Mengelamun~ 1

nmhafiz | 12:41 AM |


Saat bangkitku, 
Hanya namamu yang terlintas, 
Di mata, di hati, di minda, 
Kadang aku tercari, 
Mana pergi hadirmu di sisi, 
Oh, rupanya baru kusedari, 
Hari kita belum tiba lagi. 

Sepanjang hariku, 
Cuma wajahmu yang kurindui, 
Di kiri, di kanan, di ruang anganku, 
Kadang aku tersenyum sendiri, 
Terbayang saat bersama lagi, 
Oh, rupanya aku tersedar, 
Usahaku masih belum cukup lagi. 

Setiap malamku, 
Hanya dirimu aku ingini, 
Di baring, di pelukan, di sampingku, 
Ada masa aku terlalu rindu, 
Kala teringat masa berlalu, 
Oh, kini aku tersedar, 
Kau di sana menanti kejayaanku. 

Setiap jaga aku inginkan, 
Wajahmu yang pertama aku sua, 
Setiap siang aku inginkan, 
Tawa ria peneman yang ceria, 
Setiap malam aku inginkan, 
Kau mendakap kemas setiap tubuhku, 
Dahimu kukucup pengubat rindu, 
Rambutmu kubelai lembut, 
Tanda kasih sayang tiada bersyarat. 

Aku mengejar peluang hidup, 
Aku meneroka segala rezeki hidup, 
Apa yang aku perlukan hanya dirimu, 
Supaya semuanya terbalas lega hatiku, 
Supaya kau menjadi suri hidupku, 
Kerana kini di dalammu ada aku, 
Dan setiap nafasku selalu ada kamu.