Harvest season in Aussie. 0

nmhafiz | 1:00 PM |

This post maybe pointless to some, and might be fruitful to another.


My last post was on January 1, 2014. Almost 1 month aku tak tulis mengenai hidup kerja disini sebab setiap hari mesti kena kerja, habis kerja badan penat, nak makan kena masak sendiri, prepare kelengkapan untuk esok hari dan begitulah seterusnya rutin harian aku kat sini.

Well, 1 month tu bukan suatu masa yang singkat kalau dikira dengan jam randik, tapi akan terasa terlalu singkat bila difikirkan dengan pengalaman yang diperoleh. Terlalu berat untuk aku huraikan satu per satu tentang apa yang dah terjadi, segalanya bagi aku terlalu cepat, rasa macam Hiro Nakamura bila boleh bend the time to think it over again. Nak kata susah tu takda la susah sangat. When the going gets tough, the tough gets going, rite?

Ladang Zaitun
Dalam 1 bulan, aku buat 'covering' di ladang anggur, aku buat kerja pelik buang saka di ladang Zaitun, tapi bukan saka belaan mistik orang kita, ianya 'sucker' iaitu dahan pokok yang merencatkan pokok berbuah. Tapi yang paling susah nak handle bila aku nak memahamkan orang kita yang baru ke sini beranggapan kerja mudah just datang petik, petik dan petik. Ia buat aku terfikir kenapa mereka tak study dulu sebelum habiskan ribuan RM ke sini?
Aku berhadapan dengan pelbagai persoalan dan bersemuka dengan 1001 jawapan untuk setiap persoalan tersebut. Kalau suatu masa dulu aku ambil masa amat lama untuk buat keputusan datang bekerja disini, aku study cara kerja, apa risikonya? Berapa kosnya? Sampaikan hal positif mengenai Aussie aku buang jauh-jauh, hanya negatif sahaja yang aku ambil untuk aku elak expectation yang melebih-lebih. Tapi bila dah sampai hadap sajalah. What past is past, we live in the present so do make ourselves comfortable with the current situation. Kalau tak, alamatnya memang sampai kiamat la meleleh air mata darah.

Penat sebenarnya nak tulis panjang-panjang sebab hari ni saja aku dah berjalan kaki lebih 15km di ladang Zaitun dalam suhu 39c. Untung la duk Malaysia suhu rendah. Haha

Bersambung...

0 Responses So Far: