Triple 11 3

nmhafiz | 12:00 AM | , ,

Nama aku Nik Mohamad Hafiz bin Ab.Kadir, 11 November 1990 tarikh bersejarah aku dilahirkan. Saat ini genap umurku 21 tahun, suatu angka yang masih dianggap muda pada umumnya, tetapi nak atau tidak aku harus menerima bahawa aku semakin melangkah ke arah tua. Semakin tua ertinya semakin dekat perjalanan kita menuju Allah. Kematian itu ertinya pulang menemui Allah dan itu juga pulang menemui cinta yang sejati dan abadi. Diharapkan dengan peningkatan umurku ini akan disusuli dengan peningkatan keimanan.

Dah 21 tahun aku lahir di dunia ni, but honestly I feel like I still don't achieve anything that can make my parent proud. Aku bukan tak sedar semua tu, cuma ada masa yang aku terlupakan semua tu. Semenjak aku lahir, belum pernah lagi aku terfikir yang sampai aku umur 21 tahun aku masih lagi tak dapat capai apa-apa. We never know what will happen next. Setiap gerak laku, setiap lontaran kata, setiap lenggok bahasa, belum tentu dapat menggambarkan apa yang akan terjadi esok hari. Jangan nak pandai-pandai kata korang boleh tahu apa akan jadi esok. If that was a fact-based prediction aku boleh terima, tapi kalau berkaitan dengan ketentuan Tuhan, tak payah nak tunjuk pandai. Manusia, bila belum terkena kat batang hidung sendiri memang berani cakap macam-macam, tapi bila dah terkena baru tahu tinggi rendah langit. Sumpah aku katakan bahawa aku sekarang ni merasakan yang aku terlalu banyak mendatangkan masalah buat orang-orang sekeliling aku. Umie, abah, adik-beradik, pakcik-makcik, kawan-kawan. Bila terfikirkan semua tu balik baru lah aku faham PATUTLAH ADA YANG BUNUH DIRI SEBAB TEKANAN. Mintak maaf, statement tu bukan bermaksud aku akan mengalah dan akan buat sepertimana yang orang lain buat. Itu hanyalah pandangan dan konklusi aku dari apa yang telah terjadi depan mata.

I know that I'm not a good person, and I know that I can be a better person in the future. Aku tahu dan aku sedar kesilapan aku, Tuhan itu Maha Kaya, Dia beri aku peluang lagi untuk memperbaiki hidup aku, walaupun bagi aku sekarang ni dah agak messed up. Lepas apa yang terjadi ni baru aku nampak sebenarnya aku ni berada dalam sebuah institusi keluarga yang bagi aku sebenarnya cukup lengkap. Dan kata orang, dalam setandan pisang tu tak semuanya elok, pasti ada yang rosak. Sorry to say, but I feel I'm the rotten one. Dalam diam aku tersangat-sangat bersyukur kepada Allah S.W.T. di atas kurniaan-Nya yang tak terhingga ni. Aku dah nampak macam mana orang yang bodoh menghadapi masalah, orang yang tolol cuba nak selesaikan masalah, orang yang berlagak pandai cuba nak jadi hero. Semua nak pakai pukul-pukul. Ingat ni Afrika ke? Mintak maaf kalau ada yang terasa tapi bagi aku, berapa pun umur engkau, tinggi mana pun pangkat kau, tebal mana pun baju kau, tapi kalau akal tu panjang sejengkal, tak payah la nak menduga lautan yang maha luas. Umur tu tak menentukan kebijaksanaan, yang menentukan kebijaksanaan ialah kesedaran diri.

Buat semua yang membaca, terima kasih sebab meluangkan masa untuk baca blog ni. Ingat, segala yang kita buat pada hari ini belum tentu kita tahu apa akan terjadi pada esok hari, dan itu bukan sebab untuk kita duduk goyang kaki dan berpeluk tubuh. Hidup mesti diteruskan, whether you like it or not because what will happen tomorrow, we will never know...

Special sorry to someone who always close to my heart.. my family, my friends.
Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.

3 Responses So Far:

zatul.hasni said...

nice entry , totally agree with all the statement Mr.Blogger / keep it up.I like reading all of ur entry. sometime it give me the new spirit and realize something that i never seen it b4. thanx :)

noorul aisikin said...

happy birthday apis! :)
setiap orang ade kelebiham dia masing2 okey?

r-5 said...

hepi belated besday apis... xpo tuhan tu selalu ado untuk hambanya yang insaf dan ingin berubah. :)