Travel and work in Aussie ? 0

nmhafiz | 1:00 PM |

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another.
Ladang Anggur

Kebelakangan ini aku sering menerima mesej rakan-rakan bertanyakan tentang bekerja di Aussie. Bermacam persoalan dilontarkan kepada aku tentang bagaimana hendak mendapatkan pekerjaan di sini, visa, permit, tempat tinggal dan sebagainya lagi. Aku membalas kesemua mesej-mesej tersebut dan kadangkala aku terpaksa menerangkan perkara yang sama berulang-ulang kali.

Jadi rasanya eloklah kalau aku menulis secara ringkas dan padat bagi menjawab kesemua persoalan yang sering ditanyakan kepada aku. Namun harus diingat, maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang yang masih baru disini dan mungkin aku akan memperolehi maklumat baru dari masa ke semasa.

Berikut adalah perkara-perkara yang rakan-rakan perlu tahu atau sediakan sebelum datang ke sini.

1. Visa

Hal ini sering menjadi topik utama kami disini, kerana keseluruhannya kami disini pemegang visa pelancong, dalam erti kata mudahnya 'legal to come but illegal to work'. Visa ini hanya valid setahun dan membolehkan untuk tinggal disini 3 bulan sahaja. Sepanjang aku berada disini belum pernah lagi aku terjumpa rakyat Malaysia yang bekerja ladang secara legal kecuali pelajar kerana visa mereka membolehkan mereka bekerja. Jadi ini selalunya akan merisaukan bakal perantau kesini bekerja, tetapi jika ketakutan itu diselubungi cubalah nasib dengan memohon visa working holiday di mana-mana pejabat imigresen Malaysia. Kenapa aku cakap cuba nasib? Sebab ia dikeluarkan terhad berkouta. Dan ada lagi satu cara untuk golongan profesional iaitu semak peluang pekerjaan di web gumtree atau mana-mana web yang menawarkan tajaan working visa. Tapi bagi aku ia tiada masalah. Memanglah ia berisiko, tetapi risikonya terlalu kecil sama kecil dengan peluang mendapatkan visa yang legal untuk bekerja. Lagi pun nak kerja ke nak travel sebenarnya? Haha

2. Tiket flight

Seeloknya belilah tiket terbuka (open ticket) kerana ia boleh menyelamatkan tiket pulang anda dari hangus terbakar diratah Air Asia begitu sahaja.

3. Kelengkapan yang cukup

Bawa 1 beg sahaja barang keperluan. Kumpul maklumat secukupnya mengenai Aussie contohnya mengenai sejarahnya, undang-undang, apa yang terlarang untuk dibawa ke sini dan yang paling sangat sangat sangat sangat penting adalah mesti tahu kemana hendak pergi, berapa lama, ada duit yang cukup dan tahu tinggal di hotel mana. Sebabnya, setibanya disini perkara itulah yang akan ditanya oleh pegawai imigresen. Seeloknya anda mempunyai duit poket sekurangnya AUD1000 kerana ia sudah cukup banyak bagi mereka untuk perbelanjaan seminggu (jika disemak). Jika tak mencukupi syarat semua ni kemungkinan besar akan dihantar pulang on the spot! Tetapi jika anda memiliki visa yang legal untuk bekerja, abaikan sahaja bahagian ini.

4. Kerja

Soal kerja pula, aku nasihatkan jangan terpengaruh dengan kata-kata manis ejen di blog-blog atau di forum. Aku dah sangat penat bernanah telinga mendengar rintihan rakyat Malaysia yang ditipu ribuan ringgit untuk datang ke sini bekerja tetapi tiada kerja kerana datang bukan pada musimnya. Tapi salah siapa? Salah ejen atau salah diri kita yang malas cari maklumat? Seeloknya cuba dapatkan kerja melalui kenalan atau saudara disini, bila dah tentu ada kerja barulah datang ke sini. Dan kepada bakal perantau yang berniat ingin datang bulan 1 ini, sangat bertuah kerana musim 'picking' bermula dan ini menyebabkan kebanyakan tuan ladang amat memerlukan pekerja yang ramai.

5. Jangan tinggal solat, solat ada 5 waktu. Selain solat jangan lupa bawa Al-Quran, sejadah, belajar fiqh musafir, what to eat dan lain-lain. Hidup sebagai seorang muslim, dicampak ke mana, di situ tempat bersujud tempat berdoa. Rezeki semua daripada Allah. Jangan lupa syukur dan sedekah.

6. Tinggalkan perangai yang tak elok, pe'el yang menyusahkan dan 'typical mind' di LCCT.



Letih la aku nak tulis semua. Bacalah dengan hati terbuka, yang rasa benar terima, yang mana rasa salah buang. Apa guna pepatah Melayu 'buang yang keruh, ambil yang jernih'.



Bersambung...

p/s: Aku bukan ejen dan taknak jadi ejen.

Malaysian Australian 0

nmhafiz | 12:10 PM |

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another.

Tempat tinggal aku di Robinvale

Hari ini genap 3 minggu aku di negara Kangaroo dari tarikh 3/12/2013 aku menjejakkan kaki buat kali pertamanya disini. Setibanya aku disini bersama 3 rakan untuk meneroka rezeki disini setelah sekian lama memendam rasa untuk berhijrah (mana-mana negara).

Keinginan membuak-buak ini tak terdaya aku nak tahan setelah dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya yang telah merantau banyak negara. Melihatkan latar belakang rakan-rakan bukanlah dari golongan yang berada bebas mampu kemana-kemana, tidak pula makan berdulang emas, dan tidak juga para kontraktor bertaraf kelas A. Mereka hanyalah penjual burger, peniaga di pasar-pasar dan kerja apa sahaja asalkan halal. Niat mereka merantau mengenali bumi Allah yang terlalu luas nak diterokai, bukan Mekah sahaja bumi Allah. Jiwa mereka besar. Tetapi macam mana mereka mampu ke merata negara? Rahsianya "Hidup gamble, mati gentle". Anything possible kalau kita usaha sehabis daya untuk mendapatkan.

Tempat pertama yang aku kerja ialah di Robinvale sebagai pekerja ladang iaitu sebuah daerah yang terletak di negeri Victoria dan di sinilah aku kembali bercampur dengan pelbagai kaum yang lain. Aku kenal Cina, India, malah yang dari Sabah pun ada. Terus terang aku katakan bahawa hubungan dan penerimaan kami masing-masing tidak berbelah bahagi. Aku kenal Bala, aku kenal Mary (Chinese Contractor) , aku kenal orang Malaysia yang dah lama duk sini sampai taknak balik dah, aku kenal Boris (Askar France), dan ramai lagi yang majoritinya adalah melayu Malaysia. Bagi aku semua mereka tak sikit pun menggentarkan aku walaupun Bala tu kadangkala bila masuk pergi kerja mata merah macam hero filem Tamil aku agak tak selesa. Tapi bagi aku mereka semua ok, tak bagi masalah dan tak bermasalah bagi aku untuk bergaul dengan mereka semua.

Kehidupan kami disini adatnya berpindah randah kerana jika ada peluang bayarannya lebih tinggi kami akan cabut segera. Di tempat aku sekarang dibayar 12AUD perhour dengan kerja sehari dalam 7jam hingga 10jam untuk kerja "covering" dan gaji dibayar setiap minggu. Cabaran utama kerja disini bukanlah soal penatnya bekerja, tetapi soal azabnya cuaca disini yang sentiasa berubah-rubah. Mengenai kos sara diri pula, ditempat aku 60AUD untuk penginapan seminggu dan makan minum 25AUD seminggu dah sangat cukup. Jadi kiralah sendiri total gaji ditolak kos sara diri.

Detail tentang kerja pula, kerja ladang ia bermusim dan lain musim lain cara kerjanya. Aku sarankan baca perkongsian yang ditulis oleh Topeng Perak Unmasked I. Dah lama aku kenal dan tidak sangka pula akan jumpa ribuan batu dari Kota Bharu. Aku sama daerah dengannya disini tetapi lain ladang, sudah melepak santai politik dengannya dan berkongsi bermacam pengalaman sambil menikmati hidangannya yang cukup lazat olehnya. Jeliro boh! Haha

Setakat ini sahaja perkongsian aku, dan kepada kawan-kawan yang tidak putus-putus bertanya khabar aku ucapkan terima kasih. I will survive. Kesimpulannya, banyak aku nak cerita sebenarnya, apa yang telah aku lalui hanyalah baru pengenalan, bab 1 pun belum masuk lagi. Bersambung....

Bismillahitawakkaltu 'alallah.