Harvest season in Aussie. 0

nmhafiz | 1:00 PM |

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another.


My last post was on January 1, 2014. Almost 1 month aku tak tulis mengenai hidup kerja disini sebab setiap hari mesti kena kerja, habis kerja badan penat, nak makan kena masak sendiri, prepare kelengkapan untuk esok hari dan begitulah seterusnya rutin harian aku kat sini.

Well, 1 month tu bukan suatu masa yang singkat kalau dikira dengan jam randik, tapi akan terasa terlalu singkat bila difikirkan dengan pengalaman yang diperoleh. Terlalu berat untuk aku huraikan satu per satu tentang apa yang dah terjadi, segalanya bagi aku terlalu cepat, rasa macam Hiro Nakamura bila boleh bend the time to think it over again. Nak kata susah tu takda la susah sangat. When the going gets tough, the tough gets going, rite?

Ladang Zaitun
Dalam 1 bulan, aku buat 'covering' di ladang anggur, aku buat kerja pelik buang saka di ladang Zaitun, tapi bukan saka belaan mistik orang kita, ianya 'sucker' iaitu dahan pokok yang merencatkan pokok berbuah. Tapi yang paling susah nak handle bila aku nak memahamkan orang kita yang baru ke sini beranggapan kerja mudah just datang petik, petik dan petik. Ia buat aku terfikir kenapa mereka tak study dulu sebelum habiskan ribuan RM ke sini?
Aku berhadapan dengan pelbagai persoalan dan bersemuka dengan 1001 jawapan untuk setiap persoalan tersebut. Kalau suatu masa dulu aku ambil masa amat lama untuk buat keputusan datang bekerja disini, aku study cara kerja, apa risikonya? Berapa kosnya? Sampaikan hal positif mengenai Aussie aku buang jauh-jauh, hanya negatif sahaja yang aku ambil untuk aku elak expectation yang melebih-lebih. Tapi bila dah sampai hadap sajalah. What past is past, we live in the present so do make ourselves comfortable with the current situation. Kalau tak, alamatnya memang sampai kiamat la meleleh air mata darah.

Penat sebenarnya nak tulis panjang-panjang sebab hari ni saja aku dah berjalan kaki lebih 15km di ladang Zaitun dalam suhu 39c. Untung la duk Malaysia suhu rendah. Haha

Bersambung...

'Sesat' in Aussie... 0

nmhafiz | 6:30 PM |


This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another.

Seronok tak merantau? Pertanyaan biasa yang aku dapat melalui mesej-mesej rakan-rakan yang buat aku tertanya dah bertahun ke aku tinggalkan Kota Bharu?

Padahal setiap pagi aku bangun aku masih terasa seperti di Kota Bharu. Susah untuk aku jawab persoalan subjektif. Susah senang, suka duka ada dimana-mana, kita semua masih di dunia tak kira di Malaysia, Brazil, Egypt, Jepun, China atau pun bulan sekalipun ia masih dunia jambatan kita samaada ke syurga atau neraka.

Dahulunya kebanyakan orang merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki, sehingga tercipta banyak lagu berkisarkan suka duka perantauan di Kuala Lumpur seperti lagu dari Hujan, The Times, M.Nasir dan paling klasik ialah dari P.Ramlee bertajuk 'Air Mata di Kuala Lumpur' yang dicipta kerana kekecewaan.

Tapi kini merantau tidak terhad dengan didalam negara, malahan di serata negara rakyat Malaysia berkelana samaada mencari rezeki atau menuntut ilmu. Hebatnya rakyat Malaysia sampaikan kerajaan UK mengadu kepada kerajaan Malaysia ramai rakyat kita yang overstay suatu masa dahulu. Aku pun tak faham kenapa sampai macam tu sekali tapi tak keluar pulak lagu suka duka mereka di UK walaupun suka duka ada dimana-mana.

Nak merantau juga? Sesungguhnya hidup ini bergantung kepada keputusan kita sendiri, tak perlu orang lain untuk tekan butang 'play' untuk mulakan hidup ini. Aku dah usaha tapi terhalang sebab tertentu? Sebenarnya setiap kejadian tu ada hikmahnya. Tak semestinya setiap satu tu akan berjalan seperti kemahuan kita.

Kita ni sebagai manusia, tak salah untuk meletakkan harapan, tapi keputusan tu tetap di tangan-Nya. Dan jangan la bila dah baca ni kita buat semua benda ala-kadar sahaja sebab takut meletakkan harapan tinggi, keyakinan tu kena la ada sekali. Allah suka kepada hambaNya yang sentiasa berusaha dan yakin dengan setiap perbuatan.

Apa yang bakal terjadi tu kita berserah saja la, dan andaikata pengakhiran tu jauh menyimpang dari apa yang kita harapkan, jangan la putus asa, terima dengan hati terbuka dan usaha lagi untuk perbaiki dimana-mana. Manusia ni suka sangat mengalah, menyalahkan orang lain, menyalahkan batu jalan, ranting kayu, tayar kereta, tahik ayam, habis semua la nak disalahkan bila apa yang terjadi tidak seperti kemahuan kita. Bila dah rezeki Allah nak bagi, dalam gua pun sampai. Tak percaya? Cubalah.

Kesimpulannya, buka mata, buka minda, buka peluang untuk diri sendiri.

"Setelah satu pintu tertutup, pintu lainnya terbuka, tetapi kerap kali kita terlalu lama memandang dan menyesali pintu yang telah tertutup sehingga kita tidak melihat pintu yang telah dibuka untuk kita" - Alexander Graham Bell

Bersambung...

p/s : Layan lagu untuk elak sesat dimana-mana..