sayang, 
Akan ada yang terkenang, 
Akan ada yang mencari, 
Akan ada yang menanti, 
Akan ada yang bersedih, 
Akan ada yang menangis, 
Atau tiada siapa yang ambil peduli. 

Andai aku sudah tiada, 
Dia mungkin punya yang lain, 
Umie mungkin ada yang lain, 
Abah juga punya yang lain, 
Sahabat pun ramai yang lain, 
Ada tiadaku bukannya penting. 

Andai aku sudah tiada, 
Di sana mungkin ketawa, 
Di sana mungkin bahagia, 
Di sana mungkin gembira, 
Di sana mungkin lebih alpa, 
Di sana mungkin tiada apa, 
Di sana mungkin bukan serupa. 

Mungkin ada hikmahnya, 
Andai aku sudah tiada, 
Terima kasih atas segalanya.