I'm not getting older, I'm getting better. 2

nmhafiz | 7:06 AM |


Tajuk orang putih. Translate ikot Melayu. haha.

Seorang kawan bertanya, “Tahun ni takde wishlist ke?”. Aku jawab “Takde”. Tapi bila pikir-pikir balik, rugi la pulak kot-kot ada sape-sape nak bagi hadiah.
Jadi, sempena ulang tahun hari lahir aku ni nanti, aku tidak meminta lebih.. Alang-alang ada orang tanya tu.. aku mau…
Nikon D7000
Harga lebey kurang RM3 ribu lebih saja. Tengs.
Oklah.. kalau tak mampu aku bagi diskaun la..
BlackBerry Curve 9360
Yang ni RM1200 je. Jasamu dikenang, tengs.
Oh, oh.. semua kawan-kawan telah lari menyembunyikan diri dan tidak lagi menggelarkan dirinya kawan Nik Mohamad Hafiz. Oh, oh.

Kawan, tak perlu belikan kamera atau BlackBerry. Cukup dengan mendoakan aku yang baik-baik saja.

Aku mengharapkan rezekiku murah sentiasa, amin.
Aku mengharapkan iman dan amalku bertambah, amin.
Aku mengharapkan tubuh badan yang sihat sentiasa, amin.


Dan jika sampai ajalku, ampuni segala silapku, kawan.
Ya Allah, aku mahu berjumpa denganMu dalam iman dan Islam, amin.

2 Responses So Far:

naQiu said...

bare2 vintage x say ko?? hehe..

Nik Hafiz said...

@naQiukalu demo nok buwi kawe tetap amik. holor la holor. haha