Kuatkah Aku ? 0

nmhafiz | 11:03 PM |

Dalam mengharungi badai kehidupan, segala mehnah dan tribulasi yang datang menerpa, aku dikejutkan dengan keadaan yang takkan pernah aku jangka akan tiba sehebat ini. Beratnya hati menanggung rasa, pilunya jiwa tak terkata, kelu lidah, pahit tekak menahan derita, apa lagi yang harus aku buat, mana lagi nak aku campakkan kehampaan? Kata orang setiap usaha yang gigih dan ikhlas itu akan tercapai segala hajat. Nah, apa yang aku usahakan, semua yang dipermudahkan, sekarang ini apa yang dihajati tetap tak tercapai. Dusta semuanya itu dusta, dusta hakiki lantaran mainan duniawi. Janji manusia yang hanya mahukan kesenangan diri.

Kuatkah aku menahan segala ini? Aku dijanji segala macam hajat akan dipenuhi, aku diberi ihsan untuk merealisasikan mimpi, sekarang ini aku dilemparkan dengan kata dusta, dibuang sesuka hati, dibuang umpama sampah yang langsung tiada erti. Apa makna usaha selama ini? Apa perlu semua yang aku perolehi? Aku perlu aku ni dijanji kalau sekadar untuk penuhi kehendak diri sendiri? Kini bukan sekadar aku hilang apa yang aku hajati, apa yang aku gengam pun turut hilang bagai mimpi. Kuatkah lagi untuk aku berdiri? Mampukah lagi aku bernafas dalam kekecewaan serupa ini?

Segala yang aku usahakan itu cuma sekadar untuk puaskan hati, langsung tak bermakna untuk mata yang kononnya nak sangat lihat kejayaan diri. Itu semua hanya pembohongan, satu lagi pembohongan dari mereka yang cuma mahu ambil kesempatan atas diri ini. Ya, segala kesalahan itu terus campak dibahu ini, segala kesilapan orang lain itu terus letakkan di kepala ini, segala kekhilafan orang itu terus henyakkan pada hidup ini, itu memang saat yang sentiasa dinanti. Saat untuk melenyapkan kesilapan diri dan meletakkan salah kepada yang tak lagi ada erti. Itulah alasannya, tiada yang lain lagi.

Kuatkah aku untuk hadapi semua ini? Mampukah aku untuk teruskan hidup ini? Keraskah hati aku untuk tetap dijalan yang aku terpaksa, aku dipaksa lalu ini? Kuatkah aku? Mampukah aku? Cukup kuatkah aku untuk semua ini? Ya Allah, sesungguhnya Kau tahu aku sentiasa mencariMu dikala susah mahupun senang, ada masa aku terleka, ada masa aku terlupa, tapi kini aku merayu memohon kepadaMu, andai ini jalan yang terbaik untukku maka Kau kuatkanlah hatiku ini, tetapkanlah imanku, berilah balasan yang terbaik dariMu atas apa yang berlaku, sesungguhnya aku tetap redha dengan segala yang berlaku, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Apa kata kamu, jika aku katakan hidup ini hanyalah untuk menunggu mati ?
Apa kata kamu, jika aku katakan mati itu hanyalah suatu misteri ?
Apa kata kamu, jika 7 saat bermula dari sekarang kamu akan mati ?
Apa kata kamu, jika pemergian kamu - tiada seorang pun akan menangisi ?
Apa kata kamu, jika wujudnya segolongan manusia yang ketiadaan hati ?

Apa kata kamu, jika semua manusia memungkiri janji ?

0 Responses So Far: