Malaysian Australian 0

nmhafiz | 12:10 PM |

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another.

Tempat tinggal aku di Robinvale

Hari ini genap 3 minggu aku di negara Kangaroo dari tarikh 3/12/2013 aku menjejakkan kaki buat kali pertamanya disini. Setibanya aku disini bersama 3 rakan untuk meneroka rezeki disini setelah sekian lama memendam rasa untuk berhijrah (mana-mana negara).

Keinginan membuak-buak ini tak terdaya aku nak tahan setelah dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya yang telah merantau banyak negara. Melihatkan latar belakang rakan-rakan bukanlah dari golongan yang berada bebas mampu kemana-kemana, tidak pula makan berdulang emas, dan tidak juga para kontraktor bertaraf kelas A. Mereka hanyalah penjual burger, peniaga di pasar-pasar dan kerja apa sahaja asalkan halal. Niat mereka merantau mengenali bumi Allah yang terlalu luas nak diterokai, bukan Mekah sahaja bumi Allah. Jiwa mereka besar. Tetapi macam mana mereka mampu ke merata negara? Rahsianya "Hidup gamble, mati gentle". Anything possible kalau kita usaha sehabis daya untuk mendapatkan.

Tempat pertama yang aku kerja ialah di Robinvale sebagai pekerja ladang iaitu sebuah daerah yang terletak di negeri Victoria dan di sinilah aku kembali bercampur dengan pelbagai kaum yang lain. Aku kenal Cina, India, malah yang dari Sabah pun ada. Terus terang aku katakan bahawa hubungan dan penerimaan kami masing-masing tidak berbelah bahagi. Aku kenal Bala, aku kenal Mary (Chinese Contractor) , aku kenal orang Malaysia yang dah lama duk sini sampai taknak balik dah, aku kenal Boris (Askar France), dan ramai lagi yang majoritinya adalah melayu Malaysia. Bagi aku semua mereka tak sikit pun menggentarkan aku walaupun Bala tu kadangkala bila masuk pergi kerja mata merah macam hero filem Tamil aku agak tak selesa. Tapi bagi aku mereka semua ok, tak bagi masalah dan tak bermasalah bagi aku untuk bergaul dengan mereka semua.

Kehidupan kami disini adatnya berpindah randah kerana jika ada peluang bayarannya lebih tinggi kami akan cabut segera. Di tempat aku sekarang dibayar 12AUD perhour dengan kerja sehari dalam 7jam hingga 10jam untuk kerja "covering" dan gaji dibayar setiap minggu. Cabaran utama kerja disini bukanlah soal penatnya bekerja, tetapi soal azabnya cuaca disini yang sentiasa berubah-rubah. Mengenai kos sara diri pula, ditempat aku 60AUD untuk penginapan seminggu dan makan minum 25AUD seminggu dah sangat cukup. Jadi kiralah sendiri total gaji ditolak kos sara diri.

Detail tentang kerja pula, kerja ladang ia bermusim dan lain musim lain cara kerjanya. Aku sarankan baca perkongsian yang ditulis oleh Topeng Perak Unmasked I. Dah lama aku kenal dan tidak sangka pula akan jumpa ribuan batu dari Kota Bharu. Aku sama daerah dengannya disini tetapi lain ladang, sudah melepak santai politik dengannya dan berkongsi bermacam pengalaman sambil menikmati hidangannya yang cukup lazat olehnya. Jeliro boh! Haha

Setakat ini sahaja perkongsian aku, dan kepada kawan-kawan yang tidak putus-putus bertanya khabar aku ucapkan terima kasih. I will survive. Kesimpulannya, banyak aku nak cerita sebenarnya, apa yang telah aku lalui hanyalah baru pengenalan, bab 1 pun belum masuk lagi. Bersambung....

Bismillahitawakkaltu 'alallah.

0 Responses So Far: