Buat Sahabat. 0

nmhafiz | 3:17 AM |


Dari kecil sampai dewasa kita takkan pernah berhenti berkawan dan berkenalan dengan kawan-kawan yang baru. Bermula dari kanak-kanak kita akan berkawan dengan jiran tetangga dan saudara-mara yang sebaya, kemudian beranjak kepada kawan-kawan di sekolah, seterusnya kawan-kawan sekolej dan seuniversiti, dan juga kawan-kawan yang kita kenal secara tidak langsung samada dari kawan kepada kawan ataupun daripada bantuan perhubungan atas talian dalam jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Kita tidak akan pernah sunyi dengan kawan dan berkawan.

Dalam berkawan kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Ada kawan yang setia sepanjang masa, ada kawan yang setia bila memerlukan, ada kawan yang sedia sentiasa, ada kawan yang sedia menikam bila kita berpaling muka, ada kawan yang sentiasa ada setiap masa, ada kawan yang hanya ada bila ditimpa masalah, ada kawan yang rajin memberi nasihat, ada kawan yang rajin meminta nasihat, dan pelbagai jenis kawan lagi. Sungguh aku tak nafikan yang perkataan kawan tu sebenarnya sinonim dengan gambaran ceria, bahagia, penuh gelak ketawa, riang ria dan sebagainya. Tetapi aku juga sedar dan tahu bahawa bukan semua perkara itu indah seperti yang dibayangkan. Alhamdulillah setakat ini semua yang aku kenal masih lagi dalam mood untuk aku berbuat baik walaupun ada sebahagian kecil yang perangai macam anjing. Biasalah dalam kehidupan, ada yang depan pandang-pandang tapi belakang menikam, bak kata seorang yang dihormati dalam arena politik "tangan kanan ajak bersalam, apa maksud pisau dikiri?". Ada juga yang depan senyum-senyum, belakang tipu sini sana. Bagi aku itu semua adalah perkara normal dalam kehidupan, kalau semuanya indah macamana nak belajar erti sebenar kehidupan, kan?

Bagi aku, tiada diskriminasi terhadap kawan-kawan. Aku bukan tak sedar akan adanya mereka-mereka yang hanya menumpang bila senang, adanya mereka-mereka yang cuma mencari bila ditimpa masalah, adanya mereka-mereka yang cemburu dengan keadaan dan menabur fitnah kepada yang lain. Aku nampak terang dan jelas cumanya tak perlu rasanya untuk aku membalas semua kerana aku tetap berpegang teguh dengan fahaman bahawa Allah itu Maha Adil. Rasanya bukan hak aku untuk membalas perbuatan orang, biar Dia yang lebih berkuasa untuk meneruskan kehendak-Nya. Mungkin ada silap aku di sini sana, mungkin juga ada salahku di mana mana, mungkin juga ini kifarah buatku untuk memperbetulkan diri supaya lebih selesa di masa hadapan. Segala adalah ketentuan dari-Nya, tak perlu untuk aku memberatkan fikiran dengan persoalan yang tiada kesudahan.

Dulu pernah ada orang yang bertanya, 'Eh, ko kawan dengan die ke? Ko tak tahu ke dia tu *tuuutt *tuuuutt *tuuutt'. Bagi aku, kawan tetap kawan walau semacam mana buruk sekalipun kelakuan dia. Memang ada yang kata kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan dapat wanginya, tapi kalau penjual minyak wangi tu kentut bukan kita dapat bau kentut dia sekali, kan? Aku juga pernah rasa macamana aku terima bebanan atas fitnah kepada kawan aku sehinggakan ayat rejection untuk itu sudah lali masuk ke dalam telinga aku. 'Sorry boh, kawe takleh cayo ko demo sebab demo bersaen dengan ore hok kawe tak berkenan'. Kelakar tetapi logik dan realitinya memang ada terjadi. Sumpah la penipu kalau aku katakan aku tak rasa sakit hati dengan kejadian tu tetapi aku tetap tak memburukkan walau sekuman sekalipun kawan aku tu, he's still a friend of mine, yo! Lagipun tak ada untung untuk aku burukkan orang lain, dapat dosa kering lagi ada. Jadi terpulang kepada kematangan diri untuk terima atau tidak suatu situasi tu. Bagi aku perkara macam tu memang kena ambil masa sedikit, dan esok lusa pun tak tahu apa keputusan tapi dealing with that kind of situation really test your ability to make a decision. Bukan mudah tetapi tak susah, tahan je la dengan perjalanan masa.

Hari ini bukan Friendship Day. Tapi aku tahu setiap hari yang aku lalui, setiap hari yang kita semua lalui, kita akan sentiasa ada kawan, which makes everyday is a friendship day. Aku mengaku banyak masalah aku diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan berbanding ahli keluarga, tetapi itu bukanlah bermaksud aku meletakkan keluarga jauh di belakang kawan-kawan, Friends are friends, family is a must. Cuma mungkin situasi aku yang agak pendiam dalam keluarga berbanding rakan-rakan yang buatkan keadaan itu berlaku. Jadi buat semua kawan-kawan, samada kita kenal dari sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti, rakan kerja part-time, kawan futsal, penghuni rumah sewa, kawan dalam Friendster membawa ke Facebook, kawan yang mem'block' di Facebook, kawan kepada kawan, kawan kepada ex-girlfriends, kawan dalam kegiatan politik, dan sesiapapun walaupun kita cuma pernah bertemu di stesen bas dan bersembang barang 10 minit, terima kasih aku ucapkan. Walau apa pun yang jadi, KITA TETAP KAWAN LA!

Berkawan biar beribu,
Berkasih hanya satu,
Kalau rasa tergugat dengan aku,
Tak perlulah nak backstab sebegitu.




"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang 
lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" - ( Saidina Ali)

0 Responses So Far: