I'm never gonna brokedown. 2

nmhafiz | 2:57 AM |

Entah. Susah aku nak huraikan semua kekusutan dalam hidup aku ni. Satu per satu aku handle, satu per satu datang balik dalam tak sedar. Kadangkala aku rasa letih nak hadap semua, biar aku pendam sampai jadi kanser dalam tubuh aku ni. Orang pandang hidup aku senang, ada yang pandang hidup aku ni susah, ada yang bagi kesian pulak dengan keadaan hidup aku. Please, aku tak perlukan kasih simpati orang, aku hidup tak pakai nafas, hidung, jantung, paru-paru orang, I know how to take care of myself. Biarpun sekusut mana, seraban mana, sesusah mana pun hidup aku, taulah aku nak hadap sendiri.

Entah. Aku tak tahu nak kata camana. Apa yang aku buat ni salah ke betul? Setakat ni aku rasa belum ada yang salah lagi. Kesalahan aku yang lalu tu dah lama lepas, nak ungkit pun tak mampu dah. Letih aku nak fikirkan semua yang jadi. Banyak lagi hal aku nak uruskan. Tapi aku ni perlukan seseorang untuk bercakap. Aku taknak suruh orang ingat apa yang aku buat, nanti jadi macam tak ikhlas, jadi macam mengungkit. Tapi kadangkala aku rasa macam aku ni kerja part time. Bila nak anytime boleh call, bila taknak aku mati pun tak perlu nak ambil pusing. Betul, life goes round and round and round, tapi setiap round tu kita jumpa benda yang sama kalau round yang sama. Apa aku ni tak diperlukan, atau hanya diperlukan kala perlu? Serupa kerja part time la macam tu. Letih nak hadap.

Entah. Aku tak tahu kenapa, dalam diri aku dah rasa lain macam. Betul aku rasa FAKAP bila dah tau tipu, tapi sebab benda tu aku tau sendiri dulu sebelum terbocor so meresap tak meresap, meresap jugak la. Aku takut dengan rasa dalam kepala aku, dalam minda aku, yang bermain dalam hati aku. Sumpah aku tak tahu nak buat camana dah, just go with the flow. Aku rasa tercabar bila dikaitkan dengan benda masa lalu, dan hakikatnya aku pun ada akal, hati dan perasaan untuk rasa sakit. Aku taknak bila sampai satu tahap aku meletup, benda yang orang tak suka, aku pun tak suka, benda tu aku buat. Masa tu baru tau erti penyesalan, jangan kata aku tak pernah buat. Sekarang ni aku masih lagi menimbang tara, mana satu yang aku nak buat, mana yang terbaik. Semuanya atas tangan aku.

Entah. Aku tak suka nak susahkan orang. Biar aku susah sendiri tapi aku kalau boleh taknak susahkan orang. Tapi kadangkala orang sedikit pun tak pandang, aku ni macam pasir tepi jalan, tak diendahkan langsung. Aku pun manusia, punya hati jugak, punya naluri, ada otak macam korang semua, untung nasib aja yang mungkin berlainan, semua tu orang tahu. Aku kadangkala jadi stress, itu pasal malam ni aku bersilat dengan bantal kat atas katil ni sambil tulis blog. Dulu aku pernah tulis, kalau penuh blog aku maknanya aku terlalu banyak masa terluang, sekarang ni aku terlalu sibuk, nak tulis pun sekadar ada masa sekejap, jadi lah asalkan hilang sikit penat otak aku ni. Entah la. I'm broke and I'm down, but I'm never gonna brokedown. Tunggu je lah.